Sabtu, 31 Mac 2012

2 MAUT TERKENA RENJATAN LETRIK

First of all... Inna lillah wainna ilaihi rojiun.. Al-Fatihah...

Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut di Tanah Merah terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam tadi.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera itu pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi ini.

Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri.

Khamis, 29 Mac 2012

BAYARAN PINJAMAN PTPTN DIKECUALIKAN

"Dapatkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama jika mahu pengecualian bayaran balik Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional", cabar Pengerusi PTPTN Datuk Mohamad Ismail Said kepada peminjam.

Bayaran balik PTPTN perlu bagi membantu pelajar-pelajar lain kerana RM5 bilion diperlukan setiap tahun dengan RM3.37 bilion diperuntukan kepada peminjam sedia ada dan RM1.68 bilion lagi kepada peminjam baru. Setakat 29 Februari seramai 11,764 peminjam dikecualikan bayaran balik kerana kejayaan itu. Kita lupuskan bayaran RM339 juta babitkan 2,445 pelajar Bumiputera dan 9,319 bukan Bumiputera," katanya.

Beban bayaran balik juga boleh dikurangkan dengan pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah dengan penurunan kadar caj daripada tiga kepada satu peratus. Dengan pertukaran itu, setiap peminjam dapat diskaun antara RM3,000 hingga RM5,000. Dan seramai 836,408 peminjam sedia ada layak malah sehingga Februari, 561,120 peminjam telah mengemaskini maklumat pertukaran tersebut.

Pembangkang memainkan dua faktor ini untuk menarik simpati dan sokongan rakyat. Mat Sabu berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan menuntut supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapuskira oleh kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.

Perhimpunan itu diketuai kumpulan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan juga Solidariti Mahasiswa Malaysia.

YPS ~ Sekali lagi mahasiswa dipergunakan. Ini ke partii yang mengaku perjuangkan Islam!!! Haktuiihhhhhhh!!!~

Sent from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 25 Mac 2012

PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD HILIR PERAK

KHAMIS 22hb MAC : Saudara Khairul Azwan B. Dato Harun telah dijemput untuk merasmikan Penutup Kejohanan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hilir Perak yang berlangsung di Kompleks Sukan Sabak Bernam.

Kejohanan tersebut terpaksa dianjurkan di Sabak Bernam yang terletak di Selangor kerana Teluk Intan tidak memiliki Padang Balapan.

Dalam ucapan perasmian, beliau berkata bahawa Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak 3.7 juta bagi membina Kompleks Sukan Hilir Perak yang lengkap dengan Padang Balapan di SMK Sri Kandi, Teluk intan.

Khairul Azwan yang juga merupakan Ketua Pemuda Negeri Perak akan cuba berbincang dengan kepimpinan kerajaan negeri agar pembinaan kompleks tersebut dapat dibina pada tahun ini.

Selasa, 20 Mac 2012

NIK AZIZ TIDAK MINTA DILAHIRKAN SEBAGAI MELAYU

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, kekeliruan orang ramai selepas Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan yang hanya menentang urus niaga dengan kerajaan Zionis yang menguasai tanah Palestin secara haram.

Nik Abdul Aziz berkata, Yahudi merupakan bangsa seperti bangsa-bangsa lain di dunia sedangkan Zionis sebagai 'parti' dalam Yahudi itu sendiri.

Katanya, Yahudi lain, Zionis lain kerana Zionis merupakan parti dalam Yahudi yang mempunyai agenda jahat sejak lebih 100 tahun lalu.

"Yahudi ni bangsa, bangsa tidak ada yang jahat tapi yang jahatnya ialah manusia, begitu juga Melayu dan Arab, Melayu dan Arab tidak jahat tapi yang jahatnya ialah perangai orang Melayu dan Arab itu sendiri.

"Orang Yahudi tidak minta untuk jadi Yahudi dan saya sendiri tidak nak jadi Melayu tapi bangsa saya bangsa Melayu, apa boleh buat," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kelmarin mempertahankan kenyataan Abdul Hadi dengan mendakwa berurus niaga dengan Zionis bererti mengiktiraf kewujudan mereka.

