Sabtu, 25 Februari 2012

Lagi Kisah Parasit PAS

TIADA AKHLAK... BIADAP. Itu respons yang diberikan beberapa tokoh Ulama' PAS berikutan tindakan 4 Exco Kerajaan Negeri Kedah dari PAS yang memboikot perlantikan barisan kanan MB Kedah Ustaz Azizan itu pada 28 Februari ini.

Mereka mengesyaki keputusan mereka dipengaruhi pihak yang tidak senang dengan tindak tanduk Ulama'2 PAS dan digelar Hasan Ali sebagai Parasit PAS.

Malah mereka turut menjelaskan tindakan mereka telah memecahbelahkan PAS itu sendiri dan tindakan displin wajib dikenakan ke atas mereka.

"Apa tidak? Mereka mencemar peranan seorang Pemimpin Islam yang mengamalkan sikap Hormat menghormati dan menyelesaikan satu2 isu dengan kaedah yang lebih tertib berlandaskan Syariah. Bukankah tindakan 4 Exco ini dilihat sengaja dibuat bagi mempamerkan kepada rakyat pergolakan PAS itu sendiri. Kita cabar Majlis Syura PAS bertindak."

Rata2 Ulama' PAS turut membuat pembandingan tindakan Hasan Ali yang dipecat kerana didakwa memecahbelahkan Pakatan Rakyat, walhal 4 Exco PAS ini lebih besar kesalahan memecahbelahkan Parti dan menghina kepimpinan Ulama'.

Mereka turut respons terhadap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan, Azizan selaku Menteri Besar berhak untuk melantik atau menggugurkan mana-mana Exco kerana ia proses biasa dalam pentadbiran.

"Hak negeri untuk pilih siapa yang layak. Lantik orang baru atau gugur juga perkara biasa," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kedah Sejahtera di Kompleks Pas Pokok Sena malam tadi. 

Presiden PAS dilihat sewajarnya melihat situasi yang berlaku ini amat mengaibkan PAS yang menaikkan darjat Kepimpinan Ulama' akan tetapi kini dilihat menghina pula tokoh Ulama yang diangkat  seperti Ustaz Azizan ini.


Ramai di kalangan akar umbi PAS Negeri yang Pro kepada Ustaz Azizan mengesyaki Konspirasi ini telah dirancang oleh Parasit PAS di Negeri tersebut iaitu Mahfuz Omar atas arahan Anwar Ibrahim.

Ini jelas kelihatan apabila 3 daripada 4 Exco yang memboikot itu adalah Kumpulan Pro Mahfuz Omar iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib

:YPS ~ 'duit'2 adalah parasit yang menumpang sesuatu pokok & dalam masa yang sama duit2 memusnahkan pokok tersebut. Samalah dengan apa yang berlaku dalam PAS.


Sent from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 23 Februari 2012

SEJARAH PALESTIN

Tanah Palestin adalah tanah penuh berkah dan penduduk disekitarnya diberkati oleh  Allah SWT. kerana disinilah terletaknya kiblat pertama umat Islam

Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud; "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan "Tanah Yang Dijanjikan Tuhan" kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah hingga sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya.

Daripada sejarah Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad SAW. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, baginda wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam dibawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khatab semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi.

Khalifah Umar al-Khattab telah mengistiharkan bahawa bumi Palestin adalah tanah wakaf umat Islam dan sesiapa pun tidak boleh menjualnya kepada bangsa lain. Haram hukumnya menjual tanah Palestin kerana tanah Palestin adalah tanah yang diberkati oleh Allah SWT.

Maka setelah Palestin dikuasai oleh empaya Islam maka Palestin telah menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan "fatwa" mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun. Semasa tentera salib berjaya menawan bumi Palestin ratusan ribu nyawa umat Islam melayang kerana disembelih oleh tentera Salib yang kejam tanpa ada belas kasihan.

Setelah Palestin ditawan oleh tentera Salib, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.

Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin.  

Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.  

Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi.

Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada dua kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur  diserang dan ditawan oleh Britain.

Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis.

Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab.

Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin.  

Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan – "Hari ini, perang Salib sudah berakhir".

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 orang sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut.

Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin.

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I (sultan yang menghianati umat Islam) ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan  Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin.

British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Runtuh sahaja Khalifah Uthamaniah maka tanah umat Islam dipecah-pecahkan kepada negara bangsa seperti Mesir, Tunisia, Magribi, Libya, Syria, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain.

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul.

Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti:

1. Sistem khalifah ditamatkan (khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas)

2. Kerajaan Turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Undang-undang Islam dihapuskan dan digantikan dengan undang-undang sekular British. Persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu – "Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?"

Lord Curzon menjawab – "Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya iaitu kuasa Khalifah dan ajaran Islam.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.

Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. Pada 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh oleh tentera Nazi dibawah pimpinan Adolf Hitler.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin.  

Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah negara haram Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama – Chaim Weizmann.

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin.

Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Adakah kita berdiam diri melihat setiap hari umat Islam Palestin dibunuh kejam oleh tentera Zionis? Apakah sumbangan kita untuk membantu dan membela saudara kita dizalimi? Di mana kita?

Sahabat yang dikasihi,
Secara realitinya, Israel merupakan sebuah negara yang dikenali sebagai negara haram yang melakukan kezaliman terhadap umat Islam Palestin secara khusus dan berusaha sedaya-upaya untuk menakluki seluruh negara umat Islam.

Para ulama telah membahaskan hukum bekerjasama dalam kitab-kitab mereka secara panjang lebar. Dalam al-Quran telah termaktub satu ayat yang jelas menyatakan bahawa kaum Yahudi tidak akan berdiam diri dan redha dengan umat Islam sehinggalah umat Islam mengikut telunjuk mereka. Cuba fikir apa akan terjadi sekiranya kita sendiri memberikan ruang kepada mereka untuk menasihati kita dalam perkara ICT?

Firman Allah SWT maksudnya : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan merasa senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)'. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah SWT tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.'' (Surah al-Baqarah ayat 120)

Ulama Islam telah pun mengeluarkan fatwa  untuk menjadi panduan kita , adakah kita boleh bekerjasama dengan Israel?

Ulama Islam telah mengeluarkan fatwa dan telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Secara ringkasnya perkara tersebut adalah HARAM berdasarkan perkara-perkara berikut:

1. Mengiktiraf penindasan dan kezaliman Israel terhadap Palestin.

2. Memberikan kekuatan kepada Israel.

3. Mengetepikan arahan Allah SWT untuk membalas setiap kezaliman yang berlaku.

(Rujukan : Fatawa Syaazah oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi Dar As-Syuruq Cetakan 2010.)

