Halaman

Ahad, 13 Oktober 2013

#PemilihanUMNO2013: PERSIDANGAN PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PASIR SALAK LANCAR.


Perjalanan pemilihan Pemuda Umno Bahagian Pasir Salak penggal 2013-2016 yang berlangsung semalam berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Ketua Pemuda Umno Pasir Salak, Khairul Azwan Harun yang meninjau perjalanan proses tersebut berkata,  pemilihan juga berjalan dengan penuh sistematik.

Kerusi Ketua Pemuda Bahagian Pasir Salak kosong selepas Azwan  mengisi borang pencalonan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak yang juga dikosongkan oleh YB Dato' Zainol yang mengambil keputusan bertanding Ketua UMNO Bahagian.

Azwan juga turut menawarkan diri bagi mengisi kekosongan kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, dimana pengundian berjalan serentak diseluruh negara semalam.

Pertandingan dua penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda Pasir Salak menyaksikan pertandingan diantara Mohd Nazari Sabran dan Dr Faizal Tajuddin.

Naib Ketua Pemuda juga menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Mohd Razali Yahya dan Abd Halim Samion.

Menurutnya, perwakilan perlu menunjukkan kematangan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada parti.

"Barisan yang terpilih ini adalah mereka yang bakal menggalas tanggungjawab parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 14 nanti," katanya dalam sidang media di Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di Langkap hari ini.

Katanya, barisan yang terpilih juga harus mampu membawa agenda pembaharuan dalam parti.

Taklimat pengundian bermula jam 9.30 pagi dan pengundian bermula 10 pagi.

Seramai 49 calon bertanding merebut ahli jawatan kuasa Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

YPS ~ keputusan penuh esok2 le.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.