Halaman

Khamis, 3 April 2014

@KarpalSinghDAP Bidas Usaha Kelantan Laksana Hudud #PAS

Gambar File

Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh sekali lagi membidas usaha kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Mahkamah Jenayah Syariah Kelantan II.

Walaupun telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 1993, Karpal menerusi satu kenyataanya hari ini berkata ia adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ujar beliau lagi DUN Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan enakmen berkenaan manakala Parlimen pula tidak boleh menguatkuasakan enakmen yang bercanggah dengan Perlembagaan.

“Hudud jelas bukan undang-undang pada masa dan zaman ini. Hanya Parlimen yang berhak meluluskan undang-undang jenayah.

“Hudud beri implikasi dan akibat yang sangat serius. Parlimen tidak akan dan tidak boleh meluluskan enakmen tersebut,” kata Karpal dalam satu kenyataannya hari ini.
Terdahulu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata negeri itu akan membentangkan usul rang undnag-undang persendirian menerusi ahli Parlimennya bagi membuat pengisytiharan Enakmen Mahkamah Jenayah Syariah Kelantan II atau hudud agar dapat dilaksanakan di negeri itu.

Jelas Ahmad, jika Parlimen meluluskan usul berkenaan, maka kerajaan Kelantan akan melaksanakan hudud seawal tahun hadapan.

Sehubungan itu, Karpal yang juga bekas Pengerusi DAP itu berpendapat apa yang dinyatakan Ahmad sebagai tidak tepat dan pendirian DAP jelas sejak dahulu tidak akan berkompromi di dalam perlaksanaan hudud.

Apa yang diperkatakan Karpal ini jelas bertentangan dengan dakwaan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh bahawa pemimpin veteran DAP itu semakin “positif” terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan mendakwa halangan utama terhadap undang-undang itu adalah Barisan Nasional.

“Apa yang dikatakan (bahawa) Karpal Singh sangat tidak setuju (dengan hudud) adalah media, media sahaja yang sebut begitu dan Alhamdulillah (sebelum ini) ada satu kenyataan media mengatakan Karpal Singh mungkin berubah dan bersedia untuk membincangkan bagi melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia.

“Setakat ini alhamdulillah perbincangan kita dengan YB (Yang Berhormat) Karpal Singh sangat positif,” katanya ketika diwawancara secara eksklusif oleh Antarapos baru-baru ini.

Justeru, kata beliau, pelaksanaan sistem perundangan Islam boleh dilaksanakan sekiranya pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi laluan dengan melakukan pindaan ke atas undang-undang sedia ada.

Selain itu tambah beliau, sokongan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terutamanya Umno dalam Dewan Rakyat perlu bagi memungkinkan hasrat PAS itu menjadi kenyataan.

Apa pandangan rakan-rakan PAS???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.