Hakikat sebenarnya negara Israel tidak wujud di peta dunia kerana mereka merampas dengan cara yang paling hina melalui kuasa-kuasa besar Britisah dan Amerika. Umat Islam perlu merampas semula tanah yang dirampas daripada saudara-saudara kita yang berada di Palestin,  kerana ini adalah tanggungjawab agama. Walaupun memakan masa yang lama usaha-usaha perlu dijalankan secara berterusan . Sahabat-sahabat semua perlulah memberi bantuan dan sumbangan daripada wang poket sendiri secara berterusan dan berdoa setiap lepas solat akan kejayaan saudara-saudara kita yang sedang berjihd fisabilillah disana.


Oleh itu umat Islam perlu bersatu dalam usaha untuk membantu saudara kita di Palestin untuk merampas semula tanah yang di rampas secara haram oleh Israel dan membina semula prasarana di Gaza yang telah hancur .
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, 21 Februari 2012

PEMUDA UMNO GEMPOR PARLIMEN PARIT

Program Exco Pemuda Msia pada 21hb Feb 2012 (Selasa) :

8.30am: YB Dato Razali Ibrahim di Dewan MDPT Parit - Bantuan BR1M Dun Belanja. 9.45am: Mesyuarat Exco Pemuda Msia di Pej. UMNO Bah. Parit.

12.45tgh: Majlis Bsama Pemimpin & Jamuan Tengah Hari d UiTM Seri Iskandar.
3pm: Penyampaian BR1M di Dewan Bota Kanan oleh YB KJ, YB Dato Razali & Khairul Azwan Dato Harun.

3.30pm: Program Pemuda Prihatin di Lambor Kiri, Paloh Layang Kiri, Kg.Tengah Parit n RPA Changkat Sodang.

Khamis, 16 Februari 2012

Kenyataan Anwar menuduh UMNO

Anwar: Umno Twisting My Statement on WSJ

PKR has always been upholding the aspirations and needs of the Palestinian people, said the party's de factor leader in a statement today.

Anwar said his statement in AWSJ clearly puts the aspiration of the Palestinian people who wants justice, peace and dignity respected as a condition for Israel's demands that its safety is guaranteed.

He also said his stand was clearly accepted by world Islamic leaders such as the Arab Saudi government through statements made by Putra Saud Faisal in 2002 and King Abdullah recently where they both had mentioned about guaranteeing Israel's security with condition that the wellbeing and right of Palestine be taken care of.

Therefore, he said the guarantee of Israel's security with condition of peace towards the Palestinian people is not something new.

"I had long been supporting the aspiration of the Palestinian people, since leading the demonstration of protesting the violence of Israel which received the support from America in 1973 in front of the American embassy in Kuala Lumpur and presented Malaysia in 1983 to the PLO (Palestine Liberation Organization) conference in Algiers after accepting Yassir Arafat's invitation," said Anwar.

He said he appreciated the views and spirit from his friends in PAS, Shura Council and all its missionary movements and Islamic organizations for continuously defending the fate of the Palestinians.

Anwar added that PKR shares the same wish with PAS, which is to see the Palestine country being established freely, independent and prosperous.

Last month, AWSJ had quoted Anwar as saying in an interview last month that he supported all efforts to protect the security of the state of Israel.

However, the newspaper reported that Anwar had stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, saying Israel must respect the aspirations of Palestinians first.

Due to that statement, Anwar had to defend himself by stressing that his remarks in the newspaper meant that he supported a two-state solution.

Anwar told that a similar statement was also mentioned by Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman when the latter addressed the United Nations General Assembly in September last year.

On Tuesday, PAS spriritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat had asked Anwar to retract his Israel-friendly remarks as published in the AWSJ last month.

Nik Aziz said that after a meeting with Shura Council, a decision has been made to urge the PKR de facto leader to withdraw his statement.

Anwar is scheduled to meet Nik Aziz to discuss the matter next week.

YPS ~ UMNO juga dipersalahkan oleh Anwar Ibrahim. Dia yang keluar kenyataan, apsal UMNO lak yang terima tempias??? Pening betul la mamat ni.
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Rabu, 15 Februari 2012

KENYATAAN MAT SABU BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK PIMPINAN MAJLIS SYURA PAS


Cuba kita baca kenyataan Mat Sabu kepada Sinar Harian di bawah ini.

Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada mahu memohon maaf dan menarik balik sokongannya terhadap Israel walau pun Majlis Syura memutuskan beliau harus berbuat sedemikian, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Justeru kata beliau, pendirian Ketua Pembangkang itu tidak akan menjejaskan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

Mohamad menambah, apa yang diperkatakan oleh Anwar kepada Wall Street Journal (WSJ) adalah pandangan peribadi dan dasar partinya, dan oleh itu, terpulang kepada beliau untuk memohon maaf atau sebaliknya.

"Pas tidak mempunyai halangan, terpulang kepada Anwar sendiri, persamaan dasar yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menuju ke Putrajaya, sekiranya ada parti dalam PR mempunyai dasar lain, ia akan diperbincangkan kemudian.

"Namun sekiranya PKR dan DAP mempunyai dasar partinya sendiri, Pas tidak mencampurinya. Terpulang kepada mereka, termasuk menyuarakan pandangan peribadi ataupun mewakili parti," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bukankah berbeza dengan kehendak Majlis Syura PAS yang mahu Anwar menarik balik kenyataan atau saman WSJ jika WSJ tersalah lapor.  Bagaimana Timbalan Presiden PAS boleh mengeluarkan kenyataan yangg tidak selari dengan kehendak Majlis Syura???

YPS ~ Sama-sama kita fikirkan. 

Selasa, 14 Februari 2012

PAS DITARBIYAH OLEH DAP

Begitulah nasib PAS sejak menjalinkan hubungan dengan DAP dan PKR. Setiap kali PAS menyuarakan pendapat berkaitan agama & Islam, pasti akan ditarbiyah oleh DAP mahupun PKR.

Sebagai contohnya, tindakan Dewan Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan promosi Hari Kekasih (Valentine's Day) kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim baru-baru ini dengan pantas dikomen oleh Pengerusi DAP Karpal Singh.

Karpal minta PAS mengubah pendiriannya mengenai Valentine's Day kerana DAP beranggapan ia bertentangan dengan hak asasi dan prinsip kebebasan.

"DAP tidak bersetuju pendirian PAS menentang sambutan Hari Kekasih, Selasa ini,"  kata Karpal.

Menurutnya, pendirian PAS tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum, dan disambut hampir di semua negara.

 "DAP berpendapat pendirian PAS menentang sambutan Hari Kekasih, bukan satu langkah yang baik, tindakan PAS adalah sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan. Malaysia adalah negara mengamalkan prinsip demokrasi," katanya.

Karpal berkata, DAP kecewa dengan tindakan PAS, satu parti komponen PR yang menentang sambutan Hari Kekasih setiap tahun. "DAP menggesa PAS menarik balik pendirian berkenaan sebelum 14 Februari ini," katanya.

Di sebalik bantahan keras Karpal, PAS tetap dengan pendirian menentang sambutan Hari Kekasih, kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, PAS tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja.

