Halaman

Khamis, 12 Disember 2013

#OpsBanjir: KISAH 'LAKUNAN' PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Agaknya ini 'scene' naik lori kot.
Dari blog pembangkang.
Tersebar di beberapa blog pembangkang kisah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dikatakan berlakun membersihkan bangunan yang sudah pun bersih ketika beliau mengikuti misi Ops Banjir Briged Kesatria Muda di Kemaman Terengganu.

Ada yang percaya dengan berita tersebut lantas melontarkan caci maki. Malah ada yang berkongsi cerita tersebut di laman facebook masing-masing. Bukan hanya pembangkang, malah penyokong BN pun turut sama mengambil peluang 'keemasan' mencerca Naib Ketua Pemuda Malaysia ini.

Memang gambar tersebut dirakam oleh oleh beberapa orang jurukamera serta penulis blog yang mengikuti rombongan tersebut. YPS akui, cara mereka bergambar tersebut tidak sesuai. Bak kata orang putih, "Wrong time and wrong place". Kesannya, sendiri faham lerrr...

Tapi kome, hakikatnya Azwan bukan hadir sekadar untuk meraih 'glemer' atau nak bergambar. Dia hadir untuk sama-sama membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir, samada membantu membersihkan penempatan mahupun menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan mangsa bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sendiri.




Di bawah ini YPS sertakan gambar 'lakunan' Azwan ketika menjawat jawatan Ketua Pemuda Perak bersama-sama dengan Skuad Pemuda Prihatin menyertai misi bantuan mangsa banjir di Kuala Dipang, Perak. Jadi sama-sama ler kite menilaikan kisah-kisah yang tersebar di ruang siber tanpa batasan ini.




Nak baca kisah selanjutnya tentang Skuad Pemuda Prihatin UMNO Perak di Kuala Dipang, klik di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.