Halaman

Rabu, 1 Februari 2012

ANWAR IBRAHIM DAN YAHUDI

"Saya menyokong usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel", begitu petikan wawancara bersama Anwar Ibrahim menurut lapuran terbaru sebuah media yang dikuasai Yahudi, Wall Street Journal. Wartawan WSJ tersebut menyatakan "Anwar hanya tidak menyebut samada dia akan membuat sebarang hubungan diplomatik dengan Israel" jika dia menjadi Perdana Menteri.

Umum mengetahui Kerajaan Malaysia adalah antara satu-satunya Kerajaan di dunia ini yang tidak mengiktiraf rejim zionis Israel, malah kita langsung tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram Israel. Didalam pasport antarabangsa Malaysia jelas tercatat rakyat Malaysia dilarang mengunjungi Israel! Pendirian kita terhadap rejim zionis Israel adalah jelas dan konsisten sejak merdeka lagi. Malaysia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara pun.

Kenyataan Anwar Ibrahim untuk "menyokong usaha melindungi keselamatan Israel" kepada Wall Street Journal adalah bukti sandiwara politik Anwar Ibrahim. Buktinya? Lupakah kita bagaimana Anwar Ibrahim menyerang Dato' Sri Najib dan Kerajaan Malaysia dengan fitnah APCO. Konon Najib dikelilingi oleh penasihat Yahudi melalui APCO Worldwide Konon Kerajaan Malaysia, termasuk pasukan keselamatan PDRM telah diresapi oleh Yahudi melalui APCO Worlwide.

Sedangkan satu dunia tahu bahawa APCO Worldwide bukan milik Yahudi. APCO Worldwide adalah badan perunding yang ditubuh oleh sebuah syarikat guaman Amerika bernama Arnold-Procter Company (membawa kepada singkatan APCO) untuk membantu klien dan anakguam mereka dalam soal perundingan dan konsultansi.

Dan sebuah lagi badan bernama APCO, iaitu akronim kepada American Protocol Communication Outfit (APCO), badan yang menyediakan perkhidmatan rundingcara dan pembekalan bahan-bahan hubungan radio dua-hala (walkie talkie contohnya). Inilah antara badan yang memberi khidmat nasihat kepada pihak PDRM dalam hal hubungan radio dua-hala. Langsung tidak ada kena mengena dengan APCO Worldwide, badan perundingcara diatas.

Tetapi Anwar Ibrahim tidak pedulikan semua itu. Yang penting kepentingan politik sempit dia. Habis diputarbelit dan diputar cerita konon Dato' Sri Najib, PDRM dan Kerajaan Malaysia diresapi dan dikuasai Yahudi melalui APCO!

Tetapi kepada media yang dikuasai Yahudi saperti Wall Street Journal, Anwar main wayang lain kerana dia tahu pembacanya adalah Yahudi atau pro-Yahudi. Maka keluarlah kenyataan menyokong Israel pulak. Sampai sanggup menyokong usaha melindungi keselamatan rejim Israel!

Semoga rakyat Malaysia khususnya umat Islam dapat melihat bukti jelas siapa sebenarnya manusia yang bersandiwara dan mengamalkan politik dualam ini. Semua terpaksa dia lakukan demi untuk kesinambungan dan kepentingan politik dia. Kita semua tahu Anwar memerlukan sokongan Yahudi dalam merealisasikan impian untuk merebut takhta di Putrajaya!

HUBUNGAN ANWAR-YAHUDI

YPS ingin berkongsi kisah hubungan Anwar dengan Yahudi.

1. Rakyat pasti mengetahui yang Anwar pernah pergi Munich (konon untuk rawatan sakit belakang dia) sekitar tahun 2004. Sewaktu di sana, Setiausaha Pertahanan (Menteri Pertahanan) Amerika Paul Wolfowitz datang menziarahi. Begitu jauh dia terbang dari Amerika hanya semata-mata hendak menziarahi Anwar!

Umum mengetahui Paul Wolfowitz adalah Zionis Yahudi yang menjadi akitek kepada pencerobohan dan serangan terhadap negara umat Islam Iraq dan Afghanistan yang mengakibatkan ratusan ribu rakyat Iraq & Afghanistan mati dibunuh tentera Amerika dan Tentera Bersekutu.

Tiba-tiba Wolfowitz muncul di Arabella Hotel, Munich kononnya menziarahi Anwar. Menurut YB Zulkifli Nordin(ketika itu YB Zul adalah antara peguam yang mewakili beliau), kemesraan dua manusia ini bukan sekadar hubungan diplomatik malah lebih daripada itu. Apa yang berlaku dalam bilik pada masa itu, akan didedahkan oleh YB Zulkifli Nordin apabila tiba saat dan keperluan. YB Zulkifli sendiri terkejut dengan keakraban Anwar dan Wolfowitz.

