Sebanyak 18 jenis barangan dikenal pasti untuk dijadikan barangan kawalan di bawah Skim Kawalan Harga Sempena Aidilfitri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, skim ini akan mengambil tempoh selama 17 hari dan akan bermula dari 20 Julai sehingga 5 Ogos depan.
"Seperti tahun-tahun sebelum ini, menjadi kelaziman kementerian untuk menentukan harga maksimum bagi barang keperluan terpilih.
"Ia dimulakan lebih awal sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga semasa Ramadan dan menjelang Hari Raya Puasa," katanya.
Antara barangan berkenaan adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging lembu import (harga maksimum di Sarawak sahaja), daging kerbau import, telur ayam gred A, B, C, cili merah dan tomato.
Barangan lain adalah kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil (India), bawang besar import, bawang putih (China), ubi kentang import (China) dan ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara tujuh hingga 10 ekor sekilogram).
Hasan sebelum ini berkata, sebanyak 1,800 pegawai penguat kuasa dan 800 pegawai pemantau harga akan turun padang bagi memastikan kelancaran penguatkuasaannya di seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.