Halaman

Selasa, 6 Mei 2014

#PRKTelukIntan: Mesyuarat Khas Khamis Ini - #SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR akan mengadakan mesyuarat khas mengenai kerusi Parlimen Teluk Intan pada Khamis ini, berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng pada Khamis lalu.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan beliau, berkata, SPR menerima makluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, siang tadi berhubung kekosongan kerusi itu.

Mesyuarat khas itu, dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Ia akan membincangkan mengenai tarikh penting seperti hari penamaan calon, pengundian awal, dan pengundian biasa, serta daftar pemilih yang akan digunakan, serta  persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya kecil itu.

Seah, 48 tahun, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat kanser, pada kira-kira 7.30 pagi, Khamis lalu.

Pada PRU ke-13 tahun lalu, Seah menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong, dan calon bebas K.Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.