Halaman

Jumaat, 28 Mei 2010

MIC




The Malaysian Indian Congress (MIC or Kongres India Se-Malaysia) (Tamil: மலேசியா இந்தியா காங்கிரெஸ்) is a Malaysian political party and is one of the founding members of the ruling coalition, Barisan Nasional, previously known as the Alliance, that has been in power since the country achieved independence in 1957.

The MIC was established in August 1946, at the end of World War II, to fight for Indian independence from British colonial rule. After India gained its independence, MIC involved itself in the struggle for the independence of Malaya (now Malaysia which was achieved in 1957. It positioned itself for representation on behalf of the Indian community in the post-war development of the country. The MIC joined the National Alliance comprising the United Malays National Organization (UMNO) and the Malaysian Chinese Association (MCA) in 1954 which became the Barisan Nasional in 1973 with further expansion in the number of component parties. The current head of the MIC is President Dato' Seri S. Samy Vellu.

SENARAI PRESIDEN MIC
John A. Thivy (1946 - 1947)
Budh Singh (1947 - 1950)
K. Ramanathan (1950 - 1951)
K.L. Devaser (1951 - 1955)
Tun V.T. Sambanthan (1955 - 1973)
Tan Sri Dato' Seri V. Manickavasagam (1973 - 1979)
Dato' Seri Samy Vellu (October 12, 1979 - current)



YPS akui, MIC adalah sebuah parti yang tidak banyak menimbulkan masalah dalam Barisan Nasional. Tidak seperti PBS dari Sabah yang pernah meninggalkan BN sekitar tahun 1990 yang mana ketika itu Malaysia diambang PRU.

Namun, sejak 2006 MIC dilihat mempunyai masalah dalaman parti. Bagi YPS, masalah ini timbul apabila ahli akar umbi tidak mendukung kepimpinan DS Samy Vellu. Pada PRU 12 2008, DS Samy Vellu telah tewas, lalu kehilangan kerusi Ahli Parlimen Sg siput yang sekian lama dimilikinya. Lebih teruk lagi, banyak kerusi samada DUN atau Parlimen yang diwakili oleh calon MIC tewas kepada calon pembangkang.

YPS yakin, rakyat terutamanya ahli-ahli MIC menolak kepimpinan DS Samy Vellu. DS Samy Vellu dah tak releven untuk memperjuangkan nasib kaum India di Malaysia. Untuk itu, Samy Vellu perlu menyerahkan kerusi Presiden yang didudukinya sejak 1979 kepada pemimpin baru. Mesej ini jelas ditunjukkan oleh ahli 'grassroot'. Samy Vellu perlu berundur!!!

Hari ini muncul Vell Parri a/k Samy Vellu. Lantang kononnya bersuara bagi pihak MIC. Tp yang jelas, Vell Parri nak mengekalkan ayahnya sebagai Presiden MIC. Dengan bongkak mamat ni nak bawa MIC keluar dari BARISAN NASIONAL.. Gila ke mamat mangkuk ni??

Selasa, 18 Mei 2010

BN Tewas di Sibu

SIBU: DAP merampas kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Wong Ho Leng, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron, pada pilihan raya kecil hari ini.

Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi. Beliau memperoleh 18,845 undi manakala Hui Yew mendapat 18,447 undi. Narawi pula hanya meraih 232 undi dan hilang wang deposit. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.

Seramai 32,742 atau 59.86 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar keluar mengundi hari ini.

Bilangan itu lebih rendah berbanding 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.BH

DAP - 18,845
BN – 18,447
Bebas – 232
Majoriti – 398

Kata mereka @ MALAYSIAKINI

10:20 PM Pakatan Sudah Menang, SPR Tak Mahu Umum Lagi
Biasalah, kalau dah kalah tu pukul 12 malam nanti baru umum..Maklumat dari dalam mengatakan kemungkinan undi akan dikira semula (untuk memenangkan yang dah kalah)… apa-apa pun kita tunggu je lah

Terbaru… sumber mereka sendiri mengatakan DAP Menang setakat ini dengan Majoriti 2,844 undi. Berita harian online juga turut menyiarkan DAP mendahului BN dengan majoriti yang sama.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

DAP Mendahului 3,944 Undi
9:10PM

SIBU: DAP mendahului sebanyak 3,944 undi dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.

