Halaman

Isnin, 2 September 2013

KENALI @azwanbro: CALUN TERBAIK NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA


Khairul Azwan Dato Harun, juga dikenali dengan panggilan azwanbro, individu yang tidak asing bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak selain menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak sejak 2008.

Dilantik sebagai Pengerusi Akademi Pemuda UMNO Malaysia yang bertanggungjawab mencadangkan strategi berlandaskan politik bagi Pemuda UMNO Malaysia.

Bersama 15 orang sukarelawan yang terdiri daripada golongan pendidik, penyelidik, belia serta profesional muda, beliau menjalankan aktiviti ilmiah serta latihan untuk ahli UMNO sejajar dengan matlamat mendidik dan memperkasakan ahli UMNO akar umbi.

Khairul Azwan b. Dato Harun dilahirkan pada 19 Oktober 1976. Menuntut di Cardiff University of Wales dalam jurusan Perakaunan dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda. Seterusnya mendapat Ijazah Sarjana (Master's Degree) Strategic Management di Open University of Malaysia.

Memulakan kerjaya pertama pada tahun 1999 di Ernst & Young, akauntan berkanun di Kuala Lumpur. Menjawat jawatan kanan di Jabatan Bussiness Insurance and Corporate Recovery. Beliau terlibat didalam tugasan khidmat nasihat korporat melibatkan beberapa syarikat senaraian awam dan GLC.

Pada tahun 2004, Azwan menjadi Pegawai Khas kepada Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir yang ketika itu merupakan EXCO Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Negeri Perak. Ketika ini Azwan adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Setelah YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak, Azwan sekali lagi diberi kepercayaan oleh Dr Zambry untuk membantu beliau dengan melantik Azwan sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada MB Perak.

Pada tahun 2010, Azwan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), sebuah yayasan kebajikan negeri yang diasaskan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak.

Buat masa ini beliau merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah YBUDR. Dibawah pentadbiran Azwan, YBUDR telah berjaya sebagai sebuah yayasan kebajikan dalam usaha membantu menaiktaraf kehidupan rakyat keterbawahan diseluruh Perak.

Hari ini YBUDR telah berkembang maju dengan pelbagai program dan projek sesuai dengan matlamat penubuhannya. Untuk maklumat lanjut tentang YBUDR, klik pautan Http://www.yayasanbinaupaya.com

Azwan juga aktif dalam pembangunan sukan negeri khususnya bolasepak. Jawatan terkini beliau adalah Timbalan Presiden Perak FA (PAFA) dan Pengurus Bolasepak Liga Super Perak sejak 2011 sehingga kini.
Selain itu, Azwan juga merupakan Ahli Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Perak.

Sebenarnya, banyak lagi sumbangan AzwanBro baik di peringkat negeri mahupun nasional. YPS™ akan tulis dalam siri-siri yang akan datang.





- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.