Halaman

Ahad, 19 Januari 2014

Isu Keselamatan Dalam Negara: NGO Desak Kerajaan Kembalikan #ISA @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Biarpun pimpinan sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia mengambil pendirian bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) tidak perlu dikembalikan namun keputusan tersebut bukanlah mewakili suara pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

Ini terbukti apabila beberapa NGO yang pro kerajaan bangun mendesak dan bersama-sama menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia agar ISA dikuatkuasakan semula.

Menurut Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sedarhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, ISA perlu dikembalikan semula demi menjaga kesejahteraan dan keamanan negara daripada anasir pihak pembangkang yang cuba dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.

"Pelbagai NGO diseluruh Malaysia membuat laporan polis untuk mengambil tindakan (tetapi) sehingga hari ini mereka tidak mengambil tindakan setelah wujud Bersih 1.0, Bersih 2.0, dan Bersih 3.0.

"Hari ini menteri rasa diri mereka kebal tetapi yang menjadi mangsa polis yang bertungkus-lumus melawan anasir daripada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat sidang media sebelum menyerahkan memorandum kepada Pegawai Khas Perdana Menteri, Saiful Azhar di Jabatan Perdana Menteri, 15 Januari lalu.



Disamping itu IKHLAS bersama 8 NGO lain turut bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara untuk mengembalikan Akta ISA.

Pada 10 Jan lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar menyokong sekiranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikuatkuasakan semula supaya kewujudan semula ISA akan dapat membantu meningkatkan penguatkuasaan polis dalam menjaga keselamatan negara. Klik SINI

Malah, Mantan Perdana Menteri, YBhg Tun Dr Mahathir turut menyarankan agar ISA dikembalikan bagi menangani minoriti eksterimis yang cuba memporakporandakan negara. Rujuk SINI.


Pada 15 September 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tunduk dengan desakan pembangkang melalui Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) lalu mengumumkan pemansuhan ISA  dan digantikan dengan undang-undang baru (SOSMA) yang menurutnya lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan.


Apapun, keputusan kerajaan memansuhkan akta tersebut merupakan satu kesilapan besar kerana sejak akta tersebut dimansuhkan, kita dapat menyaksikan kadar jenayah meningkat terutamanya yang melibatkan gengsterisme.
Pelbagai individu serta NGO yang mahukan ISA ini dimansuhkan mula memainkan peranan untuk menghasut rakyat membenci pemerintah dan agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, SPRM dan SPR.

Dengan mewujudkan kebencian dan persepsi yang buruk terhadap pemerintah dan pihak berkuasa ia akan menimbulkan unsur-unsur anarki. Unsur-unsur anarki ini akhirnya akan membawa keadaan tidak terkawal dan api kebencian yang meluap-luap seterusnya memberi lebih banyak undi kepada parti yang yang menjadi antagonis kepada parti pemerintah hari ini.

Selain itu, kita turut menyaksikan sudah ada pihak-pihak yang berani mencabar dan mengganggu kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Malah, agensi penguatkuasaan agama Islam turut dipertikai biarpun tindakan mereka sebenarnya tertakluk kepada undang-undang negara.

ISA merupakan undang-undang yang berunsur pencegahan serta-merta yang sering kali digunakan bagi mengelakkan unsur-unsur subversif dan anarki. Agensi perisikan negara yang mempunyai maklumat-maklumat mengenai kegiatan untuk mencetuskan huru-hara selalunya akan menyarankan langkah-langkah pencegahan ini.

Tentulah amat sukar untuk mendakwa atau mengambil tindakan menerusi perbicaraan biasa ke atas mereka yang merancang melakukan sesuatu jenayah. Ini kerana kebanyakan undang-undang hanya mengambil tindakan selepas berlakunya jenayah. Apatah lagi proses perbicaraan di mahkamah akan mendedahkan proses risikan dan kedudukan anggota risikan dan sekaligus akan menjejaskan keselamatan negara pada masa akan datang.

Jika kita lihat di negara rantau Asean ini, yang aman dan stabil tanpa mengalami masalah huru-hara, pengemboman dan pertumpahan darah hanyalah Malaysia, Brunai dan Singapura. Ketiga-tiga negara ini berkongsi satu persamaan iaitu kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri. 

Malahan undang-undang berunsur pencegahan ini juga turut digunakan di Amerika Syarikat sekarang ini selepas berlakukanya peristiwa pengeboman pada 11 September 2001 lalu. YPS yakin, rakyat Malaysia juga tidak mahukan pengeboman dan huru-hara seperti yang berlaku di negara-negara luar

Jumlah pemimpin politik yang ditangkap dan ditahan di bawah ISA selama 60 hari atau dua tahun jauh lebih kecil berbanding pesalah lain seperti pemalsuan kad pengenalan, komunis, pengganas (terrorist) dan penjenayah terlibat dengan kongsi gelap.

Kebanyakan ahli politik yang ditangkap, bukanlah kerana mereka menentang kerajaan namun mereka secara jelas cuba menghuru-harakan keselamatan negara sehingga menyebabkan tangkap perlu dibuat bagi "menyejukkan keadaan.

Merujuk kepada Operasi Lalang 1997, bukan hanya pemimpin politik pembangkang, malah pemimpin kerajaan juga ditangkap dan ditahan di bawah ISA kerana keadaan ketegangan kaum sudah memuncak dan bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang. 

Demikian juga, kebiasaannya tangkapan-tangkapan ke atas ahli politik selalunya berlaku apabila ada usaha untuk menjadikan negara berada dalam situasi huru-hara seperti demontrasi jalanan yang tidak terkawal.

SOSMA setakat ini dilihat tidak begitu berkesan sebagaimana ISA, samada berpunca dari undang-undang SOSMA itu sendiri atau pun Menteri KDN yang kurang tegas dalam melaksanakan perundangan tersebut.

Apa jadi selepas ISA dimansuhkan?? Antaranya,

  • Pencerobohan di Lahad Datu
  • Berleluasanya kejadian tembak menembak
  • Surau sudah dijadikan Tokong,
  • Melayu dikaitkan dengan Pendatang dan mencetuskan isu perkauman
  • Agama Islam dipermainkan
  • Kalimah Allah didesak untuk digunakan oleh Kristian
  • Bible dalam  bahasa Melayu
  • Wang Zakat juga diminta diberikan kepada Agama lain.
Bagi YPS, kerajaan sepatutnya tidak memansuhkan ISA. Biarkan ISA kekal dengan beberapa penambahbaikan dan pembaharuan supaya undang-undang tersebut terus relevan sesuai dengan kehendak semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.