Halaman

Rabu, 30 Oktober 2013

PENGAWAL KESELAMATAN TERLEPAS TEMBAKAN.



Seorang pengawal keselamatan yang menggunakan 'pump gun' secara tidak sengaja melepaskan tembakan di sebuah bank di Datuk Keramat, Georgetown, Pulau Pinang.

Menurut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan, lelaki tempatan berusia 53 tahun itu sedang bertugas di belakang kaunter bank dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.

Mujur tembakan tersebut telah tersasar ke lantai dan tiada siapa yang cedera.

Pihak PDRM sedang menyiasat kes itu daripada semua aspek dan kita juga akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap latar belakang pengawal itu.

PDRM juga mengesahkan bahawa pengawal  tersebut telah ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api.

Dalam perkara yang berkaitan,Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menolak rayuan Prima Security, majikan pengawal keselamatan yang menembak mati Pegawai Ambank di USJ Sentral di Selangor 24 Oktober lepas agar lesen syarikat tersebut dibatalkan.

Difahamkan, Menteri KDN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakann KDN telah menolak rayuan mereka dan lesen syarikat berkenaan dibatalkan mulai hari ini.

Dalam kejadian itu, pegawai bank berkenaan Norazita Abu Talib ditembak ketika membuka pintu bilik kebal bank berkenaan oleh seorang pengawal keselamatan yang masih diburu itu melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Siasatan awal polis mendapati suspek kes tersebut, yang dipercayai seorang warga Indonesia telah menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja di syarikat tersebut.

Susulan kes tersebut, KDN telah mengumumkan bahawa lesen syarikat itu dibatalkan serta-merta kerana didapati melanggar beberapa peraturan melibatkan pengambilan pengawal keselamatan.


■■■YPS guna perkhidmatan bank online je. Takut ke bank macam ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.