Halaman

Jumaat, 22 April 2016

#ElNino: #PemudaUMNO Desak #TNB Tawar Rebat Khas 'One-Off', Bantu Ringan Beban Rakyat - @Azwanbro @NajibRazak @Zahid_Hamidi #TenagaNasionalBerhad


PRIHATIN dengan keperitan rakyat, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) tampil mendesak agar Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan rebat khas bersifat 'one-off' kepada para pengguna bagi mengurangkan beban rakyat.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda UMNO prihatin tentang keperitan rakyat yang terpaksa membayar bil yang tinggi bagi penggunaan elektrik sepanjang musim cuaca panas melampau akibat dari fenomena El Nino.

Menurutnya, kerajaan sendiri terpaksa mengarahkan beberapa sekolah di utara semenanjung ditutup kerana bimbang dengan kesan cuaca panas tersebut terhadap kesihatan dan keselamatan rakyat.
“Pemuda UMNO menganggap desakan ini adil kerana TNB tidak sepatutnya melihat kantung korporat semata-mata serta meraih keuntungan berlebihan ekoran kepanasan terik yang dideritai rakyat.

“Dalam situasi kepanasan ini, sudah pastinya juga rakyat akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada biasa bagi peralatan elektrik seperti penghawa dingin, kipas mahupun peti sejuk.

“Sebarang cadangan penjimatan penggunaan tenaga adalah tidak sesuai kerana mustahil rakyat dapat berjimat menggunakan elektrik apabila keperluan itu sudah terdesak,” tegas Azwan dalam sati kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat PPUM, hari ini.

“Kita mendesak TNB untuk segera menghalusi formula dan kaedah rebat khas ini bagi kepentingan rakyat," ujarnya.

Isnin, 18 April 2016

Ekspo #OutreachDanaBumiputera: Inisiatif #PemudaUMNO Merakyatkan Agensi Dana Bumiputera - @Azwanbro @KhairyKJ @Zahid_Hamidi @NajibRazak @ZambryOfficial #Teraju #Superb


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan Ekspo Outreach Dana Bumiputera @ Perak bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada 17hb April 2016 (semalam).
Penganjuran sulung Ekspo Outreach Dana Bumiputera tersebut membabitkan 10 kementerian serta agensi-agensi di bawahnya yang menyediakan geran dan pinjaman buat usahawan bumiputera.
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata idea penganjuran ekspo ini bermula selepas sayap itu menganjurkan Konvensyen Dana Bumiputera pada November tahun lalu dan melalui program tersebut PPUM menerima pelbagai aduan individu serta kumpulan yang ingin memulakan perniagaan mereka.

Tambah Azwan lagi, antara masalah yang diutarakan mereka adalah melibatkan kesukaran mendapatkan pinjaman atau geran melalui peruntukan dana kewangan bumiputera yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan bajet tahunan samada untuk  modal memulakan atau mengembangkan perniagaan.

"Pemuda UMNO telah mengenalpasti pelbagai faktor termasuk masalah memadankan model perniagaan dengan dana kementerian atau agensi yang dipohon serta karenah birokrasi," ujarnya.

Susulan itu, PPUM  telah mengambil inisiatif menubuhkan Unit Dana Bumiputera (UDB) yang berperanan sebagai pemudahcara antara rakyat dan agensi-agensi kerajaan serta kementerian terbabit.

“Usaha kami adalah untuk merakyatkan agensi kerajaan yakni mendekatkan perhubungan serta saluran dana kepada mereka yang layak.

“Pemuda UMNO melalui penganjuran Expo Outreach Dana Bumiputera ini akan menjelajah seluruh negara bagi merealisasikan hasrat merakyatkan agensi dana bumiputera," tegas Azwan yang juga merupakan pengarah program tersebut.

“Kami dari PPUM merasa amat berbangga dan pada masa yang sama sangat berterima kasih kepada kesemua kementerian serta agensi penyedia dana perniagaan atas kerjasama rapat dengan PPUM,” ujar beliau lagi.

Berucap merasmikan program tersebut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan yang diberikan untuk menghasilkan usahawan perlu diterjemahkan dengan keberhasilan jumlah usahawan yang telah dan dapat diwujudkan.

Expo yang berjaya menarik lebih 5000 pengunjung semalam telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ekspo sehari turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Datuk Husni Salleh.

Sejak dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Disember tahun lalu, UDB telah berjaya mengurangkan masalah yang timbul apabila hampir RM30 juta dana dalam bentuk pinjaman mikro kredit dan geran kepada bakal usahawan yang layak.

Ianya dilaksanakan melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) serta Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) TERAJU (Jabatan Perdana Menteri) dan telah diserahkan kepada para bakal usahawan oleh Dato' Seri Zahid selepas upacara perasmian semalam.