Halaman

Jumaat, 7 Mac 2014

#PRKKajang: Anwar Umum Tidak Bertanding Tapi Terus Berkempen

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui wartawan sebaik keluar dari Istana Kehakiman Putrajaya mengesahkan beliau bukan lagi calon PKR bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Sesiapapun yang ganti, beliau mestilah calon lebih baik," katanya.

Anwar bagaimanapun menegaskan beliau akan terus berkempen untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac nanti.

Ketua Pembangkang itu hilang kelayakan bertanding pilihan raya kecil DUN Kajang setelah mahkamah rayuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium enam tahun lepas.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjaran lima tahun atas kesalahan tersebut dan Anwar dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

Persoalan yang timbul kini, ialah siapakah yang bakal dipertaruhkan oleh PKR dan Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Nama dua Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail disebut-sebut bakal menggantikan Anwar sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang dilaksanakan pada 23 Mac nanti manakala penamaan calon pula pada 11 Mac.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.