Halaman

Selasa, 1 April 2014

Al Fatihah: Guru Lelaki Meninggal Dunia Akibat Lemas di Sungai Perak


Operasi Mencari Dan Menyelamat di tebing Sungai Perak.
Seorang guru lelaki meninggal dunia akibat lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Perak berhampiran Kampung Pasir Kubu, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Penolong Penguasa Bomba Zaiful Affendy berkata, usaha mencari mangsa bermula sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.30 malam.

Mangsa, Adizul Abidin Azeman, 35, dari Taman Murni Kampung Gajah itu dikatakan tergelincir pada jam 7.15 malam ketika turun untuk mengambil jala ikan yang jatuh ke dalam sungai berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan melibatkan Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Jenazah Allahyarham berjaya ditemui sekitar jam 3 petang semalam selepas hampir 20 jam operasi mencari dan menyelamat dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Allahyarham berasal dari Pahang dan mengajar disalah sebuah sekolah kebangsaan di Kampung Gajah.

AL FATIHAH buat Allahyarham, semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Takziah dari YPS buat keluarga beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.