Wolfowitz lah yang melantik Anwar sebagai Pengerusi Badan International Foundation For the Future (IFFF), dan terlibat juga dalam perlantikan Anwar sebagai pensyarah di John Hopkins University.

Apabila timbul skandal Wolfowitz dengan teman wanitanya Shaha Ali Riza(Eksekutif Kanan Bank Dunia), Wolfowitz meletakkan jawatan sebagai Presiden Bank Dunia. Shaha Ali Riza dipindahkan ke badan IFFF dimana Anwar adalah Pengerusi yang dilantik Wolfowitz. Anwar menulis surat kepada Robin Cleveland, penasihat undang-undang Wolfowitz tahun 2006 agar Shaha dipindahkan ke IFFF. Lihatlah bagaimana jaringan-skandal Anwar dengan Wolfowitz zionis Yahudi la'natullah ni.

2. Hubungan Anwar dengan Martin Indyk, seorang Yahudi yang juga bekas Duta Amerika ke Israel.

3. Hubungan Anwar dengan seorang lagi Yahudi bernama James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia.

4. Rakyat Malaysia juga pasti mengingati Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika yang begitu biadap menghina Kerajaan Malaysia dalam sidang APEC 1998 di Kuala Lumpur.

5. Begitu juga hubungan akrab Anwar dengan seorang lagi Yahudi bernama William Cohen, bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan Amerika semasa zaman Presiden Bill Clinton.

6. Michael Danby, seorang keturunan Yahudi yang menjadi Ahli Parlimen di Australia, menjadi penyokong kuat kumpulan seks bebas Gay & Lesbian di Australia, dan mengetuai kumpulan beberapa Ahli Parlimen Australia yang mendesak Kerajaan menggugurkan tuduhan liwat Anwar oleh Saiful.

7. Termasuk juga hubungan Anwar dengan IIIT dan Open Society milik George Soros serta Badan Kebajikan Konrad Adenaeur.

Inilah bukti bahawa Anwar Ibrahim punya hubungan-hubungan yang terlalu akrab dengan tokoh-tokoh zionis Yahudi, diantara tokoh-tokoh tersebut terlibat secara langsung menumpahkan darah umat Islam.

Pada sekitar tahun 1990an PAS pernah mengamuk apabila kerajaan menjemput pasukan kriket remaja Israel ke Malaysia. Biarpun jemputan tersebut sekadar bertujuan memberi pendedahan kepada remaja Israel bagaimana rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama boleh hidup dengan aman dan harmoni.

Aktivis PAS berdemonstrasi di hadapan Masjid ArRahman, Universiti Malaya. Ramai yang tertangkap antaranya Mahfuz Omar, Salahudin Ayob dan dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Apabila disabitkan dengan kesalahan dan diberi peluang membayar denda sebagai hukuman, ada segelintir antara mereka enggan membayar denda dan sanggup ke penjara selama sebulan. Konon pada masa itu atas prinsip tidak mengiktiraf Israel. Malahan nama "ISRAEL" ni mampu membangkitkan kemarahan ahli-ahli PAS terutamanya pemuda mereka.

Hari ini kita ingin melihat apa pendirian PAS ke atas kenyataan Anwar Ibrahim yang ingin memelihara kepentingan Israel. Ini bukan perkara mudah kerana Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri bagi Pakatan Rakyat jika mereka memenangi Pilihanraya ke 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Apakah PAS sanggup jika suatu ketika nanti, Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi yang paling dibenci oleh PAS. Selepas ini pasti ada penerbangan antarabangsa dari Kula Lumpur ke Israel. Mungkin wakil rakyat PAS akan dilantik menjadi duta Malaysia ke Israel.


Rakyat khususnya ahli-ahli PAS sendiri pasti menantikan pendirian pemimpin PAS dalam isu ini. Yang jelas, kenyataan Anwar Ibrahim bukan dikeluarkan oleh media tempatan tetapi akhbar terbitan The Wall Street Journal (WSJ). Wall Street Journal adalah akhbar antarabangsa berbahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Dow Jones & Company (diambilalih oleh News Corporation) di bandar raya New York. Akhbar ini juga mempunyai edisi Asia dan Eropah.



YPS ~ Haji Hadi & Nik Aziz takkan nak berdiam diri apabila berhadapan dengan Anwar Ibrahim ni lagi???

Sent from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.