Halaman

Isnin, 23 Disember 2013

NAIB KETUA PEMUDA UMNO M'sia: UMNO Dan PERKASA Masing-Masing Punya Peranan Sendiri @AZWANBRO @NajibRazak #PemudaMalaysia

Khairul Azwan berkata tidak timbul isu NGO Melayu akan menggantikan UMNO dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan Bumiputera kerana masing-masing mempunyai peranan sendiri.

Katanya, sebagai pemimpin nombor dua dalam Pemuda UMNO, beliau menghormati mana-mana NGO yang sentiasa menyokong perjuangan UMNO.

"UMNO telah terbukti sejak awal penubuhannya memang berjuang untuk orang Melayu dan Bumiputera dan kita (UMNO) kana terus dengan perjuangan tersebut.

Menurutnya lagi, "UMNO juga mempunyai peranan yang lebih besar sebagai parti tunjang dalam Barisan Nasional untuk berjuang bagi orang Melayu dan Bumiputera." 

Khairul berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang menegaskan NGO yang diterajuinya tidak teragak-agak untuk mengambil alih peranan UMNO jika parti itu gagal dengan Agenda Pemerkasaan Bumiputera.

Mengulas lanjut, Khairul Azwan berkata, PERKASA boleh meneruskan perjuangan mereka untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera sepertimana asas penubuhannya.

Katanya, tidak perlu menunding jari menyalahkan pihak lain kerana masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam berjuang membela nasib orang Melayu dan Bumiputera.

"Tak perlu kita tuding jari cari salah orang lain kerana masing-masing ada peranan masing-masing dan ada perjuangan sendiri.

"Kita kalau cari salah orang sahaja susah kerana kita juga tak sempurna, satu jari tunding pada orang lain, empat jari ke arah kita sendiri.

"Kalau ikhlas nak membantu orang Melayu dan Bumiputera teruskan perjuangan, UMNO sudah lama ditubuhkan dan ada track record sendiri," katanya.

Semasa menyampaikan kata-kata aluan sebelum perasmian Persidangan Agung Tahunan keempat PERKASA, Ibrahim menegaskan pihaknya akan mengambil alih peranan UMNO jika parti tunjang BN itu gagal dengan Agenda Pemerkasaan Bumiputera. -  [AstroAwani]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.