Halaman

Sabtu, 25 Januari 2014

AL-FATIHAH: DATUK HARUN TAIB KEMBALI KE RAHMATULLAH

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dilaporkan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada kelmarin, telah kembali ke rahmatullah pada lewat malam Jumaat.

Perkhabaran sedih tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi muat naik status di laman Facebook miliknya.
Allahyarham Harun Taib dilaporkan masih tidak sedarkan diri pada petang semalam ketika diziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rombongannya.

Allahyarham merupakan pemimpin politik PAS di kawasan DUN N22 Manir, Kuala Terengganu dan merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Fatimah Ibrahim dan lima anak.

YPS bersedih dengan pemergian Tuan Guru Haji Harun. Selain Datuk Dr Haji Harun Din, Allahyarham merupakan salah seorang pimpinan tertinggi PAS yang menyokong keputusan Mahkamah pada bulan Oktober tahun lepas berkaitan isu kalimah Allah.Berikut adalah ulasan beliau mengenai keputusan mahkamah tersebut.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan Gereja Katolik tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar penerbitan mereka, 'The Herald'.

Menurut Harun, keputusan itu adalah tepat sekaligus membendung umat Islam di negara ini daripada terkeliru dengan agenda pihak berkepentingan.

"Saya setuju sebab menepati apa yang saya tegaskan selama ini.

"Saya setuju dengan keputusan mahkamah hari ini sebab saya tidak mahu melihat anak-anak orang Islam terkeliru dengan perkara ini," katanya.

Ya Allah, Kau tempatkanlah Allahyarham dikalangan hambaMu yang beriman dan beramal soleh. Ameen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.