Halaman

Isnin, 7 Julai 2014

@Azwanbro Ketuai Kempen #AntiDenggi #PemudaUMNO Msia @NajibRazak @MuhyiddinYassin @khairykj @PPUMsia #1M4U #NRC11 #BetterCommunity




Menurut laporan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagi tempoh Januari hingga 28 Jun lepas, Malaysia merekodkan 44,518 kes denggi berbanding 31,660 kes bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu meningkat 12,858 kes dan jumlah korban akibat gigitan maut adalah seramai 82 orang. 



Daripada jumlah tersebut,  24, 197 kes dengan 32 kematian direkodkan berlaku di Negeri Selangor. Ini bermakna, Selangor menduduki tangga pertama dan rakyat Selangor berhadapan dengan risiko maut akibat penularan wabak demam denggi.

Menyedari hakikat tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Khairul Azwan Harun selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia menggerakkan kempen kesedaran mencegah denggi sekitar Taman Tun Dr Ismail, Selangor.

Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) turut terlibat menjayakan program tersebut antaranya 1Malaysia 4 U (1M4U), Najib Razak Club 11 (NRC11) dan Komuniti Taman Tun Dr Ismail.



Program yang bermula sekitar jam 4.00 petang semalam menyaksikan Azwan serta kumpulan beliau bergerak mengunjungi kediaman penduduk serta bazaar Ramadhan sekitar Taman Tun Dr Ismail dan Kg Sungai Penchala sambil menyebarkan serbuk Abate dan risalah mengenai denggi.

Rata-rata penduduk, peniaga serta pengunjung yang mereka temui menyambut baik dan menyokong usaha yang dilakukan oleh Pemuda UMNO dan gabungan NGO dalam memberi kesedaran tentang bahaya wabak denggi.

Azwan yang dihubungi selepas program tersebut menyatakan kebimbangan Pemuda UMNO di bawah kepimpinan YB Khairy Jamaluddin akan peningkatan korban jiwa akibat demam denggi.

“Pemuda UMNO merasa bimbang dan ingin membantu kerajaan dalam memberi kesedaran akan bahaya denggi kepada rakyat khususnya di Negeri Selangor dengan peningkatan kes yang amat ketara.

Beliau juga berkata kerajaan telah membentuk pasukan petugas khas bagi menangani denggi yang diketuai oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

“Namun, selain dari usaha kerajaan, rakyat perlu diberi kesedaran supaya menjaga kebersihan persekitaran kerana denggi merupakan penyakit yang dibawa oleh nyamuk yang membiak di kawasan kediaman kita,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.