Halaman

Ahad, 30 Mac 2014

#PRKBalingian: @Azwanbro Ucap Terima Kasih Kepada Pengundi #Balingian @MuhyiddinYassin #BNSarawak

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi dan penduduk DUN Balingian Sarawak kerana masih memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Balingian yang telah berlangsung semalam.

Beliau menyampaikan ucapan terima kasih tersebut melalui kemaskini laman twitter beliau sejurus pengumuman keputusan PRK DUN Balingian diumumkan.

PRK Balingian menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) iaitu bekas Pegawai Daerah Dalat Yussibnosh Balo, 48, dan ahli perniagaan Abdul Jalil Bujang,55, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Yussibnosh adalah anak tempatan, manakala Abdul Jalil berasal dari Kampung Lintang Balingian tetapi menetap di Kuala Tatau, Bintulu.

Proses pengundian bermula pada jam 8 pagi dengan 13,233 pengundi biasa menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, daripada 21 pusat pengundian itu pusat undi di Sekolah Kebangsaan (SK) St Patrick Mukah di Kuala Lama mempunyai jumlah pengundi paling ramai iaitu 1,323 orang dan akan ditutup pada jam 5 petang.

Pada Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 yang lalu, Tan Sri Taib Mahmud mendapat majoriti 5,154 menewaskan calon PKR dan Bebas.

PRK kali ini menyaksikan Yussibnosh menang dengan majoriti 6911 setelah mendapat 8,194 undi manakala Jalil sekadar memperolehi 1,283 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Shafrie Saili di Dewan Suarah Mesra Mukah, Sarawak, petang Sabtu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, calon BN Yussibnosh Balo, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan barisan kepimpinan BN Sarawak.

Pilihan raya kecil DUN Balingian diadakan berikutan kekosongan kerusi itu ekoran perletakan jawatan penyandangnya iaitu bekas Ketua Menteri merangkap Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.