Halaman

Isnin, 18 November 2013

ZE AIDA MOHON MAAF FITNAH RESTORAN NASI VANGGEY @ NASI GANJA

Ze Aida, 24tahun memohon maaf secara terbuka kepada pengurusan Restoran Nasi Vanggey di Greentown, Ipoh kerana menyebarkan fitnah melalui laman sosial Facebook sehingga menjejaskan reputasi restoran itu.

Katenye dia tiada niat untuk menghina restoran tersebut dan kontroversi ini terjadi apabila dia menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran ini.

Kononnya, Facebook dia hanya boleh dibaca oleh sebilangan kecil individu sahaja. Lepas tu dia tuduh pihak lain yang tidak bertanggungjawab mencetak paparan status dia itu lalu menyebarkannya secara meluas.

Menurut Aida, dia telah tampil membuat laporan polis pada 14 November di Balai Polis Sungai Senam dengan menyatakan tuduhan di akaun facebooknya itu adalah tidak benar.

Beliau turut meminta pihak yang menyimpan salinan `screen shot’ status facebooknya yang dikongsi itu dipadamkan agar tidak menimbulkan pelbagai salah tafsir.

Sementara itu Ahmad Fazli berkata, pihak pengurusan Nasi Vanggey menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya terjumpa najis dalam peti simpanan makanan restoran berkenaan.

Katanya, penyebaran berita palsu di facebook yang memburuk-burukkan restoran nasi Vanggey  sejak semalam telah menjejaskan dengan teruk perniagaan restoran berkenaan sehingga 60 peratus.

"Saya amat berharap dengan penjelasan dan pengakuan yang dibuat oleh wanita terbabit akan dapat memulih semula keyakinan orang ramai terhadap pengurusan makanan restoran nasi Vanggey di negeri ini," katanya.

Menurut Ahmad Fazli, restoran nasi Vanggey kini mempunyai 10 cawangan termasuk sebuah cawangan di Kuala Selangor manakala dua lagi sedang dalam proses operasi di negeri ini.

"Restoran kami di Green Town juga tidak terbabit dengan penutupan pengurusan Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom semalam," tambahnya lagi.


*Dalam paparan 'screen shot' status dia seperti gambar diatas, dia siap 'tag' lagi kengkawan dia. Yang pastinya, status tersebut akan juga terpapar di dinding rakan yang dia tandakan. 

Itu ler yong, siasat le dulu. Ini siap tuduh jumpa najis manusia lagi. Teman marah bukan pasal apa, teman pon kekadang singgah juga. Kembang tekak orang rumah teman. Dia gemor gak... Mike kena mintak maaf kat kume ni jugak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.