Halaman

Sabtu, 22 Februari 2014

Ramli Sarip Kembali, Konsert #BluesBuatTeman 2014 Di Ipoh @zainolfadzi

Gambar Sidang Media Konsert Blues Buat Teman 2014
Foto: Facebook YB Dato' Zainol Fadzi
Konsert Jelajah Blues Buat Teman 2014 Datuk Ramli Sarip bakal bertandang ke Ipoh pada 22 Mac ini.

Konsert itu diadakan atas rasa prihatin terhadap rakan seperjuangan beliau yang mengalami kesulitan hidup, seperti Yazit (Search), Hamid (Black Dog Bone) dan balu kepada Allahyarham Samad Mian (Lefthanded).

Hati Ramli Sarip mula terdetik untuk mengadakan konsert selepas terlihat foto Samad dan terus merancang ingin mengumpul dana bagi membantu mengurangkan beban rakan-rakan seperjuangannya itu.

Tambah menarik lagi apabila vokalis lagenda Mus May yang juga merupakan anak kelahiran Perak bakal beraksi pada malam tersebut.

“Tujuan sebenarnya selain daripada keprihatinan dan selain daripada kita berkongsi pengalaman saya dalam seni dan juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak melibatkan masa waktu umur dalam karya seni yang mana mereka pun sekarang kurang sihat,” kata Ramli.

Ramli Sarip ditemui ketika sidang media Jelajah Blues Buat Teman yang turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah Koloni Karyawan Amanjaya Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Ipoh yang menjadi lokasi ke lima konsert jelajah itu akan diadakan di Hotel Riverfront Ipoh bermula jam 8.45 malam.

Kepada anda yang berada di sekitar Ipoh dan ingin mendapatkan tiket konsert serta mendaftar sebagai peserta bengkel muzik, anda boleh terus ke Koloni Karyawan Amanjaya (PORT).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.