"Kalau (calon) langgar etika, mesti ada laporan yang sah. Kalau hanya cakap-cakap kedai kopi sahaja tak boleh, kena ada laporan yang tunjukkan bila, tarikh, masa dan di mana," katanya pada sidang media Pemilihan Umno 2013, di sini, Rabu.
Megat Najmuddin berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak dan calon tertentu yang didakwa berkempen secara persendirian dan juga di laman Facebook baru-baru ini. Bagaimanapun katanya, sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang laporan sama ada mengenai tataetika calon. Dalam pada itu beliau turut mengulas mengenai dakwaan wujudnya calon proksi dalam pemilihan kali ini.
"Sekiranya proksi jelas melanggar tataetika dan jelas merupakan proksi kepada calon, tindakan akan diambil, tapi kena ada laporan," jelasnya.
Mengenai tiga calon penyandang naib presiden iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal yang menjadi pencadang antara satu sama lain, beliau berkata perkara itu juga tidak melanggar tataetika pemilihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.