Halaman

Sabtu, 5 April 2014

@Azwanbro Tempelak #PR - Tumpu Usaha SAR #MH370, Berhenti Hasut Rakyat @NajibRazak @HishammuddinH2O #DoaUntukMH370

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun menempelak pimpinan Pakatan Rakyat yang mengambil kesempatan atas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 untuk menghasut dan meracuni minda rakyat agar membenci kerajaan.

Azwan dalam kemaskini twitternya kelmarin berkata, "Elok tumpu kepada usaha SAR (mencari dan menyelamat) #MH370 daripada menghasut dan meracuni minda."

Azwan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengajak Pakatan Rakyat memberi tumpuan terhadap usaha negara mencari dan menyelamat MH370.

Bagi YPS, tiada apa bantuan yang boleh disumbangkan oleh Pakatan Rakyat dalam misi SAR #MH370 ini. Tumpuan yang dimaksudkan oleh Azwan adalah supaya pimpinan Pakatan Rakyat berhenti menyebarkan fitnah dan spekulasi yang berniat jahat terhadap kerajaan.

Ini kerana, sejak hari pertama kehilangan MH370 pada 8hb Mac lalu mereka cuba meyakinkan rakyat bahawa insiden ini merupakan konspirasi kerajaan bagi mengalih isu Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya setelah didapati bersalah atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Malah Anwar Ibrahim sendiri dilaporkan menjadikan kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan kempen untuk terus menyerang kerajaan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23hb Mac lalu.

Sepanjang 28 hari kehilangan MH370, kita dapat melihat keghairahan sebilangan besar pimpinan Pakatan Rakyat menghasut serta meracuni minda rakyat tanpa mengambilkira perasaan keluarga para kru dan penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut.

Selain itu, mereka turut memperlekehkan segala usaha kerajaan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370, bertujuan mencetuskan gambaran negatif masyarakat antarabangsa terhadap komitmen sebenar kerajaan dalam kejadian tersebut.

Pakatan Rakyat jelas mencemburui kerajaan pimpinan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Razak apabila selain negara-negara ASEAN, pelbagai negara turut menghulurkan bantuan dengan mengerahkan aset-aset tercanggih membantu negara mencari dan menyelamat pesawat yang hilang.

Sehingga kehari ini, kebanyakan negara yang menawarkan bantuan masih bersama-sama dan benar-benar komited membantu Malaysia dalam menyelaraskan operasi besar-besaran SAR bagi mengesan MH370.


Antara negara besar yang menghulurkan bantuan dan berjanji untuk terus membantu Malaysia adalah Australia, Amerika Syarikat, Peranchis, China, India dan lain-lain lagi.

Kesemua negara tersebut bersedia menggerakkan aset-aset tercanggih mereka mengikut keperluan semasa SAR.

Dari Laut China Selatan, Laut Andaman dan kini ke Lautan Hindi, mereka terus membantu dalam setiap cara yang mungkin atas semangat kerjasama dan persahabatan, tanpa ragu-ragu dalam perkongsian maklumat, aset dan kepakaran.

Disebalik usaha pembangkang memburuk-burukkan usaha negara, ramai pemimpin dunia mengakui Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam mengendalikan situasi kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan usaha seterusnya bagi mencari pesawat yang hilang.

Mereka memperakui Malaysia telah berjaya mengendalikan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, melihat kepada skala operasi SAR yang terbesar dan paling kompleks pernah berlaku dalam sejarah penerbangan.


Pakatan Rakyat sepatutnya tidak menjadikan insiden yang menimpa MH370 ini sebagai bahan politik. Mereka perlu memberikan sokongan terhadap usaha kerajaan dan bersama-sama melahirkan rasa simpati terhadap keluarga, kru serta penumpang yang sehingga kini masih belum diketahui nasib mereka.

Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia dalam penerbangan ke Beijing hilang pada 8 Mac di Laut China Selatan setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi membabitkan pelbagai negara bagi mencari MH370 itu bermula di Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum dilakukan di koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan meliputi dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi.

Pada 24hb Mac yang lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan pesawat tersebut dipercayai terbang dan berakhir di Selatan Lautan Hindi berhampiran barat Perth Australia.

Kini operasi diteruskan di kawasan tersebut diketuai oleh kerajaan Australia.

YPS mengajak rakyat menolak segala fitnah pembangkang. Teruskan solat hajat dan berdoa agar Allah berikan petunjuk dan jalan keluar bagi manyelesaikan misteri MH370 ini. In Shaa Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.