Halaman

Selasa, 14 Mei 2013

HIMPUNAN ANAK MUDA PASIR SALAK @azwanbro

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak, Khairul Azwan Dato Harun berucap meraikan  Jentera Pemuda BN Pasir Salak serta tetamu-tetamu Himpunan Anak Muda Pasir Salak.

Hampir 2000 warga Parlimen  Pasir Salak membanjiri Dataran Medan Selera Kg Gajah pada 12hb Mei yang lalu, menghadiri Himpunan Anak Muda Pasir Salak anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Tujuan himpunan yang bermula kira-kira jam 9.00 malam adalah untuk meraikan jentera-jentera Pilihanraya Pemuda Barisan Nasional (BN) Pasir Salak yang telah bekerja keras demi memastikan kemenangan calon-calon BN di Parlimen Pasir Salak.

 Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu UMNO dan lagu Barisan Nasional oleh semua yang hadir. Seterusnya, ucapan alu-aluan oleh Ketua Pemuda BN Pasir Salak, Saudara Khairul Azwan Dato Harun.

Dalam ucapannya, Azwan menzahirkan rasa syukur kepada Allah dan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera Pemuda BN yang telah bertungkus lumus bekerja tanpa kenal penat lelah, demi memastikan kemenangan calon-calon  Barisan Nasional Pasir Salak.

 Tidak dapat dinafikan, hasil kerja kuat Jentera Pemuda BN Pasir Salak bersama jentera-jentera lain, ketiga-ketiga calon BN di Parlimen Pasir Salak telah berjaya memenangi PRU13 dengan majoriti yang agak besar menewaskan calon-calon Pakatan Rakyat.

"Untuk makluman hadirin, pada malam ini juga Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan haram Blackout 505 di beberapa negeri untuk menolak keputusan rakyat yang memihak kepada Barisan Nasional pada PRU-13 yang lalu."

"Tetapi kehadiran ramai anak muda malam ini, membuktikan bahawa anak-anak muda Pasir Salak tetap bersama Barisan Nasional dan menolak sebarang bentuk provokasi yang dibawa oleh pembangkang."

 "Majoriti rakyat masih cinta serta yakin kepada BN dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak mengambil ketetapan menolak perhimpunan haram Blackout 505 yang dianjurkan oleh pembangkang," katanya penuh semangat. 

 Azwan yang juga merupakan Ketua Pemuda BN Perak turut menjelaskan masih ada rakyat yang tertipu kononnya keputusan PRU-13 tidak sah, jika PRU-13 ini tidak sah, mengapa pakatan pembangkang tidak sabar-sabar mengangkat sumpah dan menubuhkan kerajaan di Kelantan dan Pulau Pinang.

Menurut Azwan lagi, walaupun berlaku Tsunami Cina tetapi keputusan PRU-13 juga jelas membuktikan bahawa orang Melayu serta bumiputera baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak telah kembali menyokong BN yang diterajui oleh YAB Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat khususnya anak-anak muda agar bersatu dan terus bekerja kuat untuk memastikan BN mencapai kemenangan lebih besar pada PRU-14 kelak. Semoga pada PRU-14 nanti BN dapat menamatkan hayat politik kotor Pakatan Rakyat.

"Saya memohon kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, YB Dato' Haji Tajudin Rahman, ADUN Sungai Manik, YB Dato Haji Zainol Fadzi serta ADUN Kampung Gajah, YB Haji Abdullah Fauzi untuk sama-sama membimbing dan menjaga generasi muda supaya mereka tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang," tambahnya. 

Beliau memberi jaminan akan sama-sama membantu kepimpinan sedia ada bagi memastikan orang muda di Pasir Salak khususnya, terus bersama dan kekal menyokong BN sebagai persediaan menghadapi PRU-14 akan datang.

Para hadirin diraikan dengan pertunjukan bunga api dan majlis makan malam selain dihiburkan oleh artis terkenal iaitu Kumpulan Kristal dan Aris Ariwatan. 

Hadir sama, ADUN Sungai Manik, YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharudin dan ADUN Kg Gajah, YB Tuan Haji Abdullah Fauzi Dato Ahmad Razali.


Hidup BN!!!


Warga Pasir Salak yang hadir.


ADUN Kampung Gajah, YB Haji Abdullah Fauzi yang menang dengan majoriti besar pada PRU-13 5hb Mei yang lalu. 


Kumpulan terkenal KRISTAL menghiburkan anak-anak muda.


Aris Ariwatan menyampaikan lagu-lagu yang membawa mesej untuk anak-anak muda  Pasir Salak .


Antara hadirin yang hadir.

YPS mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak menganjurkan himpunan ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.