Halaman

Isnin, 23 April 2012

KONVOI MOTOSIKAL PEMUDA KE TELUK SENANGIN

Ucapan Pelancaran Konvoi oleh Ketua Pemuda Perak


Peserta konvoi dilepaskan
SEBERANG PERAK - (21 April 2012) Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Saudara Khairul Azwan Harun telah dijemput oleh Pergerakan Pemuda UMNO Seberang Perak bagi melancar atau melepaskan Konvoi Motosikal Ke Teluk Senangin pada jam 12.30 tengahari semalam.

Konvoi seramai 100 orang ahli-ahli pemuda Cawangan Seberang Perak itu akan bermalam di Teluk Senangin. Beberapa acara telah diatur sepanjang mereka berada di Teluk Senangin antaranya Ceramah Bongkar Rahsia yang akan disampaikan oleh Saudara Faizal Effendi B. Hasim bekas Naib Ketua Pemuda Negeri Perak.

Menurut Saudara Sabri B. Putih selaku Naib Ketua Pemuda Cawangan Seberang Perak, tujuan konvoi dan bermalam di Teluk Senangin itu diadakan adalah untuk menerap nilai-nilai murni dan jati diri peserta konvoi yang rata-ratanya berumur 40 tahun kebawah.

Aktiviti-aktiviti yang telah disusun sepanjang berada di Teluk Senangin dapat membentuk disiplin serta semangat sayangkan agama, bangsa dan negara.

Peserta diminta berjanji untuk mematuhi undang-undang jalanraya sewaktu menunggang motosikal selain beberapa aktiviti keagamaan yang telah dirancang sepanjang berada di Teluk Senangin. Dalam ucapan alua-aluannya, Sabri turut mengucapkan terima kasih kepada Saudara Khairul Azwan yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak kerana sudi membantu membiayai program mereka.

KP bergambar bersama peserta konvoi


YPS™ ~ mengucapkan TAHNIAH kepada Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Seberang Perak atas kejayaan menganjurkan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.