Halaman

Selasa, 14 Februari 2012

PAS DITARBIYAH OLEH DAP

Begitulah nasib PAS sejak menjalinkan hubungan dengan DAP dan PKR. Setiap kali PAS menyuarakan pendapat berkaitan agama & Islam, pasti akan ditarbiyah oleh DAP mahupun PKR.

Sebagai contohnya, tindakan Dewan Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan promosi Hari Kekasih (Valentine's Day) kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim baru-baru ini dengan pantas dikomen oleh Pengerusi DAP Karpal Singh.

Karpal minta PAS mengubah pendiriannya mengenai Valentine's Day kerana DAP beranggapan ia bertentangan dengan hak asasi dan prinsip kebebasan.

"DAP tidak bersetuju pendirian PAS menentang sambutan Hari Kekasih, Selasa ini,"  kata Karpal.

Menurutnya, pendirian PAS tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum, dan disambut hampir di semua negara.

 "DAP berpendapat pendirian PAS menentang sambutan Hari Kekasih, bukan satu langkah yang baik, tindakan PAS adalah sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan. Malaysia adalah negara mengamalkan prinsip demokrasi," katanya.

Karpal berkata, DAP kecewa dengan tindakan PAS, satu parti komponen PR yang menentang sambutan Hari Kekasih setiap tahun. "DAP menggesa PAS menarik balik pendirian berkenaan sebelum 14 Februari ini," katanya.

Di sebalik bantahan keras Karpal, PAS tetap dengan pendirian menentang sambutan Hari Kekasih, kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, PAS tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja.

"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.

"Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam," katanya.

Sementara itu, di Kota Bharu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz meminta Karpal belajar untuk menghormati agama lain dan tidak memaksa masyarakat untuk menerima pandangan peribadinya.

Dengan nada sinis Nik Abduh berkata, pemimpin tertinggi DAP itu sepatutnya lebih menghormati agama lain dan tidak menyamakan ia dengan mahkamah.

"Walaupun sudah berusia, Karpal Singh sepatutnya belajar untuk menghormati setiap agama yang ada negara ini, dan bukan hanya memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain, politik bukan mahkamah," katanya.

Anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, ketika PAS rancak mempromosikan hak-hak bukan Islam supaya ia lebih adil, Karpal pula seolah-olah mengambil kesempatan menyekat hak asasi umat Islam yang sepatutnya dihormati oleh semua pihak.

Menurutnya, keputusan menentang Hari Kekasih bukan hanya pendirian parti itu semata-mata, sebaliknya ia juga dimahukan oleh semua umat Islam.-

Bagi YPS, PAS bukan sebuah kuasa/parti yang boleh diambil remeh. Mereka berjaya mentadbir Kelantan & Kedah. Tetapi sejak PAS bersama dalam Pakatan Rakyat, PAS menjadi begitu kerdil dan hina. Kepimpinan mereka hari ini telah dikuasai oleh Anwarinas, bukan lagi kepimpinan ulama.

YPS ~ "LANGKAH MAYAT SAYA DULU," kata KARPAL SINGH. Berani ke PAS nak langkah Karpal???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.