Beliau juga kecewa kerana larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994.

Kenyataan Abdul Hadi sebelum ini mendapat respons daripada pimpinan Umno termasuk Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menganggap Pas tidak konsisten apabila menyokong umat Islam bekerjasama dan menjalin hubungan dengan Yahudi.

Mohd Shafie berkata, kenyataan itu menunjukkan parti Pas menyimpang daripada prinsip asal mereka.

Ketika menjawab soalan media selepas sesi dialog program bersama pemimpin bagi mengutip dana menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 di Pusat Konvensyen Shah Alam Sabtu lalu, Abdul Hadi menegaskan, Pas tidak akan bekerjasama dengan negara yang mengamalkan fahaman Zionis.

Katanya, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurus niaga dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

Pas katanya, menolak Zionis kerana ia kefahaman anarki Yahudi yang menganggap bangsa Yahudi sebagai bangsa mulia serta menganggap bangsa lain adalah binatang.

YPS ~ Bangga dilahirkan sebagai Melayu ISLAM di Persekutuan Tanah Melayu tercinta. Nik Aziz pun sepatutnya bangga dilahirkan sebagai Melayu. Firman Allah SWT yang bermaksud " Kami jadikan kamu terdiri dari laki-laki dan perempuan dan Kami jadikan pula berbangsa-bangsa dan berkaum-kaum, supaya saling kenal-mengenal. Sesungguhya yang paling mulia di sisi Allah ialah orang-orang yang paling taqwa." (QS. Al-Hujarat:13).

DATUK NALLAKARUPAN CABAR ANWAR IBRAHIM

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakarupan yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa pakatan pembangkang boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang. Anwar tak boleh tipu rakyat kerana saya akan dedahkan perempuan-perempuan yang tidur dengan dia, kata Nalla.

"Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini cerita (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap. Dia ingat dia baik ka.....nanti saya buka cerita malu dia',kata Nalla lagi.

"(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara. Saya pun malu dengan Perdana Menteri sebab dulu saya sokong Anwar Ibrahim.

"Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau," katanya

'Saya cabar Anwar saman saya jika dia berani', kata Nalla lagi.

Di bawah ini, teman sertakan video tentang pengakuan Datuk Nalla berkaitan rakan karib beliau iaitu Anwar Ibrahim yang telah dirakam sekitar tahun 2009. 


YPS ~ yakin @AnwarIbrahim tidak berani. Anwar Ibrahim mana ada teloq....

Sabtu, 17 Mac 2012

KEMUNGKINAN TARIKH PILIHAN RAYA UMUM KE 13

Pelbagai pihak mengatakan kedudukan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang melonjak akhir-akhir ini menjadi faktor pilihan raya mungkin diadakan pertengahan tahun ini.

Sinar Harian yang memetik Bloomberg semalam, Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bulan Mei atau Jun ini. Mandat semasa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) hanya akan berakhir pada April 2013.

Memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Antara salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.

Pertanyaan ialah apakah Era Kepimpinan Najib mampu mengatasi Era di bawah kepimpinan Tun Mahathir Mohamad apabila kelima-lima pilihan raya yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu meraikan kelebihan majoriti dua pertiga.

Kenapa pencapaian demikian?

Menurut bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, faktornya ialah beliau memastikan masalah yang diperhatikan oleh rakyat dapat diselesaikan dan membolehkan mereka rasa selesa (feel good) sebelum plihan raya.

Nasihat Daim: "Kamu seharusnya memahami perasaan rakyat, golongan muda, penduduk Bandar, orang Melayu yang mendiami di rumah pangsa, orang Cina dan India, permintaan mereka adalah sama…akan tetapi, penduduk kampung adalah berbeza...Kerana itulah Najib turun padang, melawat mereka, berbual-bual dengan mereka, memahami keperluan mereka."

"Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini," kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI. "Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib," katanya.

