Halaman

Khamis, 23 Januari 2014

Tarik Saman Tian Chua Bukan Bererti UMNO Beralah - Ku Nan


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak andaian bahawa tindakan menarik balik saman terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua dan dua yang lain bermakna UMNO beralah dengan pihak yang berniat jahat terhadap parti itu.

Beliau sebaliknya mendedahkan keputusan itu diambil setelah Tian Chua membuat tawaran untuk menyelesaikan saman fitnah itu di luar mahkamah berhubung penyiaran artikel mengenai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata Tian Chua membuat tawaran itu kepada UMNO menerusi peguam parti Datuk Mohd Hafarizam Harun dengan kehadiran Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

"UMNO tidak akan sesekali berkompromi atau beralah dengan pihak yang berniat jahat, tetapi dalam kes itu, pihak lawan meminta untuk ia diselesaikan di luar mahkamah dengan kekesalan terhadap apa yang telah dilakukan," tegasnya dalam kenyataan media, Rabu.

Tengku Adnan turut mengemukakan dokumen Perintah Penghakiman Persetujuan antara UMNO dan Tian Chua bersama dua lagi individu, yang menyatakan Tian Chua jelas kesal terhadap artikel bertajuk 'Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang UMNO' telah dirujuk kepada UMNO.

Sementara Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel, Aisha Geoffrey yang dinamakan sebagai defendan kedua dan ketiga dalam saman fitnah itu telah dengan serta-merta mengeluarkan artikel terbabit daripada laman web mereka.

Tengku Adnan turut menegaskan bahawa walaupun saman fitnah itu selesai, Tian Chua masih lagi berhadapan dengan tuduhan jenayah iaitu hasutan di Mahkamah Sesyen di sini, ekoran laporan polis yang dibuat rakyat berhubung insiden tersebut. 

Pada 11 April 2013, Ab Rauf memfailkan saman terhadap Tian Chua, Fazallah Pit dan Aisha Geoffrey berhubung artikel yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com pada 1 Mac tahun lepas yang mengaitkan UMBO  dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Bagaimanapun, UMNO menarik semula saman itu pada 13 Jan lalu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan tuntuan saman itu berdasarkan terma yang dipersetujui.

Persetujuan itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di sini Rosilah Yop.

Apa kata blogger Double Y??? Klik SINI.

YPS ~ Whatever laaaa Ku Nan. Buatla UMNO ni macam korang punya... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.