Halaman

Sabtu, 19 April 2014

Kekosongan Kerusi P51 Bukit Gelugor Diisytihar Minggu Depan


Kita akan berdepan dengan satu lagi pilihanraya kecil (PRK) kerusi Parlimen P51 Bukit Gelugor di Pulau Pinang.

Kerusi Parlimen Bukit Gelugor kosong setelah kematian mendiang Karpal Singh dalam kemalangan di KM306.1 berhampiran Tapah pada jam 1.30 pagi Khamis lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka menerima notis kekosongan dari Speaker Dewan Rakyat dan mengadakan mesyuarat.

Menurut Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) kekosongan kerusi tersebut minggu depan. 

Beliau berkata pengisytiharkan tersebut hanya akan dilakukan selepas majlis pengebumian Karpal di Pulau Pinang esok (Ahad).

Kerusi parlimen itu diramal kosong selepas Karpal Singh dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah pada 11 Mac lalu kerana menghamburkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada 2009.

Namun ketika menunggu proses rayuan keatas hukuman yang melucutkan kelayakan Karpal sebagai wakil rakyat, bekas Pengerusi DAP itu maut dalam kemalangan jalanraya tersebut.

Kita sedia maklum, laluan untuk BN menang dalam PRK Bukit Gelugor memang sukar. Kawasan Parlimen Bukit Gelugor merupakan kubu kuat DAP itu sejak sekian lama.

Pada pilihanraya umum Mei 2013, Karpal menang kerusi itu dengan majoriti 42,706 dari 82,042 orang yang layak mengundi.

Bukit Gelugor terletak di bandaraya George Town, Pulau Pinang dan mempunyai beberapa lokasi strategi seperti Gelugor, Sungai Gelugor, Sungai Dua dan bersambung dengan Jelutong.

Jelutong merupakan kerusi parlimen Karpal sejak tahun 1970 an. Karpal pernah digelar Harimau Jelutong kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti tinggi.

Namun, pada PRU ke 10 yang diadakan pada tahun 1999, beliau tewas buat kali pertama setelah lebih 40 tahun menjadi ADUN dan Ahli Parlimen.

Pada PRU11, 2004, beliau berpindah kawasan ke Bukit Gelugor, di mana beliau menang menewaskan calon MCA dengan majoriti tipis 1,261 undi.

Pada PRU12, Karpal menang bergaya dengan memperolehi 21,015 undi. Sebelum mengejutkan berbagai pihak pada PRU13 dengan rekod majoriti antara yang tertinggi iaitu 42,706 undi.

Mengikut data SPR pada 2013, pengundi yang berdaftar bagi P51 Bukit Gelugor adalah seramai 82, 042 orang dengan pecahan;

★ 14.48 peratus atau 11,880 orang pengundi Melayu,
★ 61,112 atau 74.49 peratus pengundi Cina, ★ 8,660 atau 10.56 pengundi India dan 
★ 0.48 peratus atau 390 lain-lain kaum.

Bukit Gelugor mempunyai 21 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan 432 lokaliti.

Perbezaan majoriti yang diperolehi pembangkang meningkat bermula PRU ke 11 hingga PRU ke 13 :

★ PRU 11 (2004) - Calon DAP tewaskan Calon MCA majoriti 1,261undi.

★ PRU 12 (2008) - Calon DAP tewaskan MCA majoriti 21,015 undi

★ PRU13 (2013) - Calon DAP tewaskan Calon MCA majoriti 42, 706 undi.

Seperti juga PRK DUN Kajang, UMNO/BN tetap meletakkan calon bagi memberi saingan biarpun peluang untuk menang adalah tipis.

Namun ada pihak yang menyuarakan agar Barisan Nasional tidak meletakkan calon pada PRK Parlimen Bukit Gelugor nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.