Halaman

Ahad, 15 Disember 2013

#PengkaderanUMNO: MEDIA SOSIAL DIOPTIMUM, PEMUDA TUBUH AKADEMI KAPTEN HUSSEIN ONN @zahid_hamidi @azwanbro #ZuriatUMNO


Dalam konteks politik, pengkaderan secara ringkasnya bermaksud program atau agenda yang digariskan untuk mempersiapkan kelompok pemimpin muda dan golongan profesional untuk menjadi generasi pelapis yang benar-benar menghayati ideologi dan roh perjuangan parti.

Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang lalu menekankan keperluan mengukuhkan pengkaderan parti dengan mendoktrinkan jati diri UMNO kepada para anggota agar budaya kepartian berakar umbi dan terpateri dalam sanubari 'orang UMNO' bagi memastikan kelangsungan UMNO.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata didalam satu program Ruang Bicara terbitan BernamaTV bahawa media sosial akan menjadi satu jambatan penting dalam usaha membentuk generasi pelapis melalui program pengkaderan parti.

"Saya diberi tanggungjawab melaksanakan sistem pengkaderan dan saya fikir modulnya perlu diubah. Pada 2018 kita akan ada lebih kurang lapan juta pengundi baharu.

"Kita tahu pengundi baharu ada cita rasa dan pola pemikiran yang berbeza, jadi kita kena beri pendedahan terutama dalam aspek pemberian maklumat melalui media sosial," katanya lagi.

Menurutnya lagi, usaha akan dibuat untuk memperkukuh kumpulan media baharu UMNO dari kalangan anggota UMNO dan Barisan Nasional.

Jika selama ini UMNO hanya bersifat defensif, bila diserang. Tetapi dengan wujudnya program pengkaderan ini, UMNO akan sentiasa memperjelaskan dasar kerajaan dan parti supaya seimbang antara yang hak dan yang batil.

Ditanya sama ada langkah memperkasa 'cybertroopers' UMNO akan membawa kepada pertembungan dengan 'Red Bean Army' yang dikatakan dibelakangi pembangkang, beliau berkata jumlah 'tentera' Umno perlu ditambah untuk terus menguasai khalayak.
.
Azwanbro selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut memaklumkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO juga akan menjadikan Pengkaderan UMNO sebagai agenda utama sayap itu.

Untuk mencapai matlamat tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mewujudkan sebuah biro baru yang dinamakan Biro Pengkaderan Politik setelah dipersetujui oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

Sebuah akademi kepimpinan akan diletakkan dibawah biro tersebut yang dinamakan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein Onn sempena nama Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang pertama, Tun Hussein Onn.

Akademi tersebut akan menjadi tempat pengkaderan kader-kader baru dikalangan pemuda dikalangan mahasiswa serta profesional untuk dikenalpasti seterusnya dilatih sebagai pemimpin masa depan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.