Halaman

Ahad, 17 Julai 2016

#PemudaUMNO Gesa Penjenamaan Semula #AADK & #PEMADAM - @Azwanbro @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KhairyKJ #PelanStrategikMemerangiDadahKebangsaan


Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu dijenamakan semula sebagai salah satu langkah drastik yang mesti diambil kerajaan dalam merangka Pelan Strategik Memerangi Dadah Kebangsaan agar selari dengan keseriusan ancaman dadah semasa.

Selain AADK, Persatu­an Men­cegah Dadah Malaysia (Pema­dam) juga perlu dirombak secara menyeluruh kerana kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak begitu dirasai oleh masyarakat terutama golongan muda selaku kumpulan penagih terbesar di negara ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, langkah-langkah drastik itu perlu diambil dengan kadar segera oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri bertanggungjawab berhubung hal ehwal dalam negeri.

“Pemuda UMNO menyokong penuh agenda Timbalan Perdana Menteri ini kerana sudah sampai masanya pelan strategik menyeluruh yang menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dilaksanakan, jika kita benar-benar serius mahu memerangi dadah.


“Tetapi usaha ini mesti bersifat drastik dan langkah pertama ialah menjenamakan semula AADK dan Pemadam. Pemuda melihat kedua-dua agensi ini ketinggalan dalam konteks arus perdana ge­nerasi muda dan kewujudannya tidak begitu dirasai,” kata­nya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pelan Strategik Memerangi Dadah Kebangsaan itu adalah langkah susulan kepada pengisytiharan Ahmad Zahid bahawa 2016 merupakan tahun meme­rangi dadah serta pengumuman jihad beliau untuk memastikan ancaman dadah di negara ini diperangi secara habis-habisan.

Pengumuman mengenainya di­buat selepas Utusan Malaysia dalam laporan bersirinya bermula 15 Mei lalu mendedahkan mengenai barah tersebut dengan menjadikan masalah dadah ne­geri pantai timur dan utara tanah air sebagai persampelan bahaya sebenar dadah.

Mengulas lanjut, Khairul Azwan berkata, pelan strategik itu nanti juga perlu mengatasi kelopongan dan kelemahan sistem sedia ada yang menjurus kepada kegagalan usaha kerajaan memerangi dadah walaupun sudah mengisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara sejak 1983.

“Pemuda juga mahu dalam pelan strategik ini mesti ada elemen dan komponen pendidikan menyeluruh seawal prasekolah hingga ke peringkat paling tinggi serta skopnya pula harus merentasi semua bahagian dalam komuniti kerana dadah adalah musuh bersama,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Selasa, 5 Julai 2016

Perutusan #Aidilfitri Naib Ketua Pemuda UMNO Msia - @Azwanbro #EidMubarak #PemudaUMNO


Buat sahabat semua.

Kini Ramadhan berakhir sudah, 
Syawal pula datang mengganti, 
Walau musim saling berubah,
Iman dan taqwa setia di hati. 

Sebagaimana ikatan persahabatan begitu jualah dengan perjuangan, kepada sahabat seperjuangan sekalian ayuh kita terus teguh bersama dengan semangat setiakawan dan niat yang murni. 

Manusia datang dan pergi tetapi perjuangan dan kepimpinan institusi tetap teguh dipertahankan. 

Banyak dugaan dan cabaran yang datang menjelma tahun ini dari dalam dan luar negara. Saya menyeru kepada rakyat Malaysia berbilang kaum untuk berganding bahu dan menolak serta memerangi pemikiran puak pelampau seperti pengganas ekstrimis Daesh. 

Jiwa ekstrim datangnya dari minda yang tertutup dan dari pandangan yang jumud, seharusnya budaya ilmu menjadi tunjang kepada umat Islam di negara ini. Semarakkanlah budaya berilmu dan berbahas, dan tolaklah budaya pelampau. 

Akhir kata saya ingin saya ingatkan kepada sahabat sekelian agar berhati-hati di jalanraya dan ingatlah keluarga tersayang. 

Kalau tak mahu masuk di FB,
Janganlah guna lorong kecemasan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin saya ucapkan. 

(Khairul Azwan Harun)  
1 Syawal 1437H