Halaman

Isnin, 26 Mei 2014

TAHNIAH YB Dato' @ZainolFadzi Terpilih Sebagai Naib Presiden FAM Yang Baru @ZambryAbdKadir @azwanbro @pafanews


YPS ingin mengucapkan sekalung TAHNIAH buat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sungai Manik YB Dato' Haji Zainol Fadzi B. Haji Paharuddin kerana terpilih sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi sesi 2014-2018, pada Kongres Tahunan FAM ke-50, di Shah Alam, semalam.

FAM turut mendapat Presiden baru apabila TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memperolehi undi majoriti dua pertiga selepas pengundian semula diadakan dengan jumlah 27 undi, manakala pencabarnya, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat 12 undi. 

Pemilihan yang bermula 11.15 pagi, 39 perwakilan menunaikan tanggungjawab untuk memilih 17 calon bsgi mengisi jawatan presiden, timbalan presiden (dua), naib presiden (empat) dan 10 anggota jawatankuasa eksekutif termasuk dua wanita. 

Pada undian pusingan pertama, Tengku Abdullah memperoleh 24 undi manakala

Tunku Ismail memperolehi 15 undi. 
Menurut artikel 39.2, bagi pemilihan jawatan presiden, dua pertiga undian direkodkan dan disahkan dalam undian pertama - 50 peratus ditambah satu undi 
sudah memadai. 

"Jumlah 39 undi memerlukan dua pertiga majoriti iaitu 26 undi. Oleh itu, kita adakan undian sekali lagi untuk jawatan presiden sahaja," kata Setiausaha 
Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, yang juga pengerusi kongres berkenaan. 

Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Presiden FAM pula, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang juga pengurus pasukan Harimau Muda, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad, dipilih selepas masing-masing memperoleh 27 dan 26 undi. 

Selain Dato' Zainol Fadzi (Presiden Persatuan Bola Sepak Perak), tiga Naib Presiden yang terpilih adalah Datuk Rozabil Abdul Rahman (Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis), Datuk Sudarsono Osman (Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia).


Dato' Zainol memperolehi undi tertinggi sebanyak 28 undian berbanding 39 perwakilan yang layak mengundi, Datuk Rozabil 27 undi, Datuk Sudarsono 26 undi manakala Datuk Takiyuddin sebanyak 21 undi.

Beliau mengakui agak terkejut apabila dirinya mendapat undian tertinggi berbanding calon-calon yang lain.

“Secara peribadi saya terkejut kerana tak berkesempatan berjumpa perwakilan memandangkan agak sibuk dengan Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan.

“Saya hanya sempat menghantar SMS kepada perwakilan untuk menyatakan yang saya bertanding dan memohon sokongan daripada mereka, itu saja,” katanya.

Bagi YPS dan seluruh peminat sukan bola sepak tanahair, khususnya warga Pasir Salak mengharapkan agar YB Zainol serta kepimpinan FAM yang baru mampu menaikkan imej bola sepak Malaysia dimata dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.