Halaman

Rabu, 20 November 2013

ISU TUNTUTAN #COMANGO: CUBAAN ANWAR ALIHKAN PERHATIAN

Ketika semua masyarakat Islam dunia khususnya Malaysia sedang memberikan tumpuan serius terhadap tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba mengalih perhatian masyarakat dengan mengadakan sidang akhbar bagi membangkitkan isu lain.

Bertempat di Parlimen semalam, dia mengatakan kerajaan Barisan Nasional, pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk mengkritik Amerika Syarikat ekoran dakwaan berhubung kegiatan intipan yang dilakukan. 

KONONNYA atas dasar prihatin, dia mendesak kerajaan Malaysia bangkit mempertikaikan tindakan tidak bertanggungjawab itu. Apakah benar beliau prihatin???

Jika sekiranya benar dia prihatin terhadap isu-isu dan permasalahan negara, kita cabar Anwar menyatakan pendirian membantah tuntutan yang dikemukakan COMANGO

Bukankah isu tersebut juga sama pentingnya, tambahan ianya menyentuh sensitiviti agama Islam? Atau mungkin Anwar juga turut bersetuju dengan tuntutan yang dikemukakan COMANGO?

Laporan oleh COMANGO antaranya menuntut PBB mendesak Kerajaan Malaysia supaya menandatangani dan patuh pada Perkara 18 International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) yang menjamin hak untuk bebas beragama termasuklah dikalangan orang Islam.

Dengan demikian sebarang kekangan undang-undang atau Perlembagaan yang sebelum ini menghalang penyebaran agama lain kepada umat Islam tidak lagi boleh dilaksanakan sekaligus menghalalkan usaha-usaha memurtadkan umat Islam di negara ini.

COMANGO juga secara spesifik mendesak Seksyen 377A Kanun Keseksaan berkaitan jenayah liwat dan enakmen-enakmen jenayah syariah yang bertujuan menyekat gejala LGBT, murtad serta penyebaran ajaran Syiah dimansuhkan.

Anwar juga pernah mendesak agar undang-undang dibawah Seksyen 377A, 377B dan 377C Kanun Keseksaan ini dihapuskan kerana menurut beliau undang-undang tersebut sudah lapuk. [Rujuk di sini]

Selain itu turut dipertikaikan mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak-hak istimewa kaum Melayu yang dikatakan bersifat perkauman atau dengan kata lain setiap rakyat Malaysia mempunyai hak sama rata, sama seperti diperjuangkan oleh DAP.


Semua tuntutan COMANGO ini dilakukan atas nama ‘hak asasi manusia’ dan seperti biasa tiada suara bantahan kedengaran dari kalangan pemimpin pakatan pembangkang dalam isu ini. 

Masing-masing seperti bersetuju dengan COMANGO barangkali kerana perjuangan ‘hak asasi manusia’ ala barat ini sudah sebati dengan mereka. Malah, anak perempuan Anwar, Nurul Izzah sebelum ini pernah mengatakan dengan penuh keyakinan bahawa tuntutan COMANGO itu tidak membahayakan negara.

Kerajaan sebelum ini memberikan jaminan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana anasir yang cuba menjejaskan keharmonian dan mencabar Perlembagaan Persekutuan termasuklah COMANGO. [sini]

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO yang diketuai oleh Gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) dilihat secara proaktif bagi mendesak tindakan terhadap COMANGO.

MuslimUPRo dikatakan akan menghantar memorandum kedua bagi mencadangkan penubuhan satu pasukan khas ke Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) bagi menangani isu Islamophobia dan isu hak asasi manusia yang terkeluar dari landasan Islam.

Delegasi MuslimUPRo sebelum ini telah memantau tuntutan yang dibuat oleh Comango termasuk dalam isu proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia yang memasuki pusingan kedua melalui Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober lalu.

MuslimUPRo dianggotai pertubuhan Islam utama negara antaranya Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Kesimpulannya, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang, seharusnya lebih berani untuk tampil menyatakan pendiriannya berhubung tuntutan COMANGO yang bersifat biadap, mencabar undang-undang serta Perlembagaan Malaysia. 

Dalam isu kedutaan Australia menjadi risikan Amerika Syarikat ini, YPS yakin kerajaan Malaysia tetap akan bertindak tegas bagi menangani kepentingan dan keselamatan negara.

YPS ~ kalau fikir-fikirkan,

  • Anwar pernah mendapat layanan 'RED CARPET' sewaktu di Amerika Syarikat. Sedangkan ketika itu dia cuma Timb Perdana Menteri.
  • YPS tidak lupa juga yang YPS pernah bersama Pemuda UMNO Malaysia menghantar memorandum ke Kedutaan Australia bila Australia campurtangan dalam kes liwat Anwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.