Halaman

Isnin, 4 Ogos 2014

Isu MB Selangor: #PKR Nak Londehkan @Khalid_Ibrahim #JagaMikeLid



PKR tetap tidak mahu mengaku kalah dalam isu nak tukar Menteri Besar Selangor sekalipun berdepan dengan tentangan dari PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Ketika dua pimpinan  utama PAS itu tidak nampak apa dosa besar yang dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mewajarkan beliau ditukar, PKR sudahpun menyiapkan satu laporan setebal lebih 50 muka untuk 'telanjangkan' intregriti Menteri Besar itu.

Dalam politik alasan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Peliknya sebelum adanya ' Kajang Move' tidak timbul isu intregriti Khalid.

Beliau dikatakan orang yang kerja ikut buku dan tidak melayan desakan untuk beri favour politik dalam bentuk projek dan sebagainnya kepada budak-budak PKR.

Ini juga yang dikatakan mencetuskan rungutan dan geram dikalangan mereka yang dakwa perlu wang untuk 'macam-macam'.

Nampaknya Khalid kini terpaksa bersilat sakan untuk berdepan dengan laporan PKR untuk londeh habis beliau.

Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR Isnin, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution memberitahu laporan berkenaan akan beri gambaran jelas mengapa PKR mahu tukar Khalid sebagai Menteri Besar.

Katanya ia akan diedarkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat esok.

Antara lain, laporan itu akan menyentuh tentang hutang Khalid sebanyak RM66.67 juta dengan bank Islam yang selesai di luar mahkamah.

Dakwanya ada urusan antara kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju meragukan.

Ia melibatkan nilai ratusan juga. Khalid juga beri projek perumahan bernilai RM591 juta kepada syarikat sama.

Jawab soalan mengenai calon Menteri Besar,Saifuddin tolak spekulasi mendakwa ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali dan ADUN Ijok Dr Idris Ahmad telah menjadi ' calon kompromi' untuk ganti Khalid.

Katanya PKR kekal dengan pendirian Datuk Seri Wan Azizah ialah calon tunggal untuk jawatan itu.

Saifuddin berkata Azmin yang hadir dalam mesyuarat biro politik PKR Ahad malam turut bersetuju dengan pencalonan  Wan Azizah. [AD]

Seronok tengok drama PKR ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.