"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.

"Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam," katanya.

Sementara itu, di Kota Bharu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz meminta Karpal belajar untuk menghormati agama lain dan tidak memaksa masyarakat untuk menerima pandangan peribadinya.

Dengan nada sinis Nik Abduh berkata, pemimpin tertinggi DAP itu sepatutnya lebih menghormati agama lain dan tidak menyamakan ia dengan mahkamah.

"Walaupun sudah berusia, Karpal Singh sepatutnya belajar untuk menghormati setiap agama yang ada negara ini, dan bukan hanya memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain, politik bukan mahkamah," katanya.

Anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, ketika PAS rancak mempromosikan hak-hak bukan Islam supaya ia lebih adil, Karpal pula seolah-olah mengambil kesempatan menyekat hak asasi umat Islam yang sepatutnya dihormati oleh semua pihak.

Menurutnya, keputusan menentang Hari Kekasih bukan hanya pendirian parti itu semata-mata, sebaliknya ia juga dimahukan oleh semua umat Islam.-

Bagi YPS, PAS bukan sebuah kuasa/parti yang boleh diambil remeh. Mereka berjaya mentadbir Kelantan & Kedah. Tetapi sejak PAS bersama dalam Pakatan Rakyat, PAS menjadi begitu kerdil dan hina. Kepimpinan mereka hari ini telah dikuasai oleh Anwarinas, bukan lagi kepimpinan ulama.

YPS ~ "LANGKAH MAYAT SAYA DULU," kata KARPAL SINGH. Berani ke PAS nak langkah Karpal???

PANAS!!! NIZ AZIZ TEMPELENG ANWAR IBRAHIM

KENYATAAN MEDIA MURSYIDUL AM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa,  serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.


Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.


Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.
Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.


Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman
ini.


Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau. Dato Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433 H

YPS ~ Buta lagi ke mata hati kepimpinan PAS dengan hidayah yang Allah perlihatkan kepada mereka tentang siapa Anwar Ibrahim sebenarnya?

Isnin, 13 Februari 2012

Ustaz Kazim dan Dr Hassan Ali di Pengkalan Pegoh

Ucapan YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali, ADUN Gombak Setia, Selangor dan Ustaz Kazim Elias pada Jumaat 10 Februari 2012, di Padang Bolasepak, Kg Pengkalan Pegoh, Sungai Rapat, Gopeng, Perak, anjuran Jawatankuasa Masjid Pengkalan Pegoh.


Seramai hampir 15 ribu orang hadir ke program ini.

Sabtu, 11 Februari 2012

Sebagai bekas pemimpin PAS yang ada ketika beberapa isu besar melanda Pakatan Rakyat, sudah tentu Datuk Dr Hasan Ali layak menceritakan pengalamannya sepanjang bersama PAS. Salah satu antaranya isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kesempatan minum petang di rumah beliau di Taman Tun DR Ismail petang Khamis, sekumpulan blogger dan wartawan portal sempat bertanyakan pandangan beliau mengenai video seks tersebut.
 
Dr Hasan menjawab dengan berhati-hati, menurutnya, kebanyakkan pemimpin PAS tidak ghairah untuk memberitahu samada sudah menonton atau belum video tersebut, apatah lagi mahu membuat andaian bahawa pelakunya Anwar Ibrahim.
 
"Pertimbangan utama mereka adalah barangkali Pakatan Rakyat akan berlaku perpecahan jika mengaku sipelaku dalam video itu adalah Anwar. Sebab itu mereka lebih suka mendiamkan diri, lebih suka tidak menzahirkan pendirian dan apa yang tersembunyi dalam hati," katanya.
 
Beliau sendiri, tidak tengok lagi video tersebut, tidak sampai hati, katanya, memandangkan Anwar dan dia merupakan kawan sejak di zaman universiti lagi.
 
"Tapi saya sudah melihat dari awal, rentetan-rentetannya, samada dengan drivernya (Azizan), dengan adik angkatnya (Sukma), samada dengan gadis-gadis, lokal, gadis luar negeri yang dibariskan satu-persatu, yang sehingga kini tidak berjawab,"
 
"Bahkan bila diasak supaya bersumpah laknat, sehingga kini Anwar tidak berani. Paling tidaknya jika beliau bersumpah laknat, akan gugurlah beberapa persepsi.
 
"Nampak-nampak sayalah, diri saya kata kuat untuk saya mempercayainya," kata beliau berlapik.

Dr Hasan yang kini setiap malam menjelajah dalam diri road show selepas dipecat PAS pada 8 Januari lalu. Kerap mengadakan sidang media dan selalu menghadiri pertemuan-pertemuan tidak rasmi seperti bersama kami petang Khamis.
 
Beliau seperti mendapat tenaga baru, namanya kembali menjadi sebutan, ada yang menyokong dan ada yang menentang, tetapi siapapun tidak dapat menolak bahawa Hasan Ali sedang 'menunggang gelombong' hasil dari kegopohan PAS memecatnya.
 
Ketika ditanya mengenai isu terbaru membabitkan bekas rakan Exconya, Elizebert Wong, dan bagaimana PAS senyap sunyi tidak memberikan komen mengenai kejadian tersebut, kata Dr Hasan...
 
"Bukan mute lagi, totally inactivity, kalau mute boleh pause lagi,"jelasnya.
 
Menceritakan lebih lanjut, katanya ketika mula-mula isu gambar tak senonoh Elizebert Wong timbul pada tahun 2009, pandangan yang popular ketika itu adalah beliau menarik diri (letak jawatan).
 
"Tapi Dato Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ada pandangan berbeza. Ketika dibawa ke Mesyuarat Exco pun, Mesyuarat Exco suruh bercuti, dua bulan, dan kita ingat bila dia balik, dia akan tarik diri, tetapi dia teruskan.
 
Menurutnya, sepatutnya dengan isu moral seperti itu, orang-orang PAS, parisit dalam PAS tumpu kepada Elizebert Wong sebab itu yang jadi percakapan ramai (menjejaskan PR), tapi tidak begitu, saya yang jadi sasaran," katanya.
 
Cerita ADUN Bukit Lanjan Elizebert Wong itu kembali memanas apabila bekas teman lelakinya Hilmi Malek ditangkap di Batam Indonesia Jumaat lepas kerana cuma membuat passport Indonesia menggunakan identiti palsu.

Bila Dr Hasan bercakap pasal parasit dalam PAS, ramai mengaitkan dengan MP Shah Alam Khalid Samad, entah benar, entah tidak, tetapi perseteruan mereka berdua sudah lama menjadi buah mulut dikalangan pemerhati politik.
 
Tatkala Dr Hasan sibuk menjelajah menjelaskan pemecatannya, Khalid menulis dalam blog dan buat sidang media mendakwa Dr Hasan kepinggin hendak jawatan MB dan beliau antara yang disuruh melobi.
 
