Halaman

Ahad, 2 Mac 2014

Tiada Tol Selama Sebulan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah @NajibRazak #JK2PP

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengguna jambatan kedua Pulau Pinang yang dibuka mulai tengah malam Sabtu kepada lalu lintas tidak akan dikenakan tol dalam tempoh sebulan sebagai penghargaan kepada rakyat.
Jambatan Kedua Pulau Pinang mendapat beberapa pengiktirafan 'Malaysia Book of Record'.
Sebelum itu beliau mengisytiharkan Jambatan Kedua Pulau Pinang itu dinamakan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, mengambil nama Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia ketika ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri ketika berucap dalam majlis perasmian jambatan berlenaan di Dataran Batu Maung pada Sabtu malam.

Beliau berkata, pemberian nama itu adalah selepas mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.