Halaman

Ahad, 29 Disember 2013

#HimpunanGulingKerajaan: @PDRMsia KENALPASTI 4 NGO, PEMUDA UMNO GESA TINDAKAN TEGAS @AZWANBRO

Polis telah mengenal pasti empat kumpulan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka membuat kecoh pada sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka, Selasa depan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pertubuhan tersebut ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

"Kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang menimbulkan kekecohan pada malam tersebut," katanya.

Kelmarin, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan hingga boleh menimbulkan kekacauan di negara ini.

Gesaan itu dibuat berhubung isu pihak tidak bertanggungjawab yang merancang  perhimpunan menggulingkan kerajaan Selasa ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersempena sambutan Malam Tahun Baru.

Tegasnya, pihak berkuasa wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit  jika terbukti mereka terlibat dalam perhimpunan tersebut.

“Saya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis dalam menangani masalah ini, saya juga berharap tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada mereka, tidak kira dari pihak mana sekalipun.

“Baru-baru ini juga sudah ada beberapa tangkapan dibuat dan saya percaya dengan tindakan pantas polis ini dapat membanteras perkara ini daripada terus berlarutan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek sumbangan kepada YBU di Hotel Casuarina, Meru Raya.

Azwan menyifatkan perhimpunan tersebut bakal mengganggu gugat kesejahteraan rakyat terutama sekali kepada pelancong asing yang datang ke negara ini.

“Kalau tidak puas hati, kita ada saluran tertentu untuk sampaikan permasalahan, bukan dengan cara demonstrasi seperti itu, lagipun tiada sebarang manfaat yang kita akan dapat dengan cara sebegitu.

“Majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dengan cara ini (perhimpunan menggulingkan kerajaan),” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.