Halaman

Isnin, 24 Februari 2014

TAHNIAH @Azwanbro, Idea #BNYouthJobFair Diteruskan Kesetiap Bahagian @NajibRazak #BNYouth #pemudaUMNO

SABTU lalu, Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak telah berjaya menganjurkan Karnival Mini Kerjaya Pemuda BN bertempat di Dewan Serbaguna MDPT, Kampung Gajah.

Karnival tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri  Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, YB Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Dato' Haji Tajudin Abdul Rahman mengingatkan agar golongan belia tidak terlalu memilih pekerjaan.

"Ketika kita mengeluh kononnya sukar mendapat kerja, dalam masa yang sama kira-kira 3 juta warga asing sedang bekerja di negara ini.

Memetik laporan akhbar UM, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak Dr Faizal Dato' Tajuddin, seramai 5,000 orang yang telah mendaftar untuk mencari pekerjaan pada karnival ini termasuk belia Orang Asli.

"Mereka tidak melepaskan peluang untuk memperoleh pelbagai maklumat mengenai peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan kemahiran yang mereka miliki," katanya.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan, ADUN Kawasan Kampung Gajah, YB Haji Abdullah Fauzi, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Dr. Faizal Tajudin dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak, Puan Intan Suhaili.

Sejarah penganjuran BN Youth Job Fair Negeri Perak.


Karnival Kerjaya Pemuda BN, pertama kali dianjurkan di Perak atas idea dan inisiatif Saudara Khairul Azwan Harun yang baru dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak pada 2011 yang lalu.

Kerajaan Negeri melalui Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) bersetuju menjalinkan kerjasama dengan Pemuda BN Perak menganjurkan Karnival Kerjaya kali pertama pada 2 Oktober 2011 bertempat di Dataran Dewan Bandaraya Ipoh (DBI).

Sepanjang 2 hari diadakan, karnival tersebut berjaya menarik hampir 25,000 golongan muda terdiri daripada pelbagai latarbelakang untuk hadir samada untuk mencari atau bertukar kerjaya yang lebih baik. Lihat di SINI.

YB Dato' Haji Zainol Fadzi dan Khairul Azwan (Ketua Pemuda Perak ketika itu) pada perasmian Job & Career Fair 2012.

Pada tahun berikutnya (2012), Pergerakan Pemuda UMNO/BN Negeri Perak sekali lagi menganjurkankan Karnival Kerjaya Pemuda BN pada 10 hingga 12 November 2012 di venue yang sama iaitu di Dataran DBI, Ipoh.


Dalam sidang media Karnival Kerjaya Pemuda BN Perak 2012, Azwan turut mengucapkan ucapan terima kasih atas kesudian Ahli Parlimen serta ADUN Kawasan seluruh negeri Perak yang telah sudi menaja sebuah bas sepanjang dua hari karnival diadakan bagi memudahkan golongan muda hadir ke acara tersebut.

Memetik sumber blog YB Khairy Jamaludin (rembau.net), sehingga kini, lebih 2,000,000 pelawat dengan kira-kira 350,000 syarikat telah terlibat dalam Karnival Kerjaya Belia BN di seluruh negara.

Pada tahun ini, dibawah kepimpinan Saudara Hairul Anwar Mohamad Noor selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak yang baru, Karnival Kerjaya Pemuda BN diperluaskan ke peringkat bahagian seluruh negeri Perak.

Selain BN Youth Job Fair, Khairul Azwan sewaktu memimpin Pergerakan Pemuda BN Perak turut memperkenalkan BN Youth Volunteer (BNYV), BN Town Hall serta pelbagai lagi pendekatan ketika menjawat jawatan Pengerusi Pergerakan Pemuda BN Negeri Perak.

Tidak dapat dinafikan, segala usaha beliau sewaktu menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri, banyak membantu meningkatkan sokongan golongan muda kepada BN pada PRU ke 13 yang lalu.

Buktinya, Karnival Kerjaya Pemuda BN sentiasa mendapat sokongan dan tetap diteruskan seperti yang telah berlangsung di Parlimen Pasir Salak ini.

Pembaca boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan Karnival Kerjaya Pemuda BN Perak di halaman facebook #OfficialJobsPerak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.