Halaman

Jumaat, 31 Oktober 2014

@Azwanbro Sertai Delegasi Perdana Menteri Ke Dubai #WIEF #ForumEkonomiIslamSedunia


Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun pada 27hb Oktober lalu berkesempatan menyertai delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkunjung ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersempena penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-10 yang diadakan di Madinat Jumeirah sehingga semalam.

Beliau berlepas bersama rombongan YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir dan tiba di Dubai World Central Al Maktoum International Airport pada Ahad 9.30 malam waktu tempatan.

Selain Azwan, turut menyertai delegasi Dr Zambry adalah Ketua Pegawai Operasi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) Hairul Anwar Mohamed Noor, CEO Yayasan Bina Upaya (YBU) Holdings Sdn Bhd Hamzarul Hazmir Hamdan serta beberapa orang pemimpin muda Perak.


Manakala, Perdana Menteri diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz serta Ketua Setiausaha, Kementerian Luar, Datuk Othman Hashim.

Perdana Menteri yang juga penaung kepada Yayasan WIEF menyampaikan ucapan khas pada majlis pembukaan forum itu serta mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya yang hadir di forum berkenaan bagi membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa.

Di samping itu, Najib turut menghadiri beberapa acara sampingan termasuk Mesyuarat Meja Bulat Bersama Pelabur dan Majlis Pelancaran Festival Agromakanan Malaysia.

Beliau juga menyaksikan Majlis Pertukaran Perjanjian antara syarikat Malaysia dengan syarikat luar negara.

Forum WIEF kali Ke-10 itu bertemakan "Innovative Partnerships for Economic Growth" membincangkan konsep perkongsian inovatif dan bagaimana perkongsian ini dapat membantu membangunkan ekonomi sesebuah negara dan masyarakat Islam, serta pasaran ekonomi global.

Forum ini terbukti sebagai satu platform kepada peserta berkongsi pandangan mengenai kaedah pelaksanaan perkongsian inovatif, selain menyediakan peluang kerjasama dalam pelbagai sektor pada masa depan.

WIEF dianjurkan oleh Yayasan WIEF secara kerjasama dengan Dubai Chamber of Commerce and Industry.

WIEF menghimpunkan sembilan pemimpin negara, 12 menteri, empat gabenor bank pusat, 181 pemain peranan dan lebih 2,000 perwakilan dari lebih 100 negara

Bagaimanapun, Azwan terpaksa pulang awal bagi menghadiri Majlis Perasmian Pejabat Malaysia - Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) Cawangan Malaysia di Damansara Perdana, Petaling Jaya yang disempurnakan oleh Pengerusi MATRADE, Datuk Noraini Ahmad. Di SINI.

Pada sebelah petang, beliau selaku Pengerusi Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) menghadiri dan menyampaikan sumbangan Alat Tulis YTPS kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di 5 buah sekolah di DUN Kampung Gajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.