Berdasarkan sumber tidak rasmi, DAP menerima sebanyak 18,211 undi manakala BN dengan 14,267 undi, dengan 103 daripada 110 kotak undi yang dikira.Mstar

DAP = 18,211
BN = 14,267
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

9:00PM

SIBU: DAP mendahului BN dengan majoriti 2,068 undi selepas penjumlahan 95 daripada 111 peti undi pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu hari ini.

DAP = 15,493
BN = 13,425
Bebas = 169
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Perkarangan Dewan Suarah, Sibu mula dipenuhi oleh kumpulan penyokong DAP dan Pakatan Rakyat, ketika ini.

Penyokong parti DAP dan Pakatan Rakyat kedengaran melaungkan “DAP…DAP…DAP…” dan nama calon mereka, Richard Wong Ho Leng. BH


11 Komen

Dikirim dalam News & Politics
Posted by: pinkturtle2 | Mei 16, 2010 5:00PM Gambar-Gambar Dan Berita Terkini Dari Sibu..














…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Tak rasmi: DAP ketinggalan 1,784 undi
4.20 petang: Menurut keputusan tidak rasmi daripada 15 saluran, BN masih di depan dengan majoriti 1,784 undi.

DAP 1,024
BN 2,808
Bebas 18

Terdapat 110 saluran di Sibu.

3.44 petang: Setakat jam 3 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 29,000 orang atau 53.02 peratus.

3.30 petang: Keputusan tidak rasmi daripada 12 pusat pengundian yang telah ditutup menunjukkan DAP ketinggalan 1,029 undi di belakang BN.

DAP mendapat 810 undi, BN 1,839 manakala bebas 15 undi.

Sudah 21 daripada 45 pusat pengundian telah ditutup setakat ini.

3.15 petang: Kiraan tidak rasmi DAP mendapati mereka ketinggalan 500 undi kepada BN.

Daripada 11 saluran, DAP setakat ini memperoleh 619 undi, BN mendapat 1,100 manakala bebas hanya mendapat 11 undi.

3.10 petang: Selepas 21 pusat pengundian ditutup – di kawasan yang jumlah pengundinya sedikit, terutama di rumah-rumah panjang – pada jam 3 petang tadi, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang kelihatan terus pesimis.



“Keputusan daripada lapan pusat pengundian – DAP ketinggalan 540 undi,” katanya dalam laman Twitter.

“Masih dapat ditebus – tetapi bergantung pada keajaiban Sibu.”

2.50 petang: Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata keputusan hasil kiraan di 10 pusat pengundian yang ditutup awal “tidak baik”.

“Bolehkah 2 jam 15 minit lagi menampung kekalahan ini? tanya Lim dalam laman Twitter.

Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 21 telah ditutup (10 ditutup pada jam 1, lima pada 2 petang dan enam pada 3 petang). Manakala dua lagi akan ditutp pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.



2.34 petang: Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 46.29 peratus, sasaran SPR untuk mencapai peratusan sebanyak 80 peratus dalam masa tiga jam lagi dilihat sukar menjadi kenyataan.

“Pada jam 2 petang, sebanyak 63.74 peratus telah mengundi di Hulu Selangor.

“Prospek nampak suram kecuali terdapat peratusan keluar mengundi yang tinggi,” tulis tokoh popular DAP Lim Kit Siang dalam laman Twitter beliau.

12.31 tengah hari: Setakat jam 2 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 25,319 orang atau 46.29 peratus.

2.18petang: SPR memulakan pengiraan undi untuk pusat pengundian yang telah ditutup.

DAP juga telah memulakan kiraan tidak rasminya.

Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 10 daripada pusat itu akan ditutup pada 1 tengah hari, lima pusat pada 2 petang, enam pusat pada 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.

2.15 petang: “PENTING! Peratusan keluar mengundi rendah. Ho Leng mungkin kalah, sila ajak keluarga dan rakan-rakan kamu keluar mengundi!” tulis ahli parlimen Serdang daripada DAP
Teo Nie Ching dalam laman Twitter.

1.41 tengah hari: Setakat jam 1 tengah hari, sebanyak 23,103 atau 42.24 peratus telah membuang undi.

12.43 tengah hari: Menurut Zentrum Future Studies – NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu – sehingga jam 12.30 tengahari, sokongan untuk BN dan Pakatan seimbang.

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.



12.32 tengah hari: Menurut laman Twitter Sibu4change, peratusan keluar mengundi di beberapa pusat pengundian tinggi, setakat jam 12 tadi.

- Di SK Rantau Panjang, BawangAssan PD, peratusan keluar mengundi sebanyak 82.6 peratus. Pusat pengundian ditutup pada jam 1 tengah hari.

- Di SK Sg Pinang, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 72.7%. Akan ditutup pada jam 2 petang.

- Di SK Rantau Panjang has peratusan keluar mengundi sebanyak 80.6%. Ia akan ditutup pada jam 4 petang.

- Di Kg Sg Pasai peratusan keluar mengundi sebanyak 56.5 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.

- Di SK Sg Pasai, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 50 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.

12.31 tengahari: Setakat jam 12 tadi, peratusan keluar mengundi sebanyak 37 peratus atau 20,241 orang.

12.30 tengah



hari: Ahli parlimen DAP bagi kawasan Bakri Er Teck Hwa mendakwa beliau dan pasukan petugas pilihan rayanya dihalang daripada memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sg Aup oleh sekumpulan penyokong Umno yang diketuai oleh naib presidennya Datuk Shafie Apdal. [Baca berita penuh]

12.10 tengahari: Calon SUPP Robert Lau berkata beliau yakin dengan peluangnya kali ini.

Ketika ditemui, beliau bagaimanapun menghentam Malaysiakini yang didakwanya berat sebelah dalam membuat laporan.

Katanya, beliau tidak melihat “artikel yang baik tentang dirinya ditulis.”

12.00 tengahari: Suasana di kawasan Melayu, SK Bandaran Sibu di Jalan Bandong kini lebih panas berbanding kawasan Cina di pusat bandar.

Kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerja keras berkempen di saat akhir di tepi jalan.

Di sebelah BN, kira-kira 50 Pemuda PBB yang kebanyakannya lebih muda dan agresif. Mereka mengibarkan bendera dan bersorak “BN” dan “Undi nombor satu” setiap kali pemilih melinatas.

Sementara kira-kira 30 penyokong Pakatan lebih senyap dan hanya mengibarkan bendera DAP kepada pemilih.

Ketibaan Ketua Pemuda PAS PKR selepas itu disambut sorakan daripada penyokong BN.

Pihak polis kelihatan berdiri antara kedua-kedua kumpulan penyokong untuk mengawal keadaan.

11.59 pagi: Menurut Zentrum Future Studies – NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu – sehingga jam 11.30 pagi ini, BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2% dan bebas sebanyak 0.4 peratus.



11.31 pagi: Setakat jam 11 pagi, sebanyak 15,767 orang atau 28.83 peratus telah membuang undi.

10.50 pagi: Pengerusi SPKR Sarawak Takun Sunggah dan Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng memberi amaran kepada petugas PKR kerana mendirikan pondok dalam kawasan 50 meter daripada SJKC Methodist di bandar Sibu.

Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang bagaimana menolaknya selagi Takun tidak menunjukkan kepada mereka undang-undang yang relevan.

Takun kemudiannya kembali dan memberitahu pemberita menurut seksyen 26(C) tiada pihak boleh mendirikan pondok.

