Halaman

Selasa, 1 Julai 2014

YB Khairy Jamaluddin Terima Pangkat Komander Rejimen 508 @KhairyKJ @HishammuddinH20 @Azwanbro #Wataniah #PemudaUMNO


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini ditauliahkan ke pangkat Kolonel dalam pasukan sukarela Askar Wataniah dan memegang jawatan sebagai Komander Rejimen 508.

Selain itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar ditauliahkan pangkat Kolonel (Kehormat).

Menerusi laman Facebooknya, Khairy mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera di atas pemakaian pangkatnya.
Khairy ketika menyertai latihan rekrut sebagai anggota Wataniah.
"Terima kasih Menteri Pertahanan & Panglima Angkatan Tentera atas pemakaian pangkat saya pagi tadi. Saya telah menyertai Rejimen 508 sebagai rekrut biasa, menjalani latihan rekrut bersama anggota Wataniah yang lain. 

"Justeru pelantikan ini amat bermakna bagi saya dan saya berikrar untuk memberi khidmat yang terbaik untuk menjaga nama baik Rejimen 508," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.