"Ini satu fitnah yang sangat besar, kalau dia katakan saya melobi, bila saya melobi, dimana saya melobi, apa saya cakap pada dia, apa saya tulis pada dia, apa memo saya kepada dia, siapa orang lain yang saya bawa berjumpa dengan dia, jika ada sila kemukakan," katanya.
 
"Ini tuduhan yang amat besar, dan tuduhan ini tidak sepatutnya datang dari orang yang menjadi ahli jemaah Islamiyah, golongan ulama yang saya kenal tidak akan buat macam mana ahli parlimen Shah Alam ini.
 
"Ini satu tuduhan yang sangat jahat...saya tak sangka sampai ke peringkat itu tuduhan yang dilemparkan kepada saya," kata yang mencabar Khalid Samad mengemukakan bukti.
 
Selama ini kata Dr Hasan, beliau dituduh macam-macam, tetapi bila beliau meminta penuduhnya mengemukakan bukti, tiada siapapun yang tampil.
 
"Dalam mesyuarat parti lagi, jika kata saya budak suruhan UMNO, saya bersekongkol dengan UMNO, menjadi alat kepada UMNO, buktikan satu, bila saya suruh bagi contoh... mereka jawab "ala memang UMNO, memang UMNO, memang UMNO..."
 
"Adakah itu jawapannya?" katanya ketawa sinis.
 
Adakah beliau menyesal dipecat dari PAS, dan mengapa beliau enggan merayu lagi, Dr Hasan memberikan lima sebab kenapa beliau rela dilihat berpatah arang berkerat rotan dengan PAS.
 
Dr Hasan menggariskan sebab-sebab itu ialah:
 
- PAS meninggalkan perjuangan asalnya untuk menubuhkan sebuah Negara Islam dan menggantikannya dengan Negara Kebajikan, yang boleh dilaksanakan di mana-mana negara sekular dalam apa juga sistem dan amalan politik.
 
- PAS sudah hilang pendirian dan ketegasan yang boleh dihormati apabila diperkotakkatikkan oleh rakan sekongkolnya dalam pakatan pembangkang khasnya DAP sehingga menolak bulat-bulat Negara Islam.
 
- PAS terlalu ghairah memimpikan Putrajaya sehingga mengorbankan Islam dengan bersekongkol dengan DAP yang terang merupakan musuh Islam.

- Pemikiran ulama di dalam Pas yang ada sekarang sudah "dilarutkan" dengan kehadiran sebanyak 70 peratus "parasit" di dalam kepimpinannya yang membawa kepentingan politik berlainan daripada hala tuju Pas.
 
- Kesetiaan wakil rakyat PAS dalam Parlimen lebih besar kepada Anwar Ibrahim kerana memberi perhatian besar dan hadir dengan ramai setiap kali ketua pembangkang itu berucap sedangkan ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap, banyak bangku yang kosong.
 
Hasan berkata, PAS kini sudah menyimpang jauh dan terus hanyut daripada perjuangan asalnya selagi parti itu berada dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
 
Menjelaskannya, beliau berkata apa yang dijanjikan kepada masyarakat Islam di negara ini sebelum ini adalah penubuhan sebuah Negara Islam tetapi impian itu sudah mustahil untuk dicapai apabila pakatan pembangkang ditubuhkan dan PAS, atas pertimbangan kepentingan politik semata-mata, telah menyertainya.
 
"Yang kita dapat di Selangor sekarang, samalah akan terjadi di Putrajaya.
 
Kalau mereka (pembangkang) menang atas konfigurasi komponen (parti) yang ada, tak akan adalah Negara Islam, tak akan adalah hukum hudud. Begitu juga pelaksanaan Islam dalam ekonomi, sosial, pertanian dan dasar luar negara.
 
"Jadi bila gabung dengan DAP dan PKR, PAS tak boleh lagilah dengan negara Islam. Ketua Umum PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun tak berminat.
 
"Saya baru 15 tahun dalam PAS. Saya masuk PAS kerana saya nak Islam dan kepimpinan ulama iaitu 'tagline' PAS. Itu sebab utama saya masuk PAS. (Tapi) kepimpinan ulama tidak lagi dominan. Negara Islam tak ada lagi, jadi saya nak bergantung ke mana?" katanya.
 
"Dalam keadaan banyak umat Islam bergantung harapan kepada PAS, parti itu sendiri menolak Negara Islam. Alasan yang dahulunya dikatakan oleh PAS sendiri bahawa ia dituntut oleh Islam telah tiba-tiba diputar belitkan oleh PAS juga bahawa tiada disebut dalam al-Quran," katanya.
 
Menyentuh cita-cita PAS untuk menawan Putrajaya, Hasan berkata beliau tidak mempertikaikannya semasa masih berada di dalam parti itu tetapi tidak mahu Islam dikorbankan dalam usaha berkenaan.
 
"Orang PAS mungkin dah tak sabar nak jadi menteri, itu yang nak ke Putrajaya, itu agak sayalah, sampaikan prinsip perjuangan diketepikan. Dalam soal ini, saya tidak setuju.

"Saya dari awal lagi sudah menentang Negara Kebajikan ni. Walaupun  Putrajaya itu penting tetapi mendaulatkan Islam, Melayu dan Raja adalah matlamat perjuangan politik kita," katanya.
 
Hasan berkata tarikan ke Putrajaya itu sangat kuat disebabkan PAS terus digula-gulakan dan dikipas oleh pemimpin parti pembangkang, dan banyak kepimpinan Pas sekarang rela memejamkan sebelah mata walaupun mereka mungkin sedar PAS sedang diperalatkan oleh rakan pakatan untuk mencapai cita-cita itu.
 
"Bila ke Putrajaya sekalipun, akan berlaku perebutan kuasa antara PAS, DAP dan PKR dalam kementerian-kementerian penting. Dalam pakatan pembangkang pun tak kukuh kerana ini sekadar gabungan tidak kukuh, dan bukannya desakan kemahuan ikhlas dan suci untuk mendaulatkan Islam.
 
Beliau juga berkata kepimpinan PAS perlu berubah dan membuat 'islah' kerana pelbagai prinsip di dalam parti itu dilihatnya sudah tidak betul.
 
Contohnya, Hasan berkata beliau dimaklumkan oleh rakan-rakan dalam parti bahawa apabila Abdul Hadi berbahas di Parlimen, tidak ramai yang berada di kerusi mereka tetapi berbeza apabila Anwar yang berucap, itu pula yang diberi perhatian penuh.
 
"Takkan kita dalam PAS, kesetiaan kita adalah kepada orang lain pula. Pada saya ini prinsip yang sangat tak betul. Prinsip berjemaah tak betul, prinsip berketua tak betul dan prinsip pengikut tak betul. Akhirnya prinsip mengurus organisasi tak betul dan ini yang berlaku sekarang.
 
