Halaman

Ahad, 11 Mei 2014

#UMNO68: Perutusan Naib Ketua Pemuda UMNO Msia @NajibRazak @Khairykj @azwanbro



Sepanjang 68 tahun perjalanan UMNO dalam menempuh jatuh bangun dan kebangkitan Negara ini, pelbagai peristiwa telah ditempuhi mahu dari dalam ataupun dari luar parti.

68 tahun perjalanan ini telah melahirkan generasi-generasi kepimpinan yang telah terbukti mampu menggemilangkan negara ini.

Dari Merdeka hinggalah ke Malaysia alaf 21, UMNO telah terbukti dalam meneraju negara ini ke dalam kancah kegemilangan dan cemerlang dalam memandu Malaysia di dalam kelompok negara-negara yang membangun.

Dari hubungan sesama bangsa dan etnik, sehinggalah ke hubungan bilateral antara negara-negara luar, UMNO sentiasa matang serta progressif.

Pada dasarnya UMNO adalah parti yang memperjuangkan bangsa Melayu, namun penanda arasan kejayaan UMNO bukan sahaja terletak kepada betapa berjayanya bangsa Melayu, malah UMNO terbukti berjaya memupuk keharmonian diantara rakyat pelbagai bangsa di dalam bumi bertuah Malaysia ini.

UMNO menempuh cabaran yang semakin kompleks dan kritis, namun pada masa kini dengan usaha yang tidak putus-putus dari pihak pembangkang melancarkan perang persepsi, memupuk rasa benci, dan terang-terangan mencabar keharmonian negara ini, UMNO semakin progressif.

Harus kita ingat UMNO adalah parti Melayu dan Bumiputera namun itu bukan satu penafian untuk UMNO menjadi parti untuk rakyat Malaysia kerana UMNO secara hakiki adalah tunjang Parti Barisan Nasional.

Semoga jalan perjuangan ini dipermudahkan, dan diberkati Allah S.W.T, dan semoga keringat serta semangat ini tidak akan lekang dalam mendukung Parti Keramat ini.


Selamat Ulangtahun UMNO yang ke 68 tahun.

Khairul Azwan Harun

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.