Daim turut meramalkan PRU 13 diadakah pada tahun ini. Sekiranya PRU semakin lama ditangguhkan, Barisan Nasianol (BN) bakal mewujudkan kesilapan yang lain, sementara Pakatan Rakyat (Pakatan) menghadapi pertikaian dalaman sesama komponen pakatan.

Dalam PRU yang akan datang ini, tanpa mengira BN atau Pakatan, masing-masing tidak mempunyai masa yang cukup, kata Daim.

Tetapi untuk kali pertama, BN yang diketuai oleh Najib, masih mempunyai kelebihan mengekalkan dominasinya. Namun wawasan BN mengambil alih majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen sukar dicapai.

Menurut Daim, Perdana Menteri tidak mungkin membubarkan parlimen pada bulan Mac atau April. PRU13 dijangka diadakan pada hari cuti sekolah sekiranya cuti sekolah kali ini terlepas, kemungkinan pada cuti sekolah yang akan datang (26 Mei – 10 Jun).

Walaupun Daim berkata BN mempunyai kelebihan dalam PRU ini, namun mereka tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesilapan kali ini. Kemenangan dalam PRU ini bergantung kepada pihak yang mana kesilapannya adalah kurang.

Seperti juga Daim, Kian Ming juga berkata, "jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul."

Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala 'suasana mesra' BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online awal minggu ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun.
 

Penemuan kajian Merdeka Center yang dikeluarkan minggu lalu menyebut populariti Najib telah mengalami peningkatan semula berbanding kedudukan Ogos lalu.

Kajian terbaru firma itu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.

Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik.

Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010.

Populariti 69 peratus kali ini sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri.

Namun itu bukan segala-galanya.

Persoalan yang sering ditanya apakah pembaharuan dan transformsi yang diperkenalkan Najib sudah membuahkan hasil?

Juga apakah dasar mesra rakyat seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, bonus dan penambahbaikan skim perkhidmatan kepada penjawat awam diterima baik oleh rakyat?

Juga apakah BN sudah pasti mempunyai calon yang boleh memenangkan mereka dalam pilihan raya umum kali ini?

Di sebalik itu apakah tawaran pembangkang tidak mampu 'menggoda' rakyat?

Dan apakah rakyat percaya bahawa Ketua Pembangkang memang kaki 'liwat' serta menjadi tali barut Yahudi?

Juga apakah UMNO khususnya mampu meyakinkan rakyat bahawa perpindahan perjuangan PAS dari menegakkan 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' dan berbaik-baik dengan parti pembangkang seperti PKR dan DAP tidak merugikan umat Islam di negara ini?

Jumaat, 16 Mac 2012

ANWAR TERIMA DANA & KHIDMAT NASIHAT ASING

KUALA LUMPUR, 14 Mac – "Penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama berlaku sebab saya sendiri ketika bertindak sebagai peguam dia pun tahu bahawa kita menerima bantuan asing. Kita menerima input, khidmat nasihat dan lain-lain daripada pihak luar dan sebagai wakil rakyat sendiri pun banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini," ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.

Tambahnya, beliau tidak terperanjat dengan perkara ini, kerana memang sudah berlaku dalam PKR dan di pejabat Anwar Ibrahim sendiri ada penglibatan badan-badan asing ini.
Dalam masa yang sama, Zulkifli Noordin mengakui PKR memberikan tiap-tiap calon, sama ada calon atau parti yang bertanding di satu-satu kawasan yang ditandingi bantuan kewangan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.
"Di Parlimen Kulim Bandar Baharu sendiri iaitu Bahagian saya telah diberikan RM15 ribu peruntukan untuk menjayakan kempen PRU ke-12. Saya tidak menafikan memang kita menerima bantuan asing.
"Kita menerima latihan dari NGO asing ini, bagaimana nak berkempen dan bagaimana nak berjumpa dengan orang ramai, sampaikan saya sendiri ketika kita nak menganjurkan demostrasi telah dihantar berkursus di Viena dan di Filipina untuk mempelajari bagaimana nak berdemo. Ini semua memang tajaan badan-badan asing yang semua orang dah tahu" ujarnya yang menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket PKR."
Tambahnya, penglibatan badan-badan asing ini ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan (Barisan Nasional) yang sedia ada sekarang ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu pihak-pihak tertentu.

