Halaman

Ahad, 15 April 2012

SiTANGGANG MODEN :AZMiN ALI PERNAH DiSUMPAH

"Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar."

Begitulah doa Mak Tom kepada Allah SWT memohon kepadaNya agar menjauhkan diri anaknya, Azmin Ali dari "cengkaman" manusia laknat yang bernama Anwar Ibrahim. Sebuah doa dari seorang ibu kandung demi seorang anak yang lahir dari rahimnya.

Menurut Mak Tom yang kini berusia 78 tahun itu, beliau begitu seksa menahan sakit ketika mahu melahirkan Timbalan Presiden PKR itu, namun hatinya lebih sakit melihat anaknya sesat meninggalkan dirinya dan keluarga.

Remuknya hati seorang ibu apabila anaknya itu seolah-olah tidak lagi mempedulikan ibu tua itu dan kali terakhir mereka bersua muka adalah pada Ogos tahun lalu.

Menurut kisahnya, Azmin dahulu merupakan seorang anak lelaki yang sangat baik. Dia menjadi harapan keluarga. Malah Mak Tom begitu berbangga apabila anaknya itu dilantik menjadi pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad suatu ketika dahulu.

Namun, segalanya bagai tidak kena apabila anaknya itu dipinjamkan kepada Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Azmin semakin jauh darinya. Sikap Azmin semakin teruk berubah. Dia semakin kehilangan Azmin.

Mak Tom sering disergah Azmin. Mak Tom sering ditengking Azmin. Hati Mak Tom begitu terguris apabila Azmin sanggup memutuskan tali persaudaraannya dengan anak-anaknya yang lain, darah dagingnya sendiri.

Paling melukakan hati ibu tua itu, Azmin menganggap semua benda yang ada di dalam rumahnya itu bagaikan najis dan perlu disamak sekiranya disentuh. Peristiwa itu berlaku pada Hari Raya tahun lalu. Mak Tom menangis pilu.

Diceritakan bahawa kesabaran Mak Tom sampai ke kemuncaknya ketika itu. Disumpahnya Azmin! Perkara yang tidak pernah dilakukan terhadap mana-mana anaknya.

Namun apakan daya, siapa yang dapat menafikan kasih sayang seorang ibu terhadap anak yang dikandungnya selama sembilan bulan itu? Mak Tom hanya pasrah berdoa kepada Allah agar menyelamatkan Azmin dari kedurjanaan Anwar.

Mengapa Anwar yang mesti dijauhi Azmin? Mengapa Mak Tom mahu pisahkan Azmin dari Anwar?

Mungkin kerana beliau pasti bahawa angkara Anwarlah maka Azmin rosak begitu. Mungkin Mak Tom yakin kerana Anwarlah maka Azmin sesat begitu. Dan itu sememangnya naluri seorang ibu yang menyayangi anaknya dan mahu melindungi anaknya itu dari "syaitonurrajim".

Kalau bukan manusia laknat, takkanlah ibu tua itu sanggup berdoa begitu? Kalau bukan "syaitan", takkanlah Mak Tom mahu Azmin jauhkan diri dari Anwar? Umat Islam digesa untuk menjauhkan diri dari "syaitan" dan mungkin bagi Mak Tom bahawa "iblis" yang merosakkan anaknya itu ialah Anwar.

Persoalannya, mahukah Azmin kembali ke pangkuan keluarganya? Setelah ditaburi kemewahan dan hidup kaya raya di bawah naungan Anwar, mahukah Azmin meninggalkan "gedung emas" duniawi itu?

Sebut apa saja. Wang jutaan ringgit? Rumah bagai istana? Kereta sehebat Ferrari? Kesenangan yang tidak mungkin dapat diberikan oleh Mak Tom? Semuanya kini dimiliki oleh Azmin Ali bersama Anwar.

Meskipun Azmin dikatakan telah merelakan diri menggadai isterinya Shamsidar sebagai habuan nafsu Anwar, Azmin rela demi segala nikmat dunia itu.

Namun, apa yang Azmin tiada ialah kasih sayang dan belaian dari seorang ibu. Dia tandus kepada sentuhan Mak Tom, ibu kandung yang bersabung nyawa melahirkan dirinya. Azmin "miskin" segalanya.

Apalah ertinya hidup apabila kita menderhaka terhadap ibu kita? Apalah ertinya hidup apabila kita tidak diredhai ibu kita? Apalah ertinya segala kemewahan berbanding harga seorang ibu? Apakah Azmin ada terfikir mengenainya? Entahlah..kita doakan saja.

Sumber : http://peraktoday.com/wp/?p=56506

YPS™ ~ ini ler akhlak pimpinan Pakatan Rakyat. Tu pun ada juga rakyat yang mengagungkan mereka.


Sent from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.