Beliau juga memberitahu akan meminta polis mengambil tindakan.

10.45 pagi: Suasana senyap sunyi di SJKC Methodist. Terdapat satu kaunter semakan SPR dan pondok panas DAP kira-kira 50 meter daripada tempat pembuangan undi itu.

Sekumpulan penyokong SUPP berkumpul di situ. Tiada kempen, bendera atau sorakan.

10.34 pagi: Setakat jam 10 pagi, 20.61 peratus atau 11,270 orang telah keluar mengundi.

10.30 pagi: Timbalan Ketua Pemuda PKR Fariz Musa mendakwa, terdapat ketegangan di SK Kampung Baru sekitar jam 9.45 pagi, tetapi menurutnya telah selesai.

10.10 pagi Narawi Haron membuang undi di SK HUlu Sungai Merah.

Calon bebas kelihatan itu masih yakin dengan peluangnya apabila mendakwa menerima respons yang baik daripada lawatan daripada rumah ke rumah.

“Saya bangga dengan penyokong sya yang berani melaungkan ‘Hidup Narawi’ di depan menteri-menteri (BN).

“Saya jangka akan berjaya dapat sekitar 4,000 undi,” katanya.

10.05 pagi: Difahamkam setakat jam 9 pagi tadi, 6.33 peratus daripada 3,310 pemilih telah membuang undi.



9.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin SUPP Peter Chin dan George Chan melawat SJKC Chung Hua.

Chan berkata, menurut pemerhatian umumnya, jumlah yang turun mengundi masih perlahan.

9.20 pagi: Wong Ho Leng mendakwa kakitangan SPR mendapat latihan yang tidak mencukupi. Beliau mendakwa agen pengundian daripada DAP dan SUPP dilarang masuk lebih awal ke pusat pembuangan undi.

“Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, SPR menghabiskan banyak wang untuk latihan, tetapi kakitangan mereka tidak cukup terlatih,” katanya selepas membuang undi bersama insterinya.

Keadaan tersebut didakwa berlaku di banyak kawasan, dakwa Wong lagi.

9.15 pagi: Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.



Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.

8.50 pagi: Ketua SUPP Sibu Wong Soon Koh mengundi di SJKC Chung Hwa.

Beliau meminta pemilih keluar awal membuang undi kerana bimbangkan keadaan cuaca berubah di tengah hari.

Wong juga memberitahu pemberita di beberapa kampung terdapat masalah banjir kecil ekoran air “pasang” di beberapa sungai.

“Tapi kami bersedia dengan kereta lebih besar. Kalau kereta kecil tidak boleh masuk, kereta besar boleh,” katanya.

8.10 pagi: Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.

Pemilih dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi. Jabatan Kajicuaca meramalkan ribut petir akan berlaku sekitar waktu tengah hari ini.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

8.00 pagi: Kesemua 45 pusat mengundi dibuka mulai dibuka dalam cuaca baik walaupun dilaporkan hujan pada awal Subuh tadi.

Daripada ketiga-tiga calon bertanding, hanya Wong Ho Leng dan Narawi Haron sahaja calon berdaftar di Sibu.

Malaysiakini

Khamis, 13 Mei 2010

KEDAH DiAMBANG PILIHANRAYA



Benarkah dua ADUN PAS Kedah 'menghilangkan diri' selepas MB Kedah memberitahu yang beliau akan bubarkan Dewan Undangan Negeri Kedah jika terdapat seorang lagi ADUN Pakatan Rakyat Kedah meninggalkan parti mereka. 'Kehilangan' dua ADUN PAS Kedah hanya diketahui oleh beberapa pemimpin-pemimpin kanan PAS negeri dan pusat sahaja.

Yop difahamkan 'kehilangan' mereka sengaja dirancang oleh Ahli DUN dari PAS sendiri bagi mendesak Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan membubarkan DUN Kedah. Khabarnya Ustaz Azizan telah memaklumkan kepada Tuanku Sultan pagi tadi hajat beliau untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Kedah bagi memberi laluan PILIHANRAYA DUN KEDAH diadakan.