"Yang itu kita sedar dan itulah sebabnya saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen bebas mengambil sikap menentang mereka (pakatan pembangkang) sekarang ini, kerana banyak benda yang dilakukan, boleh merosakkan Negara kita," tambahnya lagi. – UMNO-Online

Khalid Ibrahim hairan ditukar kawasan mengundi

Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.
 
Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

YPS skadar merasakan kemungkinan ada org dalaman PKR yang melakukan nya bagi memberi laluan kepada Azmin Ali menjadi MB Selangor.
Hahahaha... Naya hang Khalid....


Sent from my BlackBerry® Smartphone

Rabu, 14 Mac 2012

MENTERI BESAR KITE



Kemalangan berlaku sekitar jam 6 petang ketika hujan lebat turun di kawasan berkenaan yang membabitkan pertembungan antara kereta Land Rover dan Toyota Harier yang dinaiki pasangan suami-isteri yang berbangsa Melayu di Jalan Kuala Gula.

Dr Zambry antara orang pertama yang tiba di tempat kejadian dan cuba mententeramkan mangsa kemalangan yang terselamat dalam kemalangan itu. Menteri Besar tanpa rasa takut menghampiri kereta yang remuk lalu mengajar si suami yang tersepit  mengucap dua kalimah syahadah.

Suami yang dikenali sebagai Saidon sempat menatap wajah isteri yang sudah meninggal dunia sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Mangsa dalam perjalanan pulang selepas memancing di Kuala Gula. Hasil tangkapan mereka masih berada di dalam kereta Toyota tersebut.

Rombongan Dr Zambry dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Nayan dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas mengadakan perjumpaan bersama masyarakat Cina di Kuala Kurau kira-kira jam 3 petang.


YPS ~ teman tidak merasa hairan melihat video dia atas. Teman mengenali YAB Dato Seri Dr Zambry sebagai seorang yang berjiwa rakyat. Sepanjang teman mengikuti program beliau, inilah sikap sebenar Menteri Besar kite ni.

Jumaat, 9 Mac 2012

CLOCK TOWER STREET FIESTA PEMUDA BN PERAK

Pada 3hb Mac 2012 yang lalu, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Negeri Perak telah berjaya menganjurkan satu program yang diberi nama 'CLOCK TOWER STREET FIESTA' bertempat di Dataran Menara Condong Teluk Intan.

Program sehari itu bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 malam. Seramai 15 ribu pengunjung telah berkesempatan menghadiri program tersebut. Pelbagai acara diadakan bagi golongan muda seperti pertandingan Street Dance, Lion dance, Bola Sepak 5v5, Servis Motosikal Percuma, Persembahan Artis, Pameran Agensi Kerajaan dan Town Hall Meeting.

Town Hall Meeting yang bermula jam 3 petang dan antara ahli panel yang terlibat adalah Saudara Khairul Azwan Dato Harun. (Pengerusi Pemuda BN Perak), YB Dato' Hj Zainol Fadzi Paharudin (EXCO Kerajaan Negeri Perak), YB Dato Dr Mah Hang Soon (EXCO Kerajaan Negeri Perak) serta beberapa orang lagi yang mewakili agensi kerajaan serta swasta.

Objektif Town Hall Meeting diadakan adalah untuk membuka peluang kepada masyarakat, khususnya golongan muda menyuarakan sebarang permasalahan dan pendapat. Segala permasalahan dan pendapat yang diajukan akan dijawab oleh panelis yang terlibat.

Pada sebelah malam pula, artis terkenal tanahair menghiburkan pengunjung antaranya Fiq Mentor, Rabbit Mack dan Azlan The Typewritter.

Sebelum hadir ke Teluk Intan, Saudara Khairul Azwan telah berkesempatan merasmikan Program Khidmat Komuniti di Dewan Serbaguna Balun Bidai pada jam 11 pagi. Program tersebut anjuran bersama JKKK Balun Bidai dan Universiti Kuala Lumpur (UNiKL).

