Halaman

Jumaat, 17 Januari 2014

UMNO Perak Kecam Pembangkang Hina Perdana Menteri @NajibRazak @ZambryAbdKadir

UMNO Perak mengutuk keras perbuatan tidak bertanggungjawab pihak pembangkang yang mengeluarkan kenyataan menghina Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu 'kangkung'.

Isu kangkung hangat diperkatakan dimedia-media sosial terutama mereka yang pro pembangkang susulan penjelasan Perdana Menteri berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lepas.

Tindakan pembangkang menggembar-gemburkan isu 'kangkung' sebenarnya bertujuan menutup kepincangan mereka berhubung beberapa isu, kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib merangkap Pengerusi BNBC Perak.

"Tindakan mereka memperbesarkan isu remeh itu adalah untuk mengalih perhatian rakyat antaranya berhubung isu kenaikan elaun menteri besar dan exco kerajaan negeri Selangor serta penutupan Pusat GiatMara di negeri itu.

"Kangkung diperbesarkan tapi isu yang melibatkan parti pembangkang cuba mereka tutup contohnya isu harga rumah dan cukai pintu yang melambung dan menjadi keresahan rakyat di Pulau Pinang dan isu kereta mewah Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Khusairi berkata tindakan tidak bertanggungjawab pembangkang termasuk mengeluarkan karikatur berhubung isu berkenaan adalah tidak sopan dan biadab.

"Mereka menunjukkan sikap seolah-olah tidak menghormati jawatan perdana menteri sebagai sebuah institusi yang disanjung oleh rakyat di seluruh negara, jawatan perdana menteri dipilih oleh rakyat dalam satu proses pilihan raya yang demokratik," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.