Andai DYMM Sultan Kedah memperkenankan pembubaran DUN maka 'mereka' yang merancang kehilangan dua ADUN tersebut berpeluang bertanding kerusi DUN dan bercita-cita menjadi MB Kedah bagi menggantikan Ustaz Azizan.

p/s ~Yop percaya jika Pilihanraya DUN diadakan, BARISAN NASIONAL telah bersedia untuk menawan semula Kedah dari Pakatan Rakyat.

'Masyarakat Malaysia Bukan Masyarakat Judi’


Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri.

Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu.

Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.

Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia.

Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesenkan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain.

Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.

Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi.

Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama.

Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.

Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘tauke’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen.

Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?

Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

Jumaat, 7 Mei 2010

Kes Aminulrasyid Ditembak Polis

Allahyarham Aminulrasyid Amzah, seorang remaja berumur 15tahun yang meninggal dunia akibat ditembak oleh Polis menjadi isu politik oleh Pakatan Rakyat. UMNO dan BN dipersalahkan atas apa yang berlaku. Inilah corak politik Malaysia hari ini.

KEADILAN UNTUK AMIRULRASYID kata Pakatan Rakyat. Bangang~!!! Bukan niat teman nak menutup kecuaian pihak PDRM. Tetapi berfikirlah secara waras. Sebagai rakyat yang dah sekian lama merdeka. Kita kena melihat perkara ini dari pelbagai sudut. Bukan dipolitikkan dalam mencari kelemahan kerajaan.

Remaja ini telah melakukan pelbagai kesalahan sehingga membawa kepada kematiannya. Teman rasa semua faham yang hari ini begitu banyak kes jenayah. Pihak Polis ada ketikanya terpaksa berhadapan dengan penjenayah yang memiliki senjata api.

PAS selaku sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam turut sama hanyut dengan DAP dan PKR yang menjadi sekutunya. Sejauh manakah ulamak PAS melihat ini sebagai sebuah Qada & Qadar. Ajal maut ketentuan Allah. Sudah menjadi ketentuan Allahyarham menemui ajal dengan cara sedemikian.

Hari ini siasatan sedang dijalankan. Yang pasti, Arwah Aminulrasyid bersalah kerana memandu kenderaan tanpa lesen. Kereta yang dipandu bolehlah dikategorikan sebagai kereta curi biarpun milik kakaknya.

Teman tahu perkara ini tidak berlaku atas keluarga teman. Tapi jika ini yang berlaku, teman tak akan membenarkan mana-mana pihak mempolitikkan perkara ini. Macam teman katakan tadi, ini sebahagian ketentuan Allah yang telah tersurat.

Klik baca ... Penulis blog ini mengaku menjadi orang pertama yang menemui rakan mangsa (Adik Azamuddin) sebelum lapuran Polis dibuat. MUNGKIN lapuran serta kenyataan sidang media Adik Azamuddin telah dipengaruhi oleh penulis ini yang merupakan penyokong Pakatan Rakyat.

Menangguk di air yang keruh.

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM “PRA PELANCARAN MAYC 1 BIKERS CLUB” & PROGRAM “1 MALAYSIA MAYC PERAK TIME ATTACK CHALLENGE (GYMKHANA STYLE) 2ND SERIES”

PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA NEGERI PERAK
IPOH, PERAK

Ruj. Kami: PKBM(PK)/31/10
Ruj.Tuan:
Tarikh: 03rd May 2010
Kepada,

SEMUA KEPIMPINAN & AHLI MAYC
SEMUA KEPIMPINAN BELIA & WARGA BELIA
SEMUA RAKYAT MALAYSIA
Salam 1 Malaysia
Yang Berhormat/Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI ACARA / MAJLIS PERASMIAN PROGRAM “PRA PELANCARAN MAYC 1 BIKERS CLUB” & PROGRAM “1 MALAYSIA MAYC PERAK TIME ATTACK CHALLENGE (GYMKHANA STYLE) 2ND SERIES”
Kami mendoakan agar pihak Yang Berhormat/Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Dengan segala sukacitanya, MAYC Perak akan menjayakan dua (2) Program yang akan dijalankan serentak pada hari yang sama iaitu pada 8 Mei, 2010 bertempat di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, Perak.
Program tersebut adalah seperti berikut:-
(1) PRA PELANCARAN MAYC 1 BIKERS CLUB
(2) 1 MALAYSIA MAYC PERAK TIME ATTACK CHALLENGE (GYMKHANA STYLE) 2ND SERIES
Buat pengetahuan Yang Berhormat/Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan, MAYC Kebangsaan telah melancarkan “1 Bikers Club” untuk menghimpunkan pemilik bermotosikal dalam sebuah kelab dan program pra pelancaran di Negeri Perak ini adalah sessi pra pelancaran yang pertama bagi Peringkat Kebangsaan.
Seterusnya untuk makluman Yang Berhormat/Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan, Program 1 Malaysia Mayc Perak Time Attack Challenge (Time Attack) adalah siri-siri program sukan Drift bermotor dan siri keduanya diadakan di Pasir Salak selepas ianya telah dilaksanakan dengan dengan jayanya pada 17 April 2010 di Bandar Baru Kampar. Program Time Attack ini akan dilaksanakan secara bersiri melibatkan 24 MAYC Kawasan sebagai sisipan kepada program mega “1 Malaysia MAYC Perak Drift Show 2010” yang akan dilangsungkan pada 25, 26 & 27 Jun, 2010 di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.
Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak Yang Berhormat/Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan untuk menghadiri Acara / Majlis Perasmian Program yang bakal dilangsungkan..
Aturcara program yang akan dilangsungkan pada 8 Mei 2010 iaitu pada hari Sabtu di Litar Dato’ Sagor akan dilampirkan bersama surat ini.
Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh Yang Berhormat/Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan, kami akan dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,

T.T.
Setiausaha MAYC Perak
Lampiran ATURCARA PROGRAM
TARIKH: : 08 MEI 2010 (HARI SABTU)
TEMPAT : LITAR DATO’ SAGOR, PASIR SALAK
PAGI
8.00
PENDAFTARAN AHLI KELAB 1 BIKERS
MOTOSIKAL BERHIMPUN
(JANGKAAN SERAMAI 4,000 BUAH MOTOSIKAL)
9.00
PERTUNJUKAN MOTOSIKAL
PERTUNJUKAN DRIFT KERETA
10.00
PERSEMBAHAN OLEH ARTIS JEMPUTAN
11.00
Acara Pertandingan Time Attack Kereta
Acara Pertandingan Time Attack Motosikal
PETANG
2.00
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM
-Ucapan Pengerusi MAYC Perak
Sdr Azmi bin Ismail
-Ucapan Presiden MAYC Kebangsaan
YB Puan Suraya Yaacob
-Ucapan Perasmian oleh
YB Dato’ Zainol Fadzi Paharuddin
Exco KesenianBelia & Sukan
- Gimik Perasmian
- Penyampaian Cenderahati
- Acara Penyampaian Hadiah
3.00
Sambungan Pertandingan Mengikut Kategori
6.00
- Acara Penyampaian Hadiah oleh VVIP

