Halaman

Rabu, 22 Januari 2014

#KPDNKK Sediakan Portal Semakan Harga Barangan Dan Aduan

Orang ramai kini boleh menggunakan perkhidmatan semakan harga barang di pasaran setiap hari melalui portal khas www.1pengguna.com yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi merancang perbelanjaan harian.

Antara harga barang keperluan harian yang boleh diakses oleh pengguna ialah ayam, ikan cencaru, bawang, cili, sayur-sayuran dan santan yang dijual di pasaran mengikut negeri dan kawasan di seluruh negara, dengan harga dikemas kini setiap hari.

Berdasarkan kepada senarai harga barang di Selangor yang dikeluarkan portal berkenaan pada Rabu, harga ayam bersih standard dijual antara RM5.99 hingga RM8.50 sekilo di pasaraya besar manakala ayam hidup antara RM5.20 hingga RM7.30 di semua pasar basah.

Harga bawang putih antara RM2.20 hingga RM9 sekilo manakala bendi antara RM3.20 hingga RM15.90 sekilo di pasaraya besar dan pasar basah di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurut portal itu, cili hijau dijual antara RM7 hingga RM15 sekilo di pasar basah seluruh Johor manakala cili merah antara RM7.90 hingga RM23 sekilo di pasar raya besar dan pasar basah negeri itu.

Bagi kangkung pula, harga seikat kira-kira 250 gram dijual antara 38 sen hingga RM2 di pasaraya dan pasar basah seluruh Pulau Pinang manakala tomato antara RM1.90 hingga RM7 sekilo di pasaraya dan pasar basah seluruh Perak.

Melalui portal 1pengguna juga, orang ramai boleh mengemukakan aduan sekiranya terdapat mana-mana peniaga yang menaikkan harga barang secara mendadak dan tidak mengikut harga yang ditetapkan melalui hotline KPDNKK: 1800-886-800 atau mengisi borang aduan yang disediakan menerusi portal itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.