Halaman

Selasa, 8 April 2014

Kenyataan Akhbar @Azwanbro Berkaitan Penganjuran 'Topless Party' @NajibRazak @TengkuAdnanReal @RazlanRafii


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YBM  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diatas pembatalan parti liar dinamakan 'Topless Friday Beach Party' dijadual berlangsung Jumaat ini di sebuah kelab di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Razlan Rafii, pihaknya telah pun menghubungi YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Agung UMNO itu memaklumkan beliau sudah pun mengarahkan agar DBKL menggunakan segala kuasa pembatalan yang ada keatas parti tersebut.

Penganjuran parti tidak bermoral seumpama itu perlu ditentang oleh semua pihak supaya tidak menjadi ikutan anak-anak muda terutama orang Islam kerana ia boleh merosakkan akidah umat.

Pergerakan Pemuda UMNO ingin mengingatkan mana-mana penganjur dalam negara supaya tidak menganjurkan parti seumpama itu dimasa akan datang dan sentiasa menghormati budaya dan adab sopan masyarakat tempatan.

Pihak berkuasa juga seperti Kementerian Perlancongan, JAKIM atau mana-mana majlis agama Islam negeri juga diminta untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini di media sosial berkenaan parti sedemikian serta membuat tindakan selanjutnya dengan segera supaya kita dapat membanterasnya.

KHAIRUL AZWAN HARUN
8 April 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.