Khamis, 6 Mei 2010

ANWAR IBRAHIM DIKECAM OLEH PENULIS AS


Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam hebat oleh sebuah 'website' berhaluan kanan Amerika Syarikat kerana menuduh kerajaan Malaysia menggunakan khidmat firma perhubungan awam pro-Israel APCO Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi
Melalui tulisannya dalam ‘The New Ledger‘, sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan yang menyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.
Katanya, beberapa orang kanan Anwar juga telah melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk kononnya kerajaan Malaysia telah menggunakan khidmat sebuah syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan rejim Zionis di Israel berkaitan projek maklumat dan komunikasi.
Dalam tulisan bertajuk “The Reversal of Anwar Ibrahim“, Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma, menjadi punca munculnya semangat anti Yahudi di Malaysia.
Katanya, ini bukan kali pertama “beliau mengambil jalan ini” dan beliau “mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.
Sebagai contoh, kata penulis itu, menjelang pilihan raya umum pada 2008, dalam satu wawancara dengan IslamOnline, Anwar berkata, beliau mempunyai bukti bahawa kerajaan bukan saja memberi sokongan kepada puak pelobi Yahudi di Amerika tetapi juga kepada beberapa pihak di Israel.
Motte berkata, beliau berterima kasih kepada pengundi di Malaysia kerana tindakan mereka menyebabkan gabungan parti pembangkang yang diterajui Anwar tidak mendapat undi majoriti pada pilihan raya itu.
Katanya, sejurus selepas Anwar dibebaskan dari penjara kira-kira 10 tahun lepas, beliau datang ke Washington, D.C. dan menghabiskan masa sejak 10 tahun lepas bagi menampilkan imejnya sebagai seorang yang penuh bersopan santun dan berperibadi mulia di Barat.
“Hasilnya, pemerhati hal ehwal luar Amerika menganggapnya sebagai contoh pemimpin Islam yang demokratik dan pejuang pentadbiran yang liberal dari Asia Tenggara.
”Beberapa tahun lepas, beliau dijemput mengajar selama setahun di Johns Hopkins School of Advanced International Studies dan di situ, beliau menjalin persahabatan dengan Yahudi Amerika seperti Paul Wolfowitz — sebagai suatu cara untuk menunjukkan betapa beliau telah jauh berubah daripada imejnya sebagai seorang militan Islam suatu ketika dulu.
“Malah, pada 2008, (bekas naib presiden) Al Gore — yang terkenal sebagai lelaki yang bijak dan tajam persepsinya — terdorong untuk menulis dalam laman blognya bagi mempertahankan maruah Anwar apabila beliau dikritik.
“Beliau adalah antara tokoh hebat dari Barat yang tidak boleh dibeli — tetapi seseorang itu boleh rapat dengan beliau sekiranya beliau bermusuh dengan pihak tertentu dan mempunyai hubungan dengan media yang berpengaruh dalam Beltway (perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada sebahagian daripada sistem politik Amerika sebenar atau yang dibayangkan dan mengambil sempena nama lebuh raya antara negeri yang melingkari ibu negara Amerika),” kata penulis itu.
Motte berkata, hubungan antara Anwar dan tokoh-tokoh Yahudi Amerika yang berpengaruh begitu rapat hinggakan jika ditanya kepada rakyat Amerika siapakah tokoh demokrat liberal di Malaysia bagi tempoh 1999 hingga 2009, mereka dengan mudah akan menjawab tokoh itu ialah “Anwar Ibrahim.” “Tapi, adakah apa yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim tentang dirinya di luar Malaysia sama dengan tindakan yang dilakukannya di negaranya sendiri?,” tanya penulis itu.
Motte berkata, apabila berada jauh dari CNN, Al Gore dan Johns Hopkins, Anwar menampilkan dirinya sebagai penghasut yang menyemarakkan semangat anti-Amerika dan anti-Yahudi.
Kata Motte lagi, “dalam mencari siapa yang boleh dijadikan rakan Amerika di dunia Islam, memang sukar untuk membezakan antara kawan yang baik dan kawan yang jahat.”
“Bagaimanapun, lazimnya, ahli politik yang memperjuangkan teori konspirasi anti-Yahudi bukanlah rakan Amerika,” katanya bagi merujuk kepada Anwar.
Motte berkata, perkembangan di Malaysia beberapa bulan lepas menyerlahkan perubahan yang mengejutkan apabila ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meniupkan semangat anti-Yahudi, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula berdiri teguh bersama Presiden Barack Obama dan Amerika.
Penulis itu mengulangi kenyataannya bahawa memang sukar untuk meneka siapakah yang boleh dijadikan kawan oleh Amerika di dunia Islam, selain Raja dan Permaisuri Jordan, beberapa orang di Emiriyah Arab Bersatu dan keluarga diraja Saudi.
“Sebagai contoh, lihatlah sesuatu yang aneh di Malaysia. Negara itu dan parti yang memerintahnya sedia bekerjasama dan bersikap konstruktif terhadap Amerika, tetapi lain pula halnya dengan parti politik pembangkangnya. Keanehan inilah yang sering digambarkan oleh media Barat,” katanya.
Motte berkata, kepimpinan Malaysia sekarang bersikap pro perniagaan, pro Amerika dan berani berterus terang kepada dunia Islam bahawa ia adalah sekutu strategik Amerika.
Malah, katanya, pada Sidang kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington baru-baru ini, Najib berikrar akan membantu Amerika dalam pelbagai bidang.
Katanya, nama baik Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam yang stabil dan berpendirian sederhana begitu menyerlah pada dekad ini hasil usaha keras dan kepimpinan perdana menterinya sekarang dan perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
-Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menegaskan, tindakan ‘orang putih’ itu juga petanda bermulanya detik kelam karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang sebelum ini menyinar buat sementara waktu selepas 2008.
Selain itu jelasnya, kecaman itu juga merupakan bukti kukuh bahawa Anwar adalah manusia yang bertopengkan pelbagai wajah dan baru diketahui oleh Barat.
“Akan tiba suatu masa nanti, tiada siapa pun yang akan percaya kepada Anwar kerana sikapnya yang suka menipu dan hipokrit. Malah kesan awal sudah kelihatan apabila bukan sahaja rakan seperjuangan meninggalkannya tetapi pihak Barat pun turut mengecam tindakan beliau.
“Anwar mungkin menganggap dia seorang tokoh politik hebat kerana mampu mengeksploitasi pihak lain tetapi keadaannya sekarang berlainan dan beliau terperangkap kerana semua pihak yang pernah diperbodohkannya sebelum ini mulai sedar.
Zahrain yang juga bekas sahabat karib Anwar berkata, pendedahan ‘orang putih’ itu secara tidak langsung mengesahkan keakraban Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan pelobi Yahudi sejak sekian lama.

