Halaman

Isnin, 23 Disember 2013

WANTED!!! CYBERTROOPER PKR DIBURU @PDRMsia SEBARKAN!!!

Seorang pemilik akaun laman sosial Facebook yang mengunakan nama Asmaelz Hadzeny II dikesan menulis kenyataan menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan pada 31 Disember nanti.
Dia yang mendakwa berperanan sebagai cyber trooper Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekerja sebagai koordinator di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) di dalam laman Facebooknya turut meminta orang ramai mendapatkan bom bagi tujuan tersebut.
Kenyataan berbaur ancaman dan hasutan itu dipercayai dimuat naik di laman Facebooknya beberapa hari lalu.
Berikutan kenyataan yang ditulis itu, lelaki yang mendakwa berasal dari Kuching, Sarawak dan pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, Kelantan kini sedang diburu polis.
Polis juga telah membuka kertas siasatan dan menubuhkan pasukan khas dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menahan mana-mana individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, satu laporan polis telah dibuat berhubung kenyataan individu terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman 15 tahun penjara malah boleh diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)," katanya ketika dihubhungi hari ini.
Katanya, kertas siasatan tersebut disiasat berhubung kesalahan bertujuan menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.
"Bukan individu ini sahaja, kita juga akan mencari serta menahan dalang-dalang yang melakukan perkara ini," ujarnya.
Sementara itu, hasil tinjauan di laman Facebook Asmaelz Hadzeny II mendapati status berbaur hasutan yang menyuruh orang ramai mencari bom yang ditulisnya sebelum ini telah tiada.
Pada 18 Disember lalu, polis telah memberi amaran yang penyebaran poster mengajak orang ramai supaya menyertai himpunan haram pada 31 Disember ini merupakan satu bentuk ancaman keselamatan dan keharmonian rakyat negara ini dan boleh disiasat di bawah SOSMA.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya memandang serius poster itu yang dikesan tersebar menerusi portal berita dan laman sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini, meskipun tidak mengetahui sejauh mana kebenarannya.
Beliau menegaskan, pihak polis sehubungan itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika siasatan mendapati kesahihan perkara tersebut termasuk menggunakan Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan SOSMA.

Agak-agaknya sampai bila kite semua terpaksa melihat dan berdepan dengan situasi yang sebegini???
Dahulu, deme ade juge le segan silunya. Deme ngabo kan deme berhimpun secare aman. Takde niat nak numbangkan kerajaan.

Tetapi, kali ini deme udah main kasor. Deme udah berterus terang yang himpunan kali ini adalah"HIMPUNAN GULING KERAJAAN - SIAPA HALANG KAMI LANGGAR"

LAPORAN POLIS??? Setakat ini, YPS ada le terbaca beberape kerat NGO yang dah membuat laporan polis. Rasanya, NGO pon dah malas nak buat repot.

Sebabnye, tak ade ape tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa PDRM... Setakat tangkap, soal siasat dalam 3 ke 4 jam. Lepas tu bebas atas jaminan polis.

Sebab itu puak-puak ni makin berani dan semakin kurang ajar. 

YPS malas nak cerita panjang. Sama-sama kite tunggu dan tengokkkk... Apa agaknya tindakan pihak polis dan kerajaan.

YPS ~ ape agaknya maksud perkakas tu??? Pistol ayo kot... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.