Selepas itu, beliau bergegas ke Kampung Air Hitam, Langkap bagi menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir yang telah melanda kampung tersebut.

Isnin, 5 Mac 2012

Majlis Penyerahan 'Mock-Key' Rumah YBU di Kg Ayer Mati serta Pelancaran Jentera Pemuda BN Peringkat 3 Peti Undi

Majlis anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak ini telah disempurnakan oleh Saudara Khairul Azwan B. Dato' Harun selaku Timbalan Pengerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Ketua Pemuda UMNO P.Salak & Ketua Pemuda UMNO/BN Negeri Perak.

Permohonan rumah ini telah dibuat oleh Saudara Mohd Zamnuri B. Haji Abidin selaku Ketua Kg Ayer Mati dan Ketua Kampung Bandar kepada Yayasan Bina Upaya.

Penerima

1- Abdullah B. Yob Mat Noh
2- Osman B. Abdullah
3- Abdul Felatib B.

Pihak YBU telah memperuntukan sebanyak RM35,000.00 bagi setiap rumah yang kesemuanya berjumlah RM105,000.00.

Hadir sama Tuan Haji Abdullah Fauzi B. Dato Ahmad Ghazali selaku Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak mewakili UMNO Bahagian.

Dalam Majlis yg sama, Saudara Khairul Azwan B. Dato Harun turut menyempurnakan Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda BN Peringkat 3 Peti Undi di Dewan Orang Ramai Kg Ayer Mati.
Peti Undi yang terlibat adalah Peti Daerah Mengundi (PDM) Ayer Mati, PDM Bandar dan PDM Pasir Jenderis.

Pada Sidang Media yang diadakan selepas pelancaran tersebut, Azwan memaklumkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak telah mempersiapkan seramai 2000 orang Jentera Gerak Gempur dan Poster Pemuda bagi menghadapi PRU-13 akan datang ini. Mereka terdiri daripada ahli-ahli pemuda yang dihantar oleh Ketua PDM dari seluruh 54 buah PDM Parlimen Pasir Salak.

Pada hari yang sama, jam 3 petang, Saudara Khairul Azwan telah merasmikan Perasmian Penutup Pertandingan Futsal & Takraw Zon Kampung Gajah Kiri bertempat di Padang SK Pulau Tiga Kiri. Pertandingan ini melibatkan 6 buah UMNO Cawangan bagi Zon Kampung Gajah Kiri.

Khamis, 1 Mac 2012

SURAT DR MAHATHIR KEPADA BENJAMI NETANYAHU (1997)

Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar kepada Bernama di sini, Rabu.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

14 Mac 1997

Tuan Yang Terutama

Tuan Benjamin Netanyahu

Perdana Menteri Israel

Jerusalem

Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam.

Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan.

Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan.

Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya.

Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang.

Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan.

Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel.

Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri.

Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan.

Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun.

Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan.

Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel.

Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan.

Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini.

Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka.

Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel.

Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam.

Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang.

Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah.

Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Sent from my BlackBerry® Smartphone

SURAT DR MAHATHIR KEPADA YITZHAK RABIN (1993)

Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar kepada Bernama di sini, pada Rabu.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

21 Disember 1993

Tuan Yang Terutama

Tuan Yitzhak Rabin

Perdana Menteri Israel

JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah.

Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka.

Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Sent from my BlackBerry® Smartphone

SURAT DR MAHATHIR KEPADA EHUD BARAK 1999

Surat Dr Mahathir Kepada Ehud Barak
Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar kepada Bernama di sini, Rabu.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

8 Jun 1999

Tuan Yang Terutama

Encik Ehud Barak

Perdana Menteri Israel

TEL AVIV

Tuan Yang Terutama,

Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini.

Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan.

Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel.

Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansur.

Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel.

Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel.

Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnya mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.

Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain.

Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh.

Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan.

Ini mestilah berdasarkan pada prinsip "pertukaran tanah untuk perdamaian" dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen.

Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas

Dr Mahathir Bin Mohamad
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..