Rabu, 5 Mei 2010

Salam Perdamaian Dari Seorang MB

KUALA KANGSAR 19 April - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sekali lagi menawarkan salam perdamaian kepada wakil rakyat pembangkang seperti yang dilakukannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 30 Mac lalu.

Beliau menyeru wakil rakyat terlibat agar tidak keterlaluan menimbulkan sengketa yang boleh membawa padah kepada kesejahteraan hidup rakyat.

Ujarnya, politik permusuhan dan kebencian yang tidak berkesudahan serta tidak membawa sebarang kebaikan perlu dikendurkan.

"Apa yang saya harapkan melalui tiupan wisel damai ini adalah supaya wujud suasana harmonis dan kondusif di negeri ini demi kesejahteraan hidup rakyat.

"Dalam keadaan apa sekalipun, kepentingan rakyat tidak harus dikorbankan gara-gara persengketaan politik bagi memenuhi cita-cita pihak tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian pada istiadat mengadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-82 Sultan Perak di sini hari ini.

Menurut Zambry, walaupun suasana sosiopolitik di negeri Perak seolah-olah rencam akibat ancaman politik pihak tertentu, namun beliau berikrar untuk meneruskan agenda pembangunan rakyat dan negeri itu.

Malah katanya, dakyah pembangkang tidak mematahkan semangat beliau sebaliknya berusaha merancakkan pembangunan negeri.

"Walaupun kesan kemelesetan ekonomi global turut menjejaskan kemasukan pelaburan asing ke Perak pada tahun lalu, atas daya usaha kerajaan, kira-kira RM11.6 bilion pelaburan dari luar negara dan juga domestik telah dapat dilihat bermula tahun ini," katanya.

Utusan Malaysia