Halaman

Jumaat, 9 Mei 2014

Selain Pertahan Status Quo, Melayu Perlu Pengisian Jatidiri Berterusan - @azwanbro #PemudaUMNO


Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun semalam memuatnaik status twitter (gambar) yang mendapat perhatian ramai pengguna laman sosial tersebut.

Azwan menulis, “Bangsa akan berjaya kalau pengisian jati diri dgn ilmu dan semangat waja berterusan. Kemelayuan bukan sekadar dlm borang. Melayu itu luas.

Azwan dipercayai memuatnaik kenyataan tersebut setelah melihat kemarahan rakyat khususnya orang Melayu terhadap kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun.

Entulu dilaporkan berkata, Kabinet memutuskan untuk menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah.

Kenyataan Menteri tersebut memang menimbulkan rasa kurang senang dan keresahan masyarakat Melayu.

Kembali berbicara tentang status yang dimuat naik oleh Azwan, ada yang menyokong serta tidak kurang juga yang mencemuh kenyataan itu.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan dilihat turut me‘retweet’ pernyataan Azwan sebagai tanda sokongan.

Bagi yang mencemuh mungkin mereka melihat kenyataan pemimpin muda UMNO tersebut dari satu sudut pemahaman yang negatif.

Mereka pastinya menganggap Azwan seakan bersetuju agar ruangan kaum pada borang rasmi kerajaan itu digugurkan.

Azwan bukan meminta kerajaan untuk menggugurkan column kaum ataupun untuk tidak gugurkan column tersebut. 
Akan tetapi beliau mahu anak Melayu tahu bahawa penentu dan kelangsungan bangsa bukan sekadar nama bangsa di dalam borang tersebut.

Selain mempertahankan column bangsa dalam borang tersebut, Melayu hendaklah mengutamakan pengisian jati diri dengan ilmu serta semangat waja yang berterusan. 

Kita beria-ia mempertahankan status quo tetapi dalam masa yang sama anak bangsa tercicir dari aspek ilmu dan jati diri. Jati diri kemelayuan kita bukan di borang semata-mata.

Bangsa Melayu harus berusaha lebih gigih berusaha melengkapkan diri untuk menyaingi bangsa lain yang kian jauh meninggalkan kita.


Melayu yang mempunyai jati diri, berilmu dan bersemangat waja akan mampu mengangkat martabat bangsa dan sentiasa sedia bersaing dengan bangsa lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas kenyataan Entulu itu menjelaskan, Kabinet tiada membuat keputusan untuk memansuhkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.


Perdana Menteri berkata, tiada perubahan dasar kerajaan berhubung borang itu.

YPS ~ sentiasa bangga menulis perkataan MELAYU setiap kali mengisi apa jua borang yang menyediakan ruangan tersebut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.