Halaman

Khamis, 22 Mei 2014

#PRKTelukIntan: Wakil Rakyat DAP Gagal, Jasa Dato Mah Ditagih Rakyat @MuhyiddinYassin @KhairyKJ @azwanbro #BN4TIDato

Dato' Mah Siew Keong cukup popular dikalangan penduduk Teluk Intan.
YPS memang sering turut serta dalam setiap sesi turun padang bertemu pengundi oleh calon Barisan Nasional (BN) Dato' Mah Siew Keong sekitar kawasan Teluk Intan.

Dan dalam setiap sesi tersebut, YPS mengambil kesempatan menguji apakah penduduk Teluk Intan benar-benar mengenali Dato' Mah atau tidak.

Pertanyaan YPS ringkas, kenal tak calon BN (Dato Mah) ni??? Pantas mereka menjawab, KENAL.

Patutlah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam twitternya sehari sebelum pengumuman calon oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, beliau memuat naik status berharap pimpinan tertinggi BN mencalonkan Dato' Mah.

Termasuk juga kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang meletakkan 100% keyakinan dan kepercayaan terhadap kredibiliti Dato' Mah sebagai calon BN.

Dan sewajarnyalah Presiden Parti Gerakan Malaysia Dato' Mah dipilih sebagai calon BN bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan oleh kepimpinan tertinggi BN.

Apa tidaknya... Boleh dikatakan setiap penduduk Teluk Intan tanpa mengira usia dan kaum pasti mengakui cukup mengenali calon BN itu.

Dato Mah tidak kekok beramah mesra bersama rakyat dalam setiap sesi bertemu pengundi.

Dato' Mah bukan muka baru. Mengambilmira sejarah silam pembabitan politiknya, beliau pernah menjadi wakil rakyat paling berkesan dan berjaya mewakili penduduk Teluk Intan, selama dua penggal (1999 dan 2004).

Sepanjang dua penggal menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan itu pula, beliau dilantik menduduki kerusi kabinet kerajaan sebagai~

  • Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) [2004-2006],
  • Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [2006-2008] 

Sebelum diletakkan bertanding Ahli Parlimen, Mah pernah bertanding dan menang kerusi ADUN Pasir Bedamar pada tahun 1995.

Banyak jasa disumbang oleh Mah kepada penduduk di Teluk Intan tetapi yang paling besar dan diingati ialah usahanya mendapatkan peruntukan dari kerajaan pusat sejumlah RM30 juta bagi membina benteng dan tembok menahan hakisan di tebing Sungai Perak.

Teluk Intan dilihat dari udara, dikelilingi sungai. Arus sungai tersebut menghakis tebing sungai yang mengakibatkan banjir sebelum tebatan banjir dibina. Kini, tebatan banjir tersebut memerlukan baik pulih. 
Mengenai kejayaan Mah ini, YPS yang ketika itu belum kenal politik telah mendengar kisah ini. Ada cerita yang mengatakan bahawa, Teluk Intan bakal tenggelam kerana hakisan tebing itu.

Bagi mereka yang tinggal di Kg Durian Sebatang, Kg Beca dan kawasan sepanjang pesisir Sungai Perak itu pasti resah apabila air pasang melimpahi tebing sungai itu yang menenggelamkan rumah mereka.

Dan dari mulut orang-orang tua ketika itu, ada spekulasi yang mengatakan bahawa bandar baru Changkat Lada bakal dibangunkan bagi menggantikan Teluk Intan yang dipercayai akan musnah.

Malang dengan jasa yang begitu besar Mah kalah dua kali pada 2008,dan 2013 akibat tiupan tsunami dikalangan pengundi Cina terhadap BN.

Ini gara-gara kempen anti-kerajaan ditiup oleh tokoh-tokoh Cina yang mahukan UMNO tumbang dalam PRU yang ke 12 dan ke 13 sehingga ramai pengundi khususnya kaum Cina ikut terpengaruh.

Hari ini rakyat menagih usahanya semula untuk mengatasi masalah hakisan kerana tambak yang dibina itu perlu dibaiki. Ia memerlukan peruntukan yang secara relatifnya agak besar.

Penduduk Teluk Intan pernah menggantungkan harapan pada wakil DAP terdahulu untuk membantu tapi tidak berhasil.

Penduduk kecewa dengan janji pembangkang yang dibuat sejak 2008 tetapi sehingga 2014 mereka terpaksa berputih mata.

Setengah daripada mereka malu untuk menyatakan penyesalan menggantungkan harapan dengan memilih DAP dulu.

Kini, harapan penduduk Teluk Intan untuk membaikpulih benteng tebing tersebut punyai harapan yang cerah dengan pemilihan semula Mah untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.

Kenapa YPS katakan begitu??? Sebagai Presiden Parti Gerakan Malaysia, YPS yakin Mah pasti ditawarkan jawatan menteri kabinet oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Razak seandainya beliau menang PRK Teluk Intan kali ini.

MAH vs DYANA

Sebagai orang lama dalam politik tanahair, YPS melihat Mah berkempen dengan penuh adab dan gentleman.

Beliau sedikit pun tidak kelihatan kekok beramah mesra dan meminta undi daripada penduduk yang diziarahinya.

Apa yang lebih penting, dalam kempennya, beliau tidak memburukkan lawannya, Dyana Sofya Mohd Daud. 

Apabila diminta memberi komen terhadap pencabarnya oleh wartawan dalam setiap sidang media, Mah dengan nada lembut mengakui calon muda DAP itu mempunyai kekuatan tersendiri.

Komen-komen Mah mengenai Dyana pula sentiasa positif. Biarpun Dyana masih mentah dalam politik, Mah tidak menganggap wanita itu sebagai pencabar yang lemah sebaliknya dia dilihat memiliki kekuatan tersendiri kerana faktor usianya.

"Dia muda dan berpersonaliti menarik, menjadi tarikan kepada golongan muda semua kaum.

"Itu kelebihannya dari segi faktor usia. Persaingan kali ini memang cukup mencabar," katanya.

Bagi YPS, Dyana yang sepatutnya merasa tercabar. Kerana, dari aspek lain sebagai anak jati Teluk Intan, Mah tak perlu diperkenalkan lagi berbanding calon payung terjun DAP ini.

Dyana selain baru berusia 27 tahun dan tidak berpengalaman serta berasal dan menetap di Ipoh sebelum menetap di Kuala Lumpur dan Gelang Patah, tidak ada apa yang mengkagumkan mengenainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.