Halaman

Jumaat, 3 Januari 2014

KALIMAH ALLAH: PEMUDA UMNO NYATAKAN PENDIRIAN SOKONG TITAH SULTAN SELANGOR #Azwanbro #pemudaUMNO



November 2013 yang lalu, DYMM Sultan Selangor telah menitahkan agar kalimah Allah tidak digunapakai oleh agama lain selain agama Islam bagi negeri Selangor. Titah tersebut menerima sokongan yang positif dari seluruh pelusuk Malaysia dan sejajar dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan isu penggunaan kalimah Allah.

Namun masih ada lagi individu yang tidak menghormati keputusan ini dan bertindak secara terang-terangan meneruskan penggunaan kalimah Allah di dalam terbitan, cetakan dan pengucapan dikalangan bukan Islam.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi menyatakan pendirian yang kuat menyokong titah baginda Sultan Selangor dalam larangan penggunaan kalimah Allah dikalangan bukan Islam dan mengecam sebarang tindakan yang boleh dianggap mencabar titah baginda.

Ini adalah satu penderhakaan dan ianya juga satu tindakan yang sangat tidak peka serta tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi. Selaku individu yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum dimana kedudukan institusi beraja berada di kedudukan yang tertinggi sebarang bentuk penderhakaan adalah sangat biadap.

Disaat ini timbul satu persoalan iaitu dimanakah suara-suara parti lain yang berasaskan agama Islam di negara ini? Sebagai individu yang beragama Islam, tanggungjawab mempertahankan kalimah Allah ini tidak sepatutnya disenyapkan semata-mata untuk menjaga kepentingan parti.

Cabaran yang berbentuk sebegini rupa yang boleh mengganggu gugat sensitiviti umat Islam harus dihentikan dengan segera.

Sumber: FB Azwanbro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.