Halaman

Selasa, 15 April 2014

@Azwanbro Ketuai Delegasi #PemudaUMNO Msia Berkunjung Ke Turki

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun bersama delegasi Pemuda UMNO sedang dalam lawatan kerja ke beberapa buah negara di Timur Tengah.

Azwan yang mengetuai delegasi tersebut selamat sampai di Ankara, Turki pada jam 5.00 pagi semalam waktu Malaysia. Turki merupakan destinasi pertama dalam siri lawatan tersebut.


Ketibaan beliau disambut oleh Mr Mezut Ödzëmur mewakili Pergerakan Pemuda Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboğa di Ankara.


Sebelah petang (waktu tempatan), Azwan mengadakan kunjungan hormat ke kedutaan Malaysia di sana. Duta Besar Malaysia, En Amran Mohamed Zin meluangkan masa menerima kunjungan delegasi Pemuda UMNO di pejabat beliau.


Selesai bertemu duta negara, Azwan berkunjung pula ke Ibu Pejabat AKP yang terletak di No. 202 Balgat, Ankara, Turki bagi mengadakan pertemuan dengan pimpinan sayap pemuda parti pemerintah negara tersebut.


Kunjungan mereka disambut mesra oleh Jawatankuasa Pemuda AKP diketuai Naib Presiden Pemuda AKP, Mr Osman Timurtas.

Dalam pertemuan yang berlangsung lebih sejam, mereka bertukar-tukar pandangan dan pengalaman selain beberapa perkara melibatkan kepentingan Islam seluruh dunia.

Sedikit info mengenai AKP atau Adalet ve Kalkınma Partisi atau The Justice and Development Party ditubuhkan pada tahun 2001, menggunakan simbol ‘mentol lampu’ muncul sebagai pemenang pada Pilihanraya Umum Turki pada tahun 2002.
Kemenangan itu membolehkan aktivis AKP, Abdullah Gül dilantik sebagai Presiden dan Recep Tayyip Erdoğan dipilih menjadi Perdana Menteri Turki.
AKP berjaya mempertahankan kemenangan pada PRU 2007 dan 2011 dan berkemungkinan besar akan bertanding semula pada PRU 2014/2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.