Halaman

Sabtu, 1 Disember 2012

PAU2012: UCAPAN PERBAHASAN KETUA PEMUDA UMNO PERAK



Saudara Khairul Azwan memulakan ucapan dengan membaca petikan ayat Quran dari Surah Al Imran (ayat : 38) yang merupakan doa Nabi Allah Zakaria AS yang membawa maksud, 

"Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhan. Ia berkata: Kurniakanlah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa." 


Beliau yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Perak memaklumkan kepada sidang perwakilan bahawa perbahasan beliau menjurus kepada 2 intipati penting, iaitu;


1. kesinambungan kepimpinan melalui peruntukan zuriat UMNO



2. Istiqomah dalam melaksanakan pelan transformasi politik.


Ayat 38 dari Surah Al Imran yang telah beliau bacakan, membuktikan betapa pentingnya zuriat keturunan yang baik bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan tanahair.



Justeru itu, UMNO harus ada zuriat politik yang berkualiti untuk memastikan kelangsungan kuasa terutama dalam suasana politik semasa yang kian mencabar, kata wakil Perak Khairul Azwan Harun.


Katanya, zuriat berkualiti yang dimaksudkan itu harus memiliki 3 ciri penting.
  1. Taat dan setia
  2. Mesra islah dan
  3. Mensyukuri nikmat.


"Ciri-ciri taat setia ini penting kerana jika kita lihat pihak di sebelah sana, perjuangan yang ditanam bukanlah untuk mengangkat citra agama, bangsa dan negara, sebaliknya membentuk generasi yang patuh membuta tuli kepada pemimpin yang ingin merosakkan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara. 

"Dalam konteks parti keramat ini, kita ingin melahirkan zuriat yang sentiasa meletakkan perjuangan serta matlamat parti mengatasi kepentingan lain dan pada sepanjang masa menggalas nama UMNO di bahu mereka".

"Ini sekaligus melenyapkan sifat individualistik mensabotaj perjuangan," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.