Halaman

Sabtu, 18 Mei 2013

Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak 2013 - 2018 #PerakAmanJaya

Barisan EXCO Negeri Perak bergambar bersama DYMM Pemangku Sulatan Perak, Raja Dr Nazrin Shah selepas majlis angkat sumpah di Istana Iskandariah.

1.    YAB Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir (ADUN Pangkor)
Menteri Besar Perak
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam

2.    YB Dato' Saarani Mohamad (ADUN Kota Tampan)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

3.    YB Dato' Mohamad Zahir Abdul Khalid (ADUN  Kamunting)
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor

4.    YB Dato' Zainol Fadzi Paharudin (ADUN Sungai Manik)
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air

5.    YB Datuk Rusnah Kassim (ADUN Behrang)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Intergrasi Nasional

6.    YB Dato' Samsudin Abu Hassan (ADUN Air Kuning)
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Civil (NGO)

7.    YB Drs Mohd. Nizar Zakaria (ADUN Belanja)
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi

8.    YB Nolee Ashilin Mohammed Radzi (ADUN Tualang Sekah)
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan

9.    YB Dr. Muhammad Amin Zakaria (ADUN Batu Kurau)
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

10.YB Dato' Shahrul Zaman Yahya (ADUN Rungkup)
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia 

Semua exco yang dilantik terdiri daripada tiga muka lama dan enam muka baru. Perlantikan dua exco wanita iaitu Datuk Rusnah Kassim dan Nolee Ashilin Mohammed Radzi membuktikan kerajaan negeri tidak mengamalkan diskriminasi mengikut gender.


Antara exco yang dilantik semula tetapi bertukar portfolio adalah YB Dato Zainol Fadzi Paharudin (Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan) dan YB Dato Saarani Mohamad (Bekas Pengerusi Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan)


DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah telah bertitah kepada Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Zambry Abd Kadir agar prestasi setiap anggota exco kerajaan negeri dinilai setiap tahun bagi memastikan mereka mencapai indek prestasi utama (KPI) yang akan ditentukan dari masa ke semasa.

Pada sidang akhbar yang diadakan sempena majlis angkat sumpah exco di Istana Iskandariah, Datuk Seri Zambry berkata, beliau akan melihat penilaian-penilaian yang dibuat dan kemungkinan proses angkat sumpah semula akan dilakukan setiap tahun.

Menteri Besar menjelaskan, keputusan untuk membariskan sembilan anggota exco kali ini adalah wajar, berbanding enam sebelum ini, termasuk satu yang direzabkan untuk wakil rakyat MCA.

“Apabila MCA dapat menyelesaikan perkara mereka, kita akan lihat balik susunan portfolio, khususnya apa yang saya pegang untuk sementara ini, umpamanya hal ehwal bukan Islam,” tambahnya.

Beliau berkata, keutamaan barisan exco yang dibentuk adalah untuk memastikan segala akujani dan pelaksanaan dasar-dasar mendahulukan rakyat, dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin.

“Untuk itu, sebuah jawatankuasa pemantau akan dibentuk bagi memastikan akujanji yang diketengahkan semasa pilihanraya umum lalu akan dapat diterjemahkan,” ujar beliau.

Dr Zambry yakin dengan pengalaman, kelayakan dan kedudukan setiap anggota exco di kawasan masing-masing, mereka mampu memberi khidmat yang terbaik untuk memenuhi harapan rakyat.

“Masing-masing ada keistimewaan mereka, malah yang tidak dilantik sebagai exco juga mempunyai keistimewaan masing-masing dan akan diberi tanggungjawab khusus dalam usaha memperkasakan pentadbiran dan pembangunan negeri Perak,” kata beliau.

"Mengenai Penasihat Khas dan Pegawai Kepada Menteri Besar yang akan mewakili kaum India, ianya akan diumumkan dalam masa terdekat," ujar Dr Zambry.



YPS~ Tahniah buat YB Zainol Fadzi serta YB Nizar dan semua wakil rakyat yang telah dilantik. YPS serta rakyat Perak khususnya pengundi Barisan Nasional berharap agar barisan EXCO ini dapat menjalankan amanah sebaik mungkin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.