"Saya dah gambarkan sebelum ini selepas menjadi kerajaan di Selangor selama tiga tahun dan 10 bulan dengan melihat semula kekuatan, kelemahan dan peluang.
 
"Saya boleh senaraikan 20 kelemahan tetapi pakatan pembangkang tak buat dan tak berani buat," katanya
 
Hasan juga membidas Anwar kerana suka menimbulkan reaksi masyarakat dengan mengadakan demonstrasi.
 
"Bukan tak bagus demonstrasi tapi bukan semuanya sesuai untuk demonstrasi.
 
Akhirnya (negara) akan jadi anarki dengan masing masing mentafsir berdasarkan pemikiran masing-masing. Itupun perlu mengikut kehendak syariat," katanya.
 
Beliau mengakui diberitahu bahawa di dalam pakatan pembangkang apa juga perkara perlu dirujuk kepada Anwar dan akhirnya akan berlaku amalan autokratik dan dengan itu senang untuk 'menunggangi' PAS.
 
"DAP tak mudah ditunggangi," katanya.

YPS ~ PAS menjadi KELDAI TUNGGANGAN DAP & PKR


Sent from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 10 Februari 2012

ULASAN BLOGGER PAKATAN RAKYAT "KENAPA PAKATAN RAKYAT HARUS KE PUTRAJAYA"

Di bawah ini penulisan blogger yang menyokong Pakatan Rakyat. Kemungkinan dari Parti PAS. Mari kita nilaikan kandungan serta intipati yang ingin beliau luahkan. Di manakah kebenarannya?

"Kehidupan di dunia ini umpama roda. Adakalanya seseorang itu berada di atas dan pada masa yang lain dia berada pula dibawah. Di dalam sejarah dunia dan tamadun manusia kita akan bertemu pertukaran golongan/dinasti yang memegang tampuk pemerentahan. Pertukaran ataupun silih berganti ketua negara adalah perkara biasa dan lumrah alam. Begitu juga dalam kerajaan khalifah Islam selepas Khulafa ar-Rasyidin kerajaan Islam ditakbir oleh Kerajaan Bani Umayyah, Bani Abbasiyah, Fatimiah dan Uthmaniyah.

Kenapa berlaku pertukaran kerajaan sedangkan kerajaan sebelumnya berpengalaman dan telah banyak melakukan pembangunan fizikal dan membantu rakyat?

Sebenarnya jika di kaji sejarah setiap peralihan kuasa daripada satu kerajaan kepada kerajaan yang lain puncanya adalah kerana pemerentah yang lama banyak pelakukan penyelewengan dalam pemerentahan seperti rasuah, mengutamakan ahli keluarga dan kroni, projek-projek kerajaan diagih-agihkan kepada puak-puak mereka sahaja, hak dan keperluan rakyat diabaikan. Pemimpin negara ketika itu hanya berseronok di istana-istana mewah dan menghabiskan harta negara untuk perkara-perkara kurang bermanfaat. Akibat daripada kelemahan inilah pihak pembangkang daripada bani/dinasti yang lain akan berusaha keras mengumpulkan pengikut-pengikutnya dan menjatuhkan kerajaan yang lama.

Di abad ke 21 kita boleh saksikan kerajaan-kerajaan demokrasi di dunia telah berlaku pertukaran kuasa  iaitu parti pemerentah yang telah memerintah puluhan tahun dapat dikalahkan dalam pilihanraya dan parti pembangkan pula mengambil alih kuasa. Contohnya di India Parti Kongres begitu lama memerentah negara India tetapi akhirnya parti tersebut jatuh dan digantikan oleh parti pembangkang. Di Amerika, Britain, Filipina, Thailand dan negara-negara Eropah sering bertukar tangan dengan parti pembangkang apabila tewas dalam pilihan raya umum mereka.

Dalam tahun 2010 suatu perubahan telah berlaku di Timur Tengah bagaimana  rakyat yang telah lama ditindas oleh pemerentah yang zalim, yang mengaut keuntungan hasil negara untuk kepentingan ahli keluarga pemerentah dan kuncu-kuncunya telah bangkit mempertahankan hak mereka dan meminta hak memerintah negara di serahkan  kepada rakyat seperti berlaku di Tunisia, Mesir, Libya, Yaman dan yang masih dalam proses kebangkitan rakyat adalah di Syria.

Dunia telah menyaksikan bagaimana Jemaah Islam Ikhwan Muslimin melalui
Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi berjaya memenangi pilihan raya bebas di Mesir dan telah menguasai Parlimen Mesir.

Firman Allah SWT maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) : 'Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu '." (Surah Ali-Imran ayat 26)

Dalam realiti di Malaysia, berdasarkan fakta sejarah dan perkembangan semasa berkemugkinan besar Pakatan Rakyat akan berjaya mengalahkan Barisan Nasional yang telah berkuasa memerentah selama 54 tahun (bermula Parti Perikatan dan digantikan dengan  Barisan National) dalam PRU 13.

Mengikut data-data  pengundi  bermula PRU 1 hingga PRU 12, beberapa penganalisa bebas dapati bahawa dalam PRU 13 Pakatan Rakyat akan dapat menguasai banyak negeri-negeri di Semenanjung dan akan memperolehi majoriti mudah dan mampu membentuk kerajaan dan menguasai Puterajaya.

PRU 12 sebenarnya memberi pukulan maut kepada Barisan Nasional kerana mengalami kekalahan yang paling teruk iaitu tidak mendapat majoriti 2/3 dan kehilangan 4 negeri dan tidak berjaya merampas kembali negeri Kelantan.

Pilihan raya negeri di Serawak baru-baru ini adalah satu petunjuk bahawa pengundi Cina tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional.  Sehinggakan Pakatan Rakyat dapat menambah kerusi Dewan Undangan Negeri, sebelum ini sukar diperolehi.

Analisa yang dibuat ini waalupun tidak 100% tepat tetapi terdapat kebenarannya yang boleh dipakai kerana kuasa penentu untuk PRU 13 adalah pengundi muda dan pengundi 'atas pagar'. Pengundi 'atas pagar' banyak bergantung kepada isu-isu semasa yang di mainkan oleh kedua-dua parti (BN dan PR). Media alternatif memainkan perana penting untuk menjelaskan isu semasa kepada pengundi 'atas pagar' dan pengundi muda. Isu NFC (National Feedlot Centre) menjadi isu hangat yang sukar ditepis dengan mudah oleh Barisan National.

Dalam kajian yang dibuat pengundi Cina dan India majoriti akan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan pengundi muda juga majoriti akan menyokong Pakatan Rakyat disebabkan pengundi muda tidak mudah dipengaruhi oleh media pro kerajaan atau media letronik.

Salah satu faktor yang tidak boleh disangkal oleh Barisan Nasional bahawa negeri-negeri yang di kuasai oleh Pakatan Rakyat telah membuat banyak perubahan daripada bantuan dan khidmat kepada rakyat hinggakan keperluan asasi mereka diutamakan seperti rumah, bantuan kemiskinan dan hak memiliki geran tanah. Projek-projek kebajikan seperti pemberian air percuma, bantuan  pengurusan kematian (skim usia emas) dan bantuan-bantuan lain semuanya tidak pernah dibuat semasa pemerentahan kerajaan yang terdahulu. Hasil negeri seperti balak dan pasir juga bertambah perpuluh kali ganda daripada kerajaan sebelumnya, lapuran audit negara memuji ketelusan pentadbiran dan peningkatan hasil negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat, ini semua memberi saham yang tinggai kepada Pakatan Rakyat untuk menambat hati rakyat jelata dan mengekalkan momentum sokongan umum.

Faktor yang paling besar kenapa Pakatan Rakyat mampu menguasai Putrajaya adalah kerana rakyat yang dahagakan pemerentah yang telus, adil, tidak berlaku rasuah dan kekayaan negara dapat dikongsikan untuk semua rakyat. Terlalu banyak berlaku ketirisan wang negara hingga mencecah billion ringgit setahun , harga barang-barang keperluan asas dan minyak naik sedangkan Malaysia adalah salah satu pengeluar minyak dunia, pengangguran semakin meningkat (kurang peluang-peluang pekerjaan), rakyat di bebankan dengan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan pendidikan di IPTA dan IPTS, hutang negara mencecah ratusan billion bertambah setiap tahun (jika tidak dapat diatasi negara akan menuju muflis).

Beberapa perkara yang tidak di sukai oleh rakyat adalah hak untuk berhimpun secara aman dikenakan dengan syarat-sayarat yang ketat (menafikan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan negara), masih mengekalkan tahanan tanpa bicara, para pelajar  tidak boleh bersuara kerana AUKU (akta universiti dan kolej), sistem keadilan masih tidak mengikut standard antarabangsa (terdapat pilih kasih dalam perbicaraan) dan tol-tol yang dikenakan kepada rakyat sangat membebankan sebaliknya keuntungan daripada kutipan tol hanya mengkayakan syarikat-syarikat kroni sahaja.

Umat Islam yang prihatin terhadap Islam dan cinta kepada keadilan dan akhlak Islam merasai bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak serius menangani gejala sosial hinggakan terdapat lebih 200,000 anak tidak sah taraf dan jumlah ini bertambah setiap hari. Ini adalah kerana Malaysia mendapat catar ke 10 di dunia negara yang suka berhibur. Penggalakkan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita. Penagih dadah semakin bertambah dan kadar jenayah juga  semakin bertambah setiap hari, seolah-olah tidak ada jalan untuk menghapuskannya.Displin para pelajar sekolah sangat membimbangkan kes-kes pergaduhan dan ponteng sekolah, mengikut kajian bebas 80% pelajar sekolah (menengah dan rendah) tidak melakukan solat, majoriti mereka tidak solat kerana tidak tahu cara-cara solat yang betul . Ini adalah kesan daripada kegagalan sistem pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan.

Kerajaan ada membina masjid dan sekolah agama tetapi pada masa yang sama membiarkan kelab-kelab malam bercambah, pergaulan bebas muda mudi, muzik dan hiburan diberi keutamaan, kerja-kerja seperti ini umpama tangan kanan buat bangunan dan tangan kiri pula meruntuhkannya. Kerajaan tidak serius untuk melaksanakan hukum-hukum Allah seperti hudud dan qisas dan sentaiasa memberi alasan bahawa masyarakat majmuk sedangkan usaha-usaha kearah memberi kesedaran , kefahaman dan tarbiah tidak dijalankan hinggakan umat Islam sendiri  menghina dan mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT.

Gejala murtad menjadi perkara serius diberitakan melebihi 200,000 orang. Tetapi bukti yang jelas apabila terdapat puluhan ribu memohon untuk menukar agama daripada agama Islam kepada bukan Islam, sedangkan hukum murtad yang lebih tegas tidak diluluskan di Parlimen walaupun pihak pembangkang telah membuat beberapa cadangan hukum yang lebih tegas.

Rakyat dan umat Islam yang berada dinegeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dapat merasai bahawa masjid-masjid dan surau-surau banyak mengadakan kuliah agama dan menyuburkan majis ilmu dan masjid-masjid telah berfungsi di hidupkan dengan aktiviti-aktiviti ke Islaman dan khidmat masyarakat, berbeza masjid-masjid yang berada di dalam pemerentahan kerajaan Barisan Nasional kerana ramai usatz-ustaz tidak diberikan tauliah untuk pengajar.

Berjaya atau tidaknya Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya sebenarnya bergantung kepada ketentuan takdir daripada Allah SWT. Jika Allah SWT mengendaki Pakatan Rakyat menguasai Puterajaya pasti tidak siapa boleh menghalangnya. Contoh yang paling hampir  dalam PRU 12,  siapa sangka Pulau Pinang , Perak, Selangor dan Kedah berjaya ditawan oleh Pakatan Rakyat yang menjadi kubu kuat Barisan National? Dan ahli Parlimen Pakatan Rakyat berjumlah 40% daripada keselurauhan ahli Parlimen, tidak mustahil jika di izinkan Allah jumlah ahli Parlimen akan menjadi melebihi 50% pada PRU 13 dan mampu memerentah Malaysia walaupun dengan majoriti kecil.

Perkara yang paling penting untuk ke Puterajaya usaha-usaha gigih perlu berterusan samaada para pemimpin Pakatan Rakyat , penyokong dan ahli-ahlinya bekerja keras dan banyakkan mendekati rakyat dengan penuh hikmah.  Kempen yang perlu dijalankan perlulah bersih tidak perlu menggunakan bahasa yang kesat, menyerang peribadi parti lawan dan cuba gunakan pendekatan sopan dan menggunakan akhlak yang mulia. Jangan sampai niat hendak menang gerak-kerja Pakatan Rakyat terbawa-bawa menggunakan  berita yang tidak sahih dan tidak ada fakta dan bahan bukti.

Untuk umat Islam perkara yang cukup penting adalah doa dan solat hajat. Buatlah solat hajat sebanyak yang mungkin dan mohonlah kepada Allah SWT dengan hati yang khusyuk dan ikhlas semoga doa-doa kalian di terima oleh Allah SWT. Carilah masa-masa mustajab doa untuk menyatakan hajat kalian. Jika ditakdirkan doa kalian diterima oleh Allah SWT pasti Pakatan Rakyat akan berjaya menduduki Putrajaya , kerana Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah-Nya mengubah majoriti hati rakyat Malaysia untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai pemerentah yang menguasai Putrajaya.

Ayat Al-Quran yang menerangkan perkara ini ialah Firman Allah, Surah Yasin, ayat 82. yang maksudnya : "Hanya sesungguhnya keadaan Allah Taala, apabila mengkehendaki menjadikan ia akan sesuatu bahawa berkata Ia, baginya 'Jadilah, maka jadilah ia."

Majoriti rakyat menanti jika dengan izin Allah SWT Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya, mereka perlulah  menunaikan janji-janjinya untuk berkhidmat pada rakyat dan membuat "overhall" terhadap sistem yang ada oleh pemerintah yang lama. Janji perlu dikotakan dan jika kalian menanamkan azam untuk membuat islah, pembaharuan dan memulihkan kerosakkan yang ada insya Allah , Allah SWT akan tunaikan hajat kalian semua."

YPS ~ tidak menafikan ada kebenaran atas luahan penulis ni. Hari ini, BARAH' yang menjangkiti UMNO memang telah terlalu parah. Pemimpin-pemimpin UMNO berada di dalam kelas atasan atau elit.

Pemimpin hari ini tidak punya nilai perjuangan seperti MAHARAJA LELA, MAT KILAU, TOK GAJAH serta ramai lagi. Mereka yang YPS namakan tadi cukup hebat sehingga bergelar pejuang.

Apakah sejarah akan datang akan terpahat nama wira-wira sehebat mereka? Wallahu'alam.
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, 7 Februari 2012

PeGANG PADA HUKUM

PARIT : Pemimpin yang mengutamakan kekayaan material akan mengakibatkan kepincangan serta kemiskinan ummah, titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada sambutan Majlis Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Raudhatul Mardhiah di sini semalam.

Titahnya lagi, perkara itu menyebabkan berlaku pelbagai masalah membabitkan masyarakat selain mengundang masalah sosial lain.

"Pemimpin mengutamakan kekayaan peribadi, keluarga dan kelompok (kroni) berikutan kekayaan tersebut diperolehi secara mendadak lagi mencurigakan akan melahirkan individu kaya bersifat sementara"

"Kekayaan material seumpama itu tanpa dilengkapi kekayaan minda, intelek, ilmu dan rohani adalah kekayaan palsu serta sekadar melahirkan budaya kemewahab, bermegah dan pembaziran"

Ia menyebabkan ketirisan sumber, pembangunan tempang, kadar pengangguran, penghijrahan, penyeludupan dan jenayah tinggi dituruti pelbagai penyakit sosial"

"Perkara itu akhirnya menjejaskan ketenteraman awam selain menggugat kestabilan poitik serta meningkatkan keselamatan dan pertahanan negara. Akibatnya ummah bertambah derita keranan perangkap dalam putaran kemiskinan,"titahnya.

Setiap usaha membina kekayaan ummah perlu dilaksanakan berasaskan saluran halal yang bersandarkan formula kesaksamaan bagi menjamin kesejahteraan majoriti umat Islam secara menyeluruh.

"Ia boleh dicapai dengan tidak mengizinkan perlakuan yang mendorong berlakunya kekayaan secara mendadak sehingga menyisihkan undang-undang serta dibolot oleh individu yang tamak"

"Senario semasa di negara tertentu wajar dijadikan peringatan dan tauladan. Sangat penting bagi umat Islam hari ini mengembalikan keluhuran dan kepimpinan seperti dianjurkan oleh Rasulullah SAW"

"Sesungguhnya baginda memiliki watak serta sifat unggul yang wajib dijadikan ikutan terutama di kalangan mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab kepimpinan baik ulama ataupun umara"

"Permerintahan baginda teguh berpegang pada hukum, menegur setiap kesalahan, mencegah setiap kemungkaran walaupun membabitkan saudara, keluarga atau sahabat terdekat"

"Baginda Rasulullah SAW tidak terpesona dengan kemewahan dunia, jauh sekali tergoda untuk membina kekayaan diri dan keluarga," titahnya.

"Kesejahteraan sesuatu bangsa dan negara dipengaruhi sifat serta akal bicara pemimpin, selain pemimpin tidak mengizinkan berlakunya pemusatan himpunan kekayaan secara melampau di kalangan kumpulan tertentu"

"Jika pemimpin sentiasa insaf akan tanggungjawab besarnya pada ummah dan negara serta yang lebih besar terhadap Allah, maka sejahtreralah hidup ummah dan makmurlah negara".

"Khazanah negara juga akan diurus secara telus, sumber negara diagih secara saksama dan kekayaan negara tidak dibazirkan," katanya.

Lebih 3000 rakyat setempat menghadiri majlis itu. Turut disertai Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, diiringi Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim serta Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

YPS ~ DYMM Paduka Sultan memahami perkara ini. Pesan baginda ini patut dijadikan asas dalam memimpin serta mentadbir kekayaan negara agar rakyat hidup makmur.

Isnin, 6 Februari 2012

SALAM MAULIDUR RASUL

Bersempena sambutan Maulidur Rasul pada kali ini marilah kita sama2 sentiasa menggigati baginda disetiap hari dalam kehidupan. menggigati Rasulullah SAW bukan hanya bila tibanya Maulidur Rasul tetapi disetiap saat dan detik agar kecintaan kita pada baginda bertambah utuh... Insya'ALLAH. "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" salam Maulidur Rasul 1433 H, buat semua umat Islam yang menyangi kekasih ALLAH SWT.


BIODATA RASULULLAH S.A.W.
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

CARA RASULULLAH SAW BERBICARA

Hasan Bin Ali meriwayatkan :
"Saya pernah bertanya kepada bapa saudaraku, Hindun bin Abu Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Saya katakan kpdnya, `gambarkanlah kepadaku bagaimana cara Rasulullah SAW berbicara!'

Ia berkata,
"Rasulullah SAW adalah seorang yamg nampak selalu prihatin dan sentiasa berfikir. Baginda lebih banyak diam dan berbicara hanya seperlunya. Baginda memulai dan mengakhiri pembicaraan baginda dengan menyebut nama ALLAH. Ucapan baginda selalu padat, terperinci dan jelas, tidak lebih dan tidak kurang, tidak kasar dan tidak merendahkan".

Baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Baginda tidak pernah mencela dan memuji makanan. Urusan dunia beserta isinya tidak pernah membuatkan baginda marah. Jika kebenaran dilanggar, baginda tidak akan diam hingga kebenaran itu ditegakkan. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi.

Ketika menunjuk sesuatu, baginda selalu menggunakan seluruh tangannya. Dalam keadaan ta'jub atau terkejut, baginda selalu membalik (tapak tangannya). Ketika berbicara terbiasa menggunakan
tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukul tapak tangan kanan ke tapak jempol kiri.

Ketika marah, baginda berbalik dan berpaling. Ketika senang, baginda menundukkan pandangan. Ketawa beliau adalah senyuman dan gigi baginda nampak seperti butiran salji." (HR Tirmizi)
 
CARA RASULULLAH SAW BERGURAU

Hasan Al Bashri meriwayatkan :
"Seorang perempuan yg sudah tua mendatangi Rasulullah SAW seraya berkata, `Wahai Rasulullah, doakanlah agar saya boleh masuk syurga.'

Baginda menjawab,
`Wahai Ummu Fulan! Syurga tidak dihuni oleh perempuan yang sudah tua.'
Mendengar hal itu, perempuan itu segera bergegas sambil menangis. Maka Rasulullah SAW berkata,
`Beritahukan kepada perempuan itu bahawa ia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua.

ALLAH SWT berfirman, `Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung; lalu kami jadikan mereka perawan-perawan yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya.' (QS Al Waqiah 35 -37)" (HR Tirmizi dan Thabrani)


KEHIDUPAN RASULULLAH SAW

Aisyah meriwayatkan :
"Kami, keluarga Muhammad, pernah tidak menyalakan api (memasak makanan) selama sebulan penuh. Kami hanya makan kurma dan air." (HR Tirmizi, Ahmad, Ibnu Sa'ad dan Ibnu Hibban)

KEWAFATAN RASULULLAH SAW

Qasim Bin Muhammad meriwayatkan bahwa Aisyah berkata :
"Saya melihat Rasulullah SAW pada hari kewafatan baginda. Di sisi baginda, terdapat sebuah bejana yang berisi air. Baginda memasukkan tangan ke bejana itu, kemudian mengusap wajah dengan air, lalu berdoa, 'Ya ALLAH, bantulah aku mengatasi sakratulmaut." (HR Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu Sa'ad)


KETIKA SAKARATUL MAUT
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan ALLAH untukku di sisinya?"

Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."
Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan ALLAH untukku?"

Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya

menanti kedatangan rohmu."
Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai

Jibril, apa lagi yang disediakan ALLAH untukku?"
Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."

Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih ALLAH, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan" ?

Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"

Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya ALLAH telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah SAW : "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah SAW.

Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"

Rasulullah SAW menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah SAW. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."
Mendengar ucapan Rasulullah SAW itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"

Jibril menjawab: "Wahai kekasih ALLAH, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW....

WARISAN RASULULLAH SAW 

Amr Bin Harith meriwayatkan :
"Rasulullah S.A.W. tidak meninggalkan sesuatu sebagai harta warisan selain sebilah pedang, seekor baghal dan sebidang tanah yang dijadikan sedekah." (HR Tirmizi, Ibnu Sa'ad dan Ahmad)

BERMIMPI MELIHAT RASULULLAH SAW 

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihat diriku kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku." (HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim....tempatkanlah Nabi Muhammad SAW di tempat yang tinggi di SyurgaMu di samping mendapat kelebihanMu. Angkatkanlah baginda ke makam yang terpuji yang telah Engkau janjikan. Kurniakanlah Syafaat NabiMu kepada kami di akhirat nanti dan kami juga mengharapkan untuk dapat minum di Telaga Al Kauthar yang diberikan kepada hambaMu yang mulia Muhammad Al Mustofa SAW.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.....Insya'ALLAH.
 

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ

أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ

يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ

Khamis, 2 Februari 2012

Parti KITA akan dibubarkan.


KUALA LUMPUR: Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim berkata dalam blognya pada Khamis bahawa mesyuarat agung luar biasa (EGM) akan diadakan tidak lama lagi bagi membubarkan parti politik itu yang gagal dalam matlamatnya untuk menjadi sebuah parti yang menyokong idea-idea yang sederhana progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban dalam wacana politik.
Beliau dalam laman blognya berkata, EGM akan diadakan tidak lagi bagi membubarkan Kita.
"Ia perlu bagi menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa parti itu tidak menyokong pembangkang terutama beberapa anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang yang mengkritik Pakatan Rakyat.
“Mereka telah melakukan perkara ini secara berterusan dengan jelas menunjukkan bahawa mereka tidak berminat dengan isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan hanya mahu memalukan dan mencemuh pembangkang.
“Idea saya untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban dalam wacana politik telah gagal.
“Saya tidak berjaya membawa masuk ramai ahli yang berminat dengan matlamat demokrasi, tadbir urus yang baik dan keseimbangan untuk rakyat.
“Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu namun sebaliknya ini tidak berlaku,” katanya.
Menurut Zaid, kecenderungan media dalam isu-isu kecil memberi kesan kepada parti itu .
“Cukup ramai orang di luar sana yang berminat dalam mengkritik kepimpinan saya dalam Kita dan mengeluarkan cerita-cerita untuk mencemuh saya,” katanya.
Beliau menambah, terdapat peribahasa Melayu yang mengatakan ‘jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
“Sekarang saya menyedari bahawa pembentukan Kita merupakan satu kesilapan. Saya berharap untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepada kepelbagaian bakat dalam kepimpinan pembangkang. Ia belum berlaku.
“Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya melakukan bahagian saya, sekali lagi, dan lagi bagi membantu mencapai tujuan itu.
“Saya tidak akan mengecualikan kepercayaan saya dari akar umbi bahawa memberi perkhidmatan kepada awam adalah baik di mana ia mampu dijalankan dengan kehormatan,” katanya lagi.
Zaid dalam kenyataan blognya memohon maaf kepada ahli-ahli parti yang masih setia dengan partinya.
“Saya memohon maaf dan menghargai sokongan anda dan diharapkan anda menerima keputusan ini untuk kebaikan pembangkang.
“Survival demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang. Jika ia dimusnahkan maka Barisan Nasional cenderung untuk melakukannya maka tiada lagi demokrasi, tiada kebebasan dan tiada lagi dasar-dasar sederhana,” katanya.
Zaid memimpin parti Kita yang dilancarkan tahun lalu dengan moto “moderat, demokratik dan liberal”.
Kita sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia (AKM) yang ditubuhkan bagi mengembalikan semangat dan keharmonian ketika era kemerdekaan negara pada tahun 1957.
YPS ~ PAS juga patut dibubarkan.

Rabu, 1 Februari 2012

MUTIARA KATA NIK AZIZ



Korang baca sendiri.. Apa yang pernah Nik Aziz pernah katakan. Himpunan Kenyataan Media Mursyidul Am PAS & MB Kelantan lebih 20 tahun di Bumi Allah Di Hadapan dan disaksikan Manusia dan umat Islam adanya :

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.(Nizar Jamaluddin pun pernah mengatakan perkara yang sama bila di tanya oleh kenapa PAS tak tubuhkan Negeri Islam semasa Perak Dineraka kan)

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001. 18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009

YPS ~ Kredit utk Sekupangdua

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) Ini?

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah
Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.
Cara Memohon Sara 1Malaysia (Borang Permohonan)

Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.
Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak
Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti :
  • Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
  • Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
  • Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)
Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia

  • Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  • Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000. Jelas?
  • Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  • Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  • Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  • Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:

Gaji bawah RM3,000 – buah pinjaman RM5,000
Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84)
atau….

Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134 (pulangan tetap) selama 5 tahun
Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan
Bagaimana? Anda berminat dengan tawaran skim Sara